Anak saudara Datuk Hattan, Mikael Hatta merupakan salah seorang pelajar pelajar Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya yang meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Keputusan 9A yang diraih Mikael menjadikan sekolahnya yang khusus pelajar lelaki itu sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik bagi pencapaian SPM 2023, sekaligus membanggakan Hattan sebagai bapa saudara.
Menerusi hantaran klip video di laman Instagram, Hattan kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika mengucapkan tahniah kepada anak arwah adiknya itu serta semua rakan seperjuangan yang dikenali dengan nama Warriors1923.
“Mula-mula sekali tahniah kepada Warriors1923 Alam Shah, mereka nombor satu dalam Malaysia.
“Ini anak arwah adik saya Mohd Hatta Shahbuddin. Alhamdulillah dia score dan membanggakan kami sekeluarga,” ujar Hattan.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana reaksi Allahyarham Hatta jika dia masih hidup menyaksikan kejayaan anak lelakinya itu hari ini, demikian luahan Hatttan yang langsung memeluk Mikael di dalam video tersebut.
Video tersebut dirakamkan ketika Hattan turut serta menghadiri hari pengumunan keputusan SPM di sekolah tersebut yang berlangsung pada Isnin di Dewan Putra Perdana SAS.
Untuk rekod, Mikael merupakan salah seorang dari 81 pelajar yang meraih keputusan semua A sekolah tersebut.
Ads
Dengan 14 pelajar lagi yang meraih semua A+, SAS mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 1.07 sekaligus menempatkannya di kedudukan pertama dalam ranking SPB terbaik tidak rasmi, sebuah sejarah baharu bagi sekolah itu.
Sebagai makluman, kumpulan pelajar tingkatan lima SAS yang menduduki SPM pada tahun lalu dikenali dengan nama kumpulan Warriors1923.
Angka 1923 pada nama itu diambil sempena tahun pertama pengajian mereka sebagai pelajar tingkatan satu iaitu 2019, dan tahun akhir pengajian mereka sebagai pelajar tingkatan lima iaitu 2023.
Apakah perkara yang menjadi faktor utama anda ketika memilih seluar dalam? Sesetengah lelaki amat mementingkan aspek keselesaan, ada juga yang menjadikan faktor fesyen dan praktikaliti sebagai kayu pengukur.
Apa pun sebab anda memilih sesuatu stail, terselit juga sedikit refleksi personaliti anda.
Jadi, anda tergolong dalam kategori yang mana satu?
Seluar dalam dan personaliti lelaki
1. BRIEFS
Seluar dalam jenis kecil yang agak ketat, mempunyai potongan yang boyish dan biasanya dipakai semasa zaman kanak-kanak.
Anda mungkin : seorang yang praktikal, namun belum bersedia untuk menjadi dewasa. Pendek kata, anda seorang yang tidak berapa matang.
2. BOXER
SELUAR DALAM JENIS BOXER MEMPUNYAI VARIASI WARNA DAN CORAK, SELAIN MENJADI PILIHAN LELAKI KERANA POTONGAN YANG LONGGAR DAN SELESA.
Anda mungkin: seorang yang relaks dan easy-going, lelaki yang tradisional dan tidak ambil pusing sangat dengan trend fesyen terkini.
3. BOXER BRIEFS
Seluar dalam petak seperti boxer, namun dengan struktur seakan briefs sesuai untuk jejaka yang menggayakan seluar slim fit atau ketika workout di gym.
Anda mungkin: seorang yang fleksibel, seksi dan yakin diri. Anda mementingkan aspek kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan, tetapi tidak mengabaikan keterampilan di khalayak.
4. THONGS/BIKINI BRIEFS
Jenis seluar dalam lelaki dengan potongan yang ‘seksi’.
Anda mungkin: seorang lelaki metroseksual yang amat mengambil berat akan penampilan diri, bersifatoutgoing dan mungkin juga gemarkan perhatian.
5. GOING COMMANDO
Tidak memakai seluar dalam.
Anda mungkin: seorang individu yang mempunyai paradigma yang liberal, tidak suka dikongkong dan memperjuangkan prinsip kebebasan. Mungkin juga anda cuma kehabisan stok seluar dalam kerana tidak dibasuh!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Daniella Sya pelakon yang kini semakin mencuri perhatian terutama daripada audiens penggemar drama-drama Melayu. Di sebalik jelitanya wajah si tinggi lampai ini tersimpan seribu satu kisah perjalanan seni yang cukup mencabar dan mampu memberikan inspirasi kepada generasi baharu.
Siapa sangka gadis tinggi lampai berwajah ayu ini mempunyai latar belakang yang kaya dengan ilmu persilatan. Daniella sudah aktif dalam seni silat sejak 10 tahun yang lalu.
Dan ia bermula dengan seni silat gayung dipelajarinya di Petaling Jaya. Dengan pengetahuan dalam seni silat itulah yang menjadikan Daniella sebagai seorang pelakon berpotensi tinggi untuk filem aksi.
Selain itu, Daniella juga pernah berguru dengan pakar silat yang juga pelakon aksi terkenal Indonesia, Cecep Arif Rahman. Dia merupakan bintang aksi yang pernah muncul dalam filem hebat seperti ‘The Raid’, dan ‘Star Wars: The Force Awakens’.
“Ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri ‘Dosa’, Cecep dapat tangkap yang gerak-geri saya ada basic silat. Lalu dia tanya dan mengajak saya untuk mengunjungi kelas Pencak Silat di Indonesia.
“Jadi saya terbang ke Indonesia untuk belajar sedikit sebanyak tentang silat di sana. Ia merupakan pengalaman yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila,” tambahnya lagi.
Ikuti temu bual lengkap MASKULIN bersama Daniella Sya menerusi isu Oktober – Disember majalah MASKULIN di pasaran sekarang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memang tak dinafikan, bukan setakat wanita yang memastikan bentuk tubuh kekal ideal dan langsing, lelaki juga berusaha keras menjaga penampilan agar tidak berlebihan berat badan.
Seperti perkongsian lelaki ini dikenali dengan Sham Shooter yang sebelum ini pernah mengalami pertambahan berat badan sehingga mencecah 120 kg.
Tetapi akhirnya berjaya mengurangkan berat sebanyak 35 kg dalam masa empat bulan setelah mengamalkan diet dan membuat senaman larian setiap hari secara konsisten.
Menurutnya ketika mula-mula mengamalkan diet dan melakukan aktiviti senaman, dia hanya boleh mampu berjalan mengheret kaki sejauh 3 km sahaja, tetapi lama kelamaan barulah boleh berlari sehingga 5km tanpa henti.
Hasil usaha keras, kini berat badannya telah mencecah 88 kg dan masih konsisten mengamalkan rutin yang sama dalam mengekalkan berat badan.
Tip Hilangkan 35 Kg Dalam Masa 4 Bulan
Mengamalkan Menu Yang Sihat / Eat Clean
– Untuk makan pagi, mengambil telur rebus bersama roti roti wholegrain dan juga kopi kurang manis (tubuh kita masih perlukan gula, tetapi haruslah kurangkan kemanisan itu).
– Manakala untuk makan tengah hari akan mengambil menu yang sama, tetapi lebihkan pengambilan makanan yang rebus dan bakar.
– Untuk sementara tinggalkan pengambilan makanan laut sehingga berat badan jadi stabil.
– Sementara untuk makan malam pula tekankan pengambilan masa, iaitu diambil pada jam 6.30 petang dengan mengambil buah atau hanya minum sahaja.
– Mengamalkan cheat day tetapi pada hari Sabtu dan Ahad atau salah satu hari.
– Misalnya pagi makan nasi lemak ayam, jadi tengah hari akan kurangkan makan dan sebelah petang bersenam lebih sedikit.
Tip Lain:
– Amalkan aktiviti larian 5 km sehari secara konsisten.
– Jangan lupa minta dan berdoa pada Allah agar dipermudahkan semua urusan.
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kewangan peribadi, memahami peluang perlepasan cukai yang tersedia boleh membantu mengurangkan beban cukai setiap tahun.Tahun 2025 membawa beberapa...