Seorang peniaga kopi susu secara kecil-kecilan berjaya membuat simpanan sehingga RM10,000 hanya dalam masa 5 bulan!
Kedengarannya agak mustahil tetapi selagi ada komitmen dan dispilin, tiada apa pun yang mustahil malah bakal memberikan hasil yang lebih lumayan.
Simpan setiap not RM1
Ujar pemuda tersebut, Azwan Ariff Mohd Azman Hii, 26, yang turut merupakan seorang pelajar di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), dia berjaya mengumpul nilai sebesar itu hanya melalui simpanan wang yang bernilai RM1.
Ads
Simpanannya bermula sejak 15 Ogos lalu dan setiap RM1 yang diterimanya adalah melalui perniagaan kopi susu yang diusahakannya.
Jadikan setiap ikatan RM100
Setiap kali wang kertas RM1 berjaya dikumpulnya sehingga RM100, Azwan Ariff akan mengikatnya dalam tempoh 5 bulan, dia memiliki 100 ikatan yang bernilai RM100 setiap satunya.
Ads
Tin buruk dijadikan tabung
Ads
Kongsi Azwan Ariff lagi, dia menjadikan tin buruk yang dimiliki sebagai tabung simpanan dan setelah menyedari jumlahnya semakin bertambah, kesemua wang tersebut didepositkan ke dalam akaun simpanan Tabung Haji.
Berhasrat mahu tunaikan haji
Simpanan tersebut juga dibuat kerana dia sememangnya telah memasang niat untuk menunaikan haji jika diizinkan pada suatu hari nanti.
Azwan Ariff turut berharap tip yang dikongsinya ini mampu dijadikan sebagai inspirasi bagi menggalakkan orang ramai mengamalkan budaya menabung setiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jackie Chan, pelakon legenda Hong Kong yang terkenal dengan kehebatan melakukan aksi lagak ngeri sendiri, terus menunjukkan semangat lasak walaupun sudah mencecah usia 70 tahun.
Baru-baru ini, ketika menjalani penggambaran filem ‘Panda Plan’, Jackie Chan mendedahkan bahawa dia pernah pengsan sewaktu melakukan salah satu adegan berbahaya.
Ketika insiden tersebut, wajah Jackie dikatakan kelihatan ‘kosong’ seolah-olah tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya.
“Tiba-tiba, saya rasa lemah dan seperti mahu rebah. Kru terus berlari ke arah saya untuk memastikan semuanya okay.
“Saya pun terkejut dan tanya pada mereka, ‘Apa dah jadi?’ Bila mereka cakap saya pengsan, rasa macam tak percaya pula. Mungkin sebab saya tahan nafas terlalu lama semasa buat aksi itu,” jelas Jackie.
Selepas berehat seketika dan memastikan keadaan kembali baik, Jackie teruskan penggambaran.
“Bukan masalah besar. Saya kena yakinkan semua orang yang saya okay. Kalau tak, mereka akan gunakan pelakon lagak ngeri sebagai pengganti.
“Kalau saya hanya duduk di tepi sambil tengok orang lain buat aksi saya, memang rasa bersalah sangat!” tambahnya dengan nada berseloroh.
Walaupun umurnya sudah 70 tahun, Jackie masih tidak berhenti melakukan aksi-aksi lasak tanpa bantuan pelakon pengganti.
Menrusi filem ‘Panda Plan’, dia turut melakonkan adegan menunggang motosikal berkuasa tinggi yang perlu memecah tingkap. Sewaktu penggambaran, motosikal tersebut hilang kawalan dan Jackie tercampak beberapa meter.
Namun, dia tetap bertenang dan menyakinkan semua orang yang dia baik-baik saja. Kecederaan yang dialami hanyalah kecil, dan keberaniannya membuatkan kru produksi memberikan tepukan hormat.
Bukan itu sahaja, terdapat juga satu lagi adegan di mana Jackie perlu melompat dari lantai ke atas kotak kayu besar sebelum terus melompat ke tingkat dua.
Nampak macam senang, tapi untuk seseorang yang sudah 70 tahun, ia tetap mencabar. Keberaniannya terus mencuri hati kru dan warga produksi yang kagum dengan dedikasi serta profesionalisme Jackie.
Selain Jackie Chan, filem tersebut turut menampilkan panda bernama ‘Hu Hu’ sebagai bintang utama.
‘Panda Plan’ mengisahkan tentang watak Jackie Chan, seorang bintang kung fu, yang diundang untuk menjaga seekor anak panda popular, Hu Hu.
Namun, keadaan menjadi kecoh apabila Hu Hu menjadi sasaran kumpulan jenayah antarabangsa. Untuk menyelamatkan panda tersebut, Jackie bekerjasama dengan pengurusnya, David (dilakonkan oleh Wei Xiang), dan penjaga panda, Su Xiaozhu (lakonan Shi Ce), membentuk pasukan bagi menyelamatkan apa yang sepatutnya.
Filem Panda Plan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula semalam, 10 Oktober 2024. Buat peminat Jackie Chan inilah filem yang tak harus dilepaskan!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Daniella Sya pelakon yang kini semakin mencuri perhatian terutama daripada audiens penggemar drama-drama Melayu. Di sebalik jelitanya wajah si tinggi lampai ini tersimpan seribu satu kisah perjalanan seni yang cukup mencabar dan mampu memberikan inspirasi kepada generasi baharu.
Siapa sangka gadis tinggi lampai berwajah ayu ini mempunyai latar belakang yang kaya dengan ilmu persilatan. Daniella sudah aktif dalam seni silat sejak 10 tahun yang lalu.
Dan ia bermula dengan seni silat gayung dipelajarinya di Petaling Jaya. Dengan pengetahuan dalam seni silat itulah yang menjadikan Daniella sebagai seorang pelakon berpotensi tinggi untuk filem aksi.
Selain itu, Daniella juga pernah berguru dengan pakar silat yang juga pelakon aksi terkenal Indonesia, Cecep Arif Rahman. Dia merupakan bintang aksi yang pernah muncul dalam filem hebat seperti ‘The Raid’, dan ‘Star Wars: The Force Awakens’.
“Ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri ‘Dosa’, Cecep dapat tangkap yang gerak-geri saya ada basic silat. Lalu dia tanya dan mengajak saya untuk mengunjungi kelas Pencak Silat di Indonesia.
Cecep Arif Rahman
“Jadi saya terbang ke Indonesia untuk belajar sedikit sebanyak tentang silat di sana. Ia merupakan pengalaman yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,” tambahnya lagi.
Ikuti temu bual lengkap MASKULIN bersama Daniella Sya menerusi isu Oktober – Disember majalah MASKULIN di pasaran sekarang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Gunung yang dipaparkan dibawah bukan untuk dipanjat, tetapi untuk ditatapi keindahannya yang buatkan kita seolah-olah tak percaya ia wujud.
1. Gunung Pelangi, Zhangye Danxia, China
Terletak di Taman Geologi Danxia, gunung ini benar-benar kelihatan seperti sebuah lukisan di atas kanvas. Warna permukaan gunung yang kelihatan seperti warna pelangi ini terhasil disebabkan tekanan terhadap batu pasir dan garam mineral yang sudah berlaku sejak 24 juta tahun lalu. Memang epik!
2. Zhangjiajie Pillars, China
Zhangjiajie Pillars di Taman Negara Zhangjiajie menawarkan sejumlah 3,000 tiang yang kelihatan seperti dalam filem fantasi-terutamanya ketika berkabus. Pengarah filem, James Cameron menjadikan lokasi ini sebagai inspirasinya menghasilkan filem Avatar.
3. Chocolate Hills, Filipina
Terdapat lebih 1260 bukit berbentuk cokelat dalam kawasan seluas 50km persegi di Wilayah Bohol, Filipina. Kawasan gunung dan bukit ini mendapat namanya disebabkan pokok-pokok yang mengelilingi bukit-bukit ini bertukar kepada warna cokelat ketika musim kering yang menampakkan keseluruhan kawasan ini seperti bentuk cokelat ‘kisses.’
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.