Hasil sokongan semangat dan perangsang daripada bapanya, DEREK Rabelo mampu berdiri sendiri di atas papan luncur dan menangani ombak besar walaupun beliau merupakan seorang yang buta.Dia bukanlah satu-satunya peluncur yang menguasai ombak besar Pipeline yang terkenal di Hawaii, tetapi dia berbeza dengan peluncur profesional lain. Derek dilahirkan buta sejak dilahirkan.
Malah, Nama Derek diberikan bapanya, Ernesto sempena nama Derek Ho, yang merupakan anak kelahiran Haiwaii pertama memenangi kejuaraan luncur dunia. Derek juga turut dihantar ke sekolah luncur Praia do Morror untuk menjadi seorang peluncur profesional.
Ads
Pada usia dua tahun, Derek menerima ‘bodyboard’ dan menjadikan pantai Guarapari, Brazil sebagai tempat permainannya. Kekurangan Derek tidak mematahkan semangat keluarganya untuk percaya bahawa dia boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu, termasuk menjadi seorang peluncur.
“Saya mendengar lautan dan dapat merasakan kehadirannya,” kata Derek.
Ads
“Setiap ombak mempunyai bunyi bising yang berbeza. Jadi, saya boleh menentukan bahagian ombak yang mana untuk saya meluncur.
Ads
“Anda perlu percaya pada diri anda sendiri untuk memenuhi impian anda. Saya percaya setiap daripada kita mempunya deria yang kuat, di atas kurniaan Tuhan. Gunakanlah dengan sebaik-baiknya,” tambah Derek.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak dari dulu sampai sekarang, push up merupakan antara teknik senaman yang sangat popular. Ia dilakukan oleh semua pengamal senaman tidak kiralah sama ada untuk membina tubuh, atlet, ahli beruniform atau kegiatan jasmani pelajar sekolah.
Namun sehingga kini masih ramai yang tidak menggunakan teknik yang betul semasa melakukan push up.
Melakukan push up dengan teknik yang salah akan membuatkan aktiviti senaman anda tidak mendapat hasil yang baik dan efektif. Malah ia boleh mengakibatkan kecederaan serius seperti kecederaan oto, ligamen dan patah tulang.
Jadi apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai orang ketika melakukan push up?
Jarak tangan terlalu lebar
Ini antara teknik yang salah! Banyak sumber mengatakan jarak kedudukan tangan semasa melakukan push up boleh mempengaruhi kesannya. Jarak tangan yang sempit (narrow grip push up/diamond push up) akan lebih menekankan kontraksi otot tricep dan jarak tangan yang lebar pula lebih menekankan kontraksi otot dada.
Akan tetapi jika jarak tangan yang terlalu lebar ia akan membahayakan anda karena terasa sangat berat lalu boleh sebabkan kecederaan.
Siku dibuka terlalu lebar
Semasa melakukan push up anda tak perlu membuka siku terlalu lebar. Senaman push up yang baik boleh diamati dari atas maka dan badan anda akan terlihat seperti anak panah. Dengan kata lain siku akan membentuk sudut 30 darjah terhadap tubuh.
Corak gerakan push up yang sebetulnya ialah dilakukan secara penuh atau one full repetition. One full repetition bermula dari bawah pada saat siku menekuk dan dada hampir menyentuh tanah.
Seterusnya angkat badan anda ke siku lurus. Ramai yang lakukan dengan hanya mengangkat tubuh sehingga siku tidak sampai lurus. Dan bila menurunkan tubuh pun banyak yang tak sampai ke bawah.
Bentuk badan salah
Ketika melakukan push up tubuh anda harus lurus dan tidak boleh menekuk. Kebanyakan orang melakukan push up dengan badan mereka tidak ikut turun mengikuti kepala mereka sehingga yang terlihat naik turun hanya kepala saja dan terlihat seperti push up lumba-lumba.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Senaman kardio atau cardio workout adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh masa tertentu, pada intensiti tertentu.
Apa sahaja yang membuatkan jantung kita berdegup lebih laju daripada biasa dan berpeluh dengan banyak berbanding biasa, dipanggil senaman kardio.
1. BERLARI
Salah satu senaman kardio yang paling mudah untuk diikuti. Berlari tak sama dengan berjogging. Berjoging ada manfaatnya tersendiri. Berlari, ada kelebihannya tersendiri. Terutamanya bila anda sedang cuba untuk menguruskan badan. Kesannya akan nampak ketara selepas anda berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama
2. BERJOGING
Buat senaman kardio ini tempoh masa 30 minit. Itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam. Cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan dapat “feel” yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur. Anda boleh joging sama ada di gym, taman ataupun di pantai.
3. BERBASIKAL
Naik basikal dan kayuh. Paling minima, buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam berterusan, lagi bagus. Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan rasa penat dan lesu. Tapi jika berjaya lakukan sekurangnya 3 bulan pertama, percayalah. Badan anda akan rasa lebih sihat.
4. BERENANG
Salah satu senaman kardio yang memberi kesan ke seluruh badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki. Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Percayalah bahawa berenang salah satu cara untuk bakar lemak dengan pantas. Tak percaya? Search di google tentang kebaikan berenang.
5. BERSUKAN
Pilih sukan yang memerlukan anda menggerakan anggota tangan dan kaki. Contohnya badminton, bola jaring, futsal, bermain bola sepak, bermain bola baling dan sebagainya. Kesemua permainan ini melibatkan anggota badan kita secara menyeluruh seperti berlari dan berjalan.
6. NAIK TURUN BANGKU
Ini juga cara paling simple untuk melakukan senaman kardio tetapi juga paling memenatkan walaupun anda lakukan dalam tempoh 3 minit sahaja. Cuba dalam 3 minit dan seterusnya cuba maintain dalam 5 minit. Buat 3 set mudah. 1 set bersamaan dengan 3 ulangan. Lakukan selama 3 bulan. Lepas itu, pergi timbang berat badan anda. Turun atau tidak.
Buat tip ini:
Lakukan dulu dengan intensiti yang rendah. Jangan melonjak terus ke intensiti yang lebih tinggi. Takut anda tak terikut dan mula rasa bosan dengan aktiviti dalam senaman kardio. Bila dah bosan, memang anda akan lebih malas nak bersenam kerana merasakan senaman itu satu perkara yang menyusahkan.
Ini bukan cara nak bina badan. Tapi memadai untuk jadikan badan anda fit, bertenaga dan berpotensi untuk kurus. Tapi bukan dalam tempoh 3 minggu atau 1 bulan. Paling lama pun dalam tempoh 3-12 bulan. Adalah sia-sia jika anda hilang 3-10 kilogram dalam 1 bulan tapi bulan seterusnya anda jadi gemuk balik dan malas bersenam.
Selamat Bersenam
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai orang kurus yang nak ada badan berotot. Tapi bila mengenangkan berat badan kurang, anda rasa seolah-olah tiada harapan untuk membina otot.
Sebenarnya ada senaman efektif dan selamat yang orang kurus boleh buat kalau nak badan cepat berotot.
Sebelum memulakan senaman, anda ambil makanan tambahan protein iaitu whey. Ini kerana menurut kajian, whey didapati mempunyai pelbagai khasiat tambahan khas untuk orang kurus seperti anda.
Ini 3 senaman yang boleh anda buat untuk dapatkan badan berotot.
1. Dumbbell squat
Pegang kuat barbell atau dumbbell supaya tidak terlepas daripada genggaman.
Tangan berada pada laras bahu. Jangan melebihi bahu atau terlalu dekat kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pembentukan otot dada.
Lentikkan badan untuk memberi lebih tumpuan pada dada.
Tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembus ketika anda sedang mengangkat barbell.
Lakukan 6-8 kali bagi membina kekuatan badan.
Jika anda ingin memberikan tumpuan kepada kekuatan otot.
Buat 3 set dalam kiraan 12-15 kali.
2. Chest flyes
Duduk dalam posisi yang selesa.
Tarik pemegang ke luar sehingga anda dapat merasakan ketegangan atau tekanan pada bahagian dada.
Kemudian halakan pemegang ke hadapan. Pastikan ia tidak menyentuh antara satu sama lain.
Buat secara berulang kali dalam kiraan 8-12.
Mesin ini boleh digunakan bagi anda yang ingin membentuk kelebaran dada.
3. Dumbbell press
Baring dalam posisi yang selesa.
Angkatkan dumbbell ke atas perlahan-lahan.
Buat 3 set dalam kiraan 12-15 kali.
Senaman ini berfungsi untuk mendapatkan kelebaran dada terutamanya di bahagian atas.
Semoga dengan senaman ini dapat membantu anda mendapatkan bentuk badan yang anda idamkan dan menyelesaikan masalah anda dalam membina badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.