Sukan

Hebatnya Lelaki Hawaii Ini, Walaupun Buta Tapi Mampu Meluncur Ombak Besar Di Lautan

Share

Hasil sokongan semangat dan perangsang daripada bapanya, DEREK Rabelo mampu berdiri sendiri di atas papan luncur dan menangani ombak besar walaupun beliau merupakan seorang yang buta.Dia  bukanlah satu-satunya peluncur yang menguasai ombak besar Pipeline yang terkenal di Hawaii, tetapi dia berbeza dengan peluncur profesional lain. 

Derek dilahirkan buta sejak dilahirkan.

Malah, Nama Derek diberikan bapanya, Ernesto sempena nama Derek Ho, yang merupakan anak kelahiran Haiwaii pertama memenangi kejuaraan luncur dunia. Derek juga turut dihantar ke sekolah luncur Praia do Morror untuk menjadi seorang peluncur profesional.

 

Pada usia dua tahun, Derek menerima ‘bodyboard’ dan menjadikan pantai Guarapari, Brazil sebagai tempat permainannya. Kekurangan Derek tidak mematahkan semangat keluarganya untuk percaya bahawa dia boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu, termasuk menjadi seorang peluncur.

“Saya mendengar lautan dan dapat merasakan kehadirannya,” kata Derek.

“Setiap ombak mempunyai bunyi bising yang berbeza. Jadi, saya boleh menentukan bahagian ombak yang mana untuk saya meluncur.

“Anda perlu percaya pada diri anda sendiri untuk memenuhi impian anda. Saya percaya setiap daripada kita mempunya deria yang kuat, di atas kurniaan Tuhan. Gunakanlah dengan sebaik-baiknya,” tambah Derek.

Published by
Ruziana Zainal