Jika ditanya rata-rata wanita akan menyatakan bahawa salah satu ciri-ciri lelaki pilihan atau idaman mereka ialah yang memiliki ketinggian.
Tahukah anda di Malaysia purata ketinggia wanita ialah 158cm. Jadi ketinggian lelaki ideal buat mereka ialah 164cm. Namun ketinggian yang menjadi idaman wanita biasanya melebihi 170cm.
Bagaimana pula dengan lelaki yang tak berapa tinggi atau pendek? Adakah mereka tak punya kelebihan langsung dan dengan sewenangnya didiskriminasikan?
Wanita sekali, ketahuilah bahawa lelaki pendek juga memiliki banyak kelebihan!
Lelaki pendek lebih sensitif? Ya, MASKULIN berani mengatakan begitu kerana sebagai lelaki yang sering (atau mungkin) diejek dia sudah faham benar akan perasaan bagaimana menjadi orang sering dipermainkan. Ini sekali gus menjadikan mereka lebih sensitif dan peka dengan perasaan orang lain terutamanya wanita!
Seorang lelaki yang selesa bersama pasangannya yang lebih tinggi biasanya pandai menghormari wanita. Dengan kekurangan diri dia sudah faham akan perasaan bagaimana untuk dihormati. Akan tetapi dia tak menjadikan kekurangan diri itu sebagai penghalang untuk berjaya dalam hidup.
BACA: 8 Trik Mudah Nak Pikat Pasangan, Khas Buat Anda Yang Masih Single!
Disebabkan sering merasakan keperitan akibat diejek sejak dari kecil, lelaki yang pendek mempunyai sifat yang lebih terbuka. Malah mereka lebih relaks bila berdepan dengan apa jua jenis kritikan. Dalam bahasa lainnya, mereka lebih chill!
Pernah tak anda melihat seorang lelaki yang lebih rendah memiliki isteri cantik yang lebih tinggi. Bayangkan keyakinan diri yang dimiliki lelaki tersebut sehingga berjaya menambat hati wanita itu hingga menjadi isterinya. Bukan calang-calang orangnya!
Satu perkara menarik mengenai lelaki rendah ini mereka tidak pedulikan kata-kata orang lain. Apa yang orang cakap tak boleh itulah yang akan dibuktikan sebaliknya oleh mereka. Isu ketinggian? Ia hanya hal kecil yang tak menjejaskan kehidupan mereka!
Satu kajian pernah dilakukan di mana 30-0 orang lelaki yang lahir pada tahun 1867 hingga 1915 di Pulau Sardinia, Itali. Mereka mendapati bahawa lelaki dalam kategori pendek di pulau tersebut secara puratanya hiudp 2 tahun lebih lama. Kajian ini juga mendapat hasil yang sama degan 15 kajian terdahulu.