Sejak bertahun-tahun lamanya penggemar aktiviti senaman telah diberitahu akan kelebuhan senaman squats. Namun sejauh manakah anda tahu akan kelebihannya? Selama ini mungkin anda hanya tahu buat satu jenis squats sahaja.
Ramai tak tahu sebenarnya dalam budaya kita sendiri pun apabila membuang air besar, kita digalakkan untuk mencangkung. Dan itu sebenarnya satu kelebihan mencangkung sejak dari dulu lagi yang menjadi amalan nenek moyang kita.
Malah mencangkung juga satu posisi yang biasa di kalangan orang-orang zaman dahulu apabila melakukan kerja-kerja rumah Pada zaman kini senaman yang menyerupai mencangkung iaitu squats telah menjadi semakin popular di kalangan kaki-kaki gym. Dan senaman squats ini terdapat beberapa jenis teknik yang berbeza. Antara jenis squats yang popular ialah;
BACA: Selain Bentuk Body Sixpack, Ini 8 Lagi Manfaat Senaman Plank Setiap Pagi!
Setiap squats yang MASKULIN nyatakan di atas mempunyai fokus terhadap otot-otot tertentu terutama di bahagian punggung, perut, peha dan bahagian badan. Secara keseluruhannya anda akan dapat banyak manfaat dan kelebihan apabila melakukan squats
.Ini 15 manfaat yang perolehi jika sentiasa mengamalkan senaman squats!
Membina otot di seluruh badan
Membakar lebih banyak lemak
Meningkatkan kesihatan badan
Mengekalkan tahap mobiliti anda
Membantu anda meningkatkan tahap keseimbangan
Tingkatkan prestasi sukan
Mencegah kecederaan otot
Mengukuhkan teras anda iaitu bahagian abdomen
Menguatkan sendi
Senaman yang bersifat praktikal
Mempunyai variasi cara berbeza agar anda tak bosan
Tak menelan kos yang tinggi
Boleh dilakukan di mana saja
Tidak perlukan ruang yang luas
Meningkatkan tahap fleksibiliti badan anda
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk mengikuti video senaman menarik seperti di bawah.