Hebatnya Bau Semula Jadi Badan Seorang Lelaki, Mampu Tenangkan Hati Pasangan Tersayang

Share

Setiap orang tidak kiralah sama ada lelaki atau perempuan mempunyai bau badan mereka tersendiri. Dan bila menyebut tentang bau badan ia bukan merujuk kepada bau busuk semata.

Bau badan ini mempunyai karakter yang unik dan amat dikenali oleh mereka yang rapat. Dan mereka itu pastinya pasangan anda.

Kebanyakan lelaki sebenarnya mungkin tidak tahu bahawa bau semula jadi yang badan mereka keluarkan boleh menjadi senjata cukup ampuh boleh membuatkan pasangan mereka jadi tenang.

Percaya atau tidak, terdapat kajian menyatakan bau badan lelaki terutamanya di bawah lengan mampu membuatkan seseorang wanita itu menjadi tenang sekali gus mengurangkan rasa stres yang melanda minda.

Ujar kajian Human Biology Department dari University Pensylvania itu lagi, aktiviti mencium bau ketika lelaki turut membantu dalam mengimbangi hormon wanita.

EKSPERIMEN BAU AROMA

Berdasarkan laporan Jurnal Biology of Reproduction America, bau ketiak lelaki yang asli serta tidak memakai deodoran telah dijadikan sebagai bahan eksperimen utama.

Bahan eksperimen itu kononnya dijadikan sebagai aroma minyak wangi baharu dan disapukan pada bibir wanita yang berusia 25 hingga 45 tahun.

Hasil kajian mendapati kebanyakan wanita yang terlibat dalam eksperimen itu bagaikan sedang tergoda selepas 6 jam dan mood mereka menjadi lebih baik berbanding sebelum kajian itu dilakukan.

Couple hugging photo created by Racool_studio – www.freepik.com

FUNGSI TERAPI

Menerusi kajian itu lagi, pengkaji mengesahkan bau ketiak lelaki yang dihidu wanita benar-benar berkesan dan berfungsi sebagai terapi, selain dapat mengatur perjalanan haid.

Sehubungan itu, kaum lelaki terutamanya suami digalakkan sentiasa membersihkan ketiak masing-masing agar ia dapat dihidu dengan tenang oleh pasangan anda pada setiap masa.

Tapi usahlah pula anda sengaja tidak memakai deodoran dan biarkan badan berbau busuk sepanjang hari. Berpada-padalah dalam berbangga dengan bau badan sendiri ya. MASKULIN percaya anda pasti pandai untuk seimbangkannya.

Jangan subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Bosan dengan bau badan yang tak berapa enak? Dapatkan deodoran terbaik untuk lelaki di sini!

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim