Menjadi tradisi masyarakat kita apabila musim perayaan Aidilfitri, orang dewasa akan memberikan duit raya kepada golongan kanak-kanak.
Pada asalnya, tujuan pemberian duit raya ini sebagai motivasi kepada golongan kanak-kanak kerana mampu berpuasa penuh pada bulan Ramadan.
Namun lama-kelamaan, ia menjadi satu budaya yang tidak berprinsip dan sekadar ikutan secara membuta tuli.
Kerana tak faham
Jadinya begitu kerana ada segelintir ibu-bapa muda dan moden ini tidak faham kenapa konsep duit raya itu diberikan.
Diberikan tak apa, tak diberikan pun tak apa. Pemberian duit raya bukanlah PERKARA WAJIB YANG ADA DALAM SYARIAT ISLAM.
Ia sekadar suka-suka serta hanya untuk menggembirakan hati kanak-kanak dan ketahuilah pemberinya sudah melakukan hal yang cukup bagus.
Hek’eleh.. seringgit jer?
Kalau suatu masa dahulu, dapat sekeping syiling 50 sen pun sudah rasa bersyukur. Anak-anak sekarang, siap buka sampul raya depan tuan rumah dan complaint tentang nilainya.
Perkara ini adalah sesuatu yang sangat kurang ajar dan sebagai ibu bapa, anda berhak dan wajib memperbetulkan etika anak-anak anda itu untuk tidak lagi berulang.
Sungguh tidak sopan apabila perkataan sedemikian terpacul dari mulut mereka. Memang mereka masih kanak-kanak tetapi kelakuan mereka di bawah tanggungjawab ibu bapa.
BACA > Selain Jangan Sakitkan Hati Tuan Rumah, Ini 5 Adab Lain Yang Perlu Anda Amalkan
Pamerkan amalan kesyukuran
Amalan ziarah-menziarah sebenarnya memberikan pahala. Jangan kerana mulut lepas anak-anak, tuan rumah terasa hati dan bermasam muka.
Sebagai ibu bapa, ajar kepada anak yang menjadi generasi hari ini agar sentiasa bersyukur dengan apa yang diterima.
Bukannya terus mengadu domba semata-mata tidak mendapat seperti yang diingini kerana bersyukur membuatkan kita jadi tenang dan lebih sempurna.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI