Lebih 15 tahun jenama Hatta Dolmat menjadi salah satu nadi industri fesyen di Malaysia. Setiap jenama pasti akan berubah dari semasa ke semasa mengikuti perkembangan trend semasa. Bagi beliau, jenama Hatta Dolmat merupakan jenama di peringkat eksklusif, premium dan terhad. Namun Hatta Dolmat sendiri sebagai seorang individu berbeza daripada jenama.

“Jenama ini saya telah cipta sejak mula bergelar sebagai seorang pereka fesyen. Apa yang tawarkan menerusi rekaan adalah satu falsafah rekaan yang tercipta dari idea saya hasil pemerhatian serta imaginasi tersendiri.”

Bila bergelar sebagai seorang pereka fesyen terkenal maka tidak dapat lari daripada melakukan kerjasama dengan artis, selebriti atau orang kenamaan terkenal. Deretan artis terkenal kadangkala berebut-rebut ingin mendapatkan pakaian rekaan eksklusif daripada beliau.

Hatta Dolmat Kongsi Pengalaman Bina Jenama Sendiri & Kisah Inspirasi Terbesarnya

Namun kerjasama yang paling diingati dan memberikan kesan paling mendalam dalam dirinya ialah bersama Tun Mahathir Mohamad. Dua tahun lalu Hatta Dolmat telah berpeluang bertemu Tun Mahathir di sebuah sesi talk bersama beliau.

“Selesai talk tersebut saya tawarkan diri untuk mengambil ukuran badan Tun Mahathir. Akan tetapi disebabkan kekangan masa saya tidak berkesempatan, Namun kemudian dijemput bertemu secara eksklusif bersamanya di Yayasan Bukahri.

IKLAN

Pada kesempatan itu saya sempat berkongsi lakaran rekaan dan artwork. Tun Mahahir turut mengambil foto rekaan itu dan berkongsi pendapatnya tentang industri fesyen. Pertemuan dengan negarawan terbilang negara yang juga idola saya itu merupakan momen yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila”.

HERO 2020

Sedar tidak sedar tahun ini kita sudah memasuki tahun 2020. Dan bila berbicara tentang Tun Mahathir kita tidak dapat lari daripada pandangan visinya suatu ketika dahulu tentang Wawasan 2020. Bagi Hatta Dolmat, visi yang dilahirkan oleh Tun Mahathir merupakan sebuah indikasi pencetus semangat buat rakyat Malaysia untuk lebih berdaya saing dan menjadi negara yang lebih maju.

“Ketika kecil dulu bila disebut tentang Wawasan 2020 saya terbayangkan negara kita dipenuhi dengan bangunan pencakar langit, lebuh raya betingkat-tingkat dan kereta terbang. Tapi biasalah, itu imaginasi ketika di sekolah dahulu. Wawasan 2020 sebenarnya banyak mengajar kita untuk melakukan perkara yang dianggap mustahil. Kita cukup beruntung kerana dikurniakan pemimpin hebat seperti beliau,” tambahnya lagi.

IKLAN

Hatta Dolmat Kongsi Pengalaman Bina Jenama Sendiri & Kisah Inspirasi Terbesarnya

Bila ditanya tentang siapakah ‘hero’ dalam hidup, Hatta Dolmat pantas menjawab kedua ibu bapanya. Antara nasihat orang tuanya yang diingat hingga sekarang ialah agar sentiasa memegang kepada adat ketimuran kita sebagai orang Melayu.

Sebagai anak seni fesyen, beliau berharap tahun ini akan membawa sinar yang lebih baik. “Harap ekonomi global akan berubah menjadi semakin baik. Saya juga berharap ahar pengguna lebih pandai menilai dan memberikan nilai kualiti rekaan pereka fesyen kerana ia mampu memberi kesan mendalam.

IKLAN

“Kepada pereka-pereka muda cubalah ikuti jejak langkah senior yang terkenal dan berjaya. Anda mampu menjadi seperti saya, Bernard Chandran, Rizalman dan Melinda Looi.

Pereka muda mampu ikut jejak langkah sperti Bernard Chandra Rizalma, Melinda Looi. Mereka mampu ikut jejak langkah mereka. Nasihat saya, anda harus ada identiti, sentiasa fokus dan cuba jadi original. Elakkan meniru rekaan orang lain. Kerja kena keras dan bentuk personaliti yang bagus agar disenangi semua orang,” jelasnya.

Ikuti temu bual lengkap bersama Hatta Dolmat menerusi majalah MASKULIN isu Jan-Mac 2020 di pasaran sekarang!

FOTO: Jurugambar NU IDEAKTIV Sdn Bhd

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI