Berdepan insiden yang mengerikan seperti disimbah asid merupakan mimpi buruk buat sesiapa sahaja, apatah lagi jika anda merupakan pemain bola sepak yang menjadi figura awam. Namun, itulah kenyataan pahit yang terpaksa ditelan oleh Faisal Halim apabila beliau menjadi mangsa serangan simbahan asid pada Mei tahun lalu.
Serangan itu bukan sahaja memberi kesan fizikal yang teruk, malah ia turut menguji kekuatan mentalnya.
Ramai yang berpendapat bahawa karier bola sepak Faisal Halim bakal berakhir melihatkan tahap kecederaan serius yang dialaminya.
Foto: BERNAMA
Kecederaan melecur pada tahap empat di beberapa anggota badan menyebabkan beliau terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 10 hari.
Namun, di sebalik segala cabaran dan dugaan, Faisal Halim membuktikan bahawa semangat juang seorang pejuang sejati tidak mudah dipadamkan.
Dengan kecekalan, semangat tidak pernah pudar dan kekuatan mental luar biasa, Faisal Halim kembali dengan azam baharu bersama pasukannya, Selangor FC. Tidak lupa juga sokongan tidak berbelah bahagi daripada kelabnya yang sentiasa berada di sisinya sepanjang tempoh pemulihan.
KEAJAIBAN DINANTIKAN
Dan semalam, satu keajaiban yang dinantikan oleh penyokong bola sepak negara, terutamanya peminat Selangor FC.
Penantian peminat akhirnya menjadi kenyataan apabila Faisal Halim menjaringkan hatrik dalam perlawanan Liga Super 2024/25 menentang Kelantan Darul Naim FC.
Ads
Lebih manis, hatrik tersebut menamatkan kemarau jaringan Faisal dalam saingan kompetitif sejak kembali beraksi selepas insiden tragis itu.
“Terima kasih kepada semua penyokong. Terima kasih kepada rakyat Selangor, tiga gol ini adalah tiga gol untuk anda semua rakyat Selangor, untuk pasukan Selangor.
Tidak lupa kawan-kawan saya, pengurusan, penyokong Selangor,” katanya dalam hantaran di Instagram Story Selangor FC.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Faisal Halim mencipta hatrik dengan jaringan pada minit ke-13, minit ke-45+2 dan minit ke-66, membantu Selangor melakar kemenangan bergaya 7-0.
Empat lagi gol skuad kendalian Katsuhito Kinoshi itu masing-masing dijaringkan oleh Quentin Cheng (minit ke-31), Harith Haiqal Adam Afkar (minit ke-54 dan 56), serta Muhammad Aliff Izwan Yuslan (minit ke-73).
Ads
Apa yang ditunjukkan oleh Faisal Halim bukan sekadar satu pencapaian dalam dunia bola sepak, tetapi juga satu inspirasi kepada semua.
Dia membuktikan bahawa walaupun berdepan dengan cabaran yang mengerikan dan tidak dapat dibayangkan, seseorang masih boleh bangkit dengan kecekalan, kesungguhan, kerja keras serta kekuatan mental yang luar biasa.
Tahniah Faisal Halim, anda sememangnya wira bola sepak negara!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sejak 18 Mac yang lalu, haiwan jalanan seperti kucing dan anjing juga turut terkesan apabila hilang punca makanan.
Perkara ini membimbangkan apabila ada sebahagian haiwan-haiwan jalanan ini mati kelaparan. Namun, masih ada lagi masyarakat yang prihatin menghulurkan makanan demi membela nasib haiwan-haiwan jalanan ini.
Selain orang perseorangan dan NGO, anggota polis juga tidak ketinggalan menaburkan bakti dengan memberikan makanan buat sekumpulan kucing jalanan di di Pantai Jason Bay Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Selain bertugas untuk memantau rakyat, sikap prihatin Kakak-Kakak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi ini nyata mendapat pujian dan ucapan terima kasih atas kemurahan hati mereka.
TERBAIK KAKAK POLIS
Terima kasih kepada pegawai dan anggota Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi yang sudi berkongsi rezeki dengan kucing jalanan di Pantai Jason Bay Sedili, Kota Tinggi, Johor, malam tadi.
Makhluk ini turut terkesan dengan pelaksanaan PKP
Mungkin kita terlupa bahawa haiwan-haiwan jalanan sebegini juga merupakan makhluk ciptaanNya yang sangat terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita.
Semoga dimurahkan rezeki
Semoga kakak-kakak Polis IPD Kota Tinggi yang memberi makanan kepada kucing itu dimurahkan rezeki.
Anak saudara Datuk Hattan, Mikael Hatta merupakan salah seorang pelajar pelajar Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya yang meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Keputusan 9A yang diraih Mikael menjadikan sekolahnya yang khusus pelajar lelaki itu sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik bagi pencapaian SPM 2023, sekaligus membanggakan Hattan sebagai bapa saudara.
Menerusi hantaran klip video di laman Instagram, Hattan kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika mengucapkan tahniah kepada anak arwah adiknya itu serta semua rakan seperjuangan yang dikenali dengan nama Warriors1923.
“Mula-mula sekali tahniah kepada Warriors1923 Alam Shah, mereka nombor satu dalam Malaysia.
“Ini anak arwah adik saya Mohd Hatta Shahbuddin. Alhamdulillah dia score dan membanggakan kami sekeluarga,” ujar Hattan.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana reaksi Allahyarham Hatta jika dia masih hidup menyaksikan kejayaan anak lelakinya itu hari ini, demikian luahan Hatttan yang langsung memeluk Mikael di dalam video tersebut.
Video tersebut dirakamkan ketika Hattan turut serta menghadiri hari pengumunan keputusan SPM di sekolah tersebut yang berlangsung pada Isnin di Dewan Putra Perdana SAS.
Untuk rekod, Mikael merupakan salah seorang dari 81 pelajar yang meraih keputusan semua A sekolah tersebut.
Foto: Barisan pelajar Warriors1923 dari Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya yang cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Dengan 14 pelajar lagi yang meraih semua A+, SAS mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 1.07 sekaligus menempatkannya di kedudukan pertama dalam ranking SPB terbaik tidak rasmi, sebuah sejarah baharu bagi sekolah itu.
Sebagai makluman, kumpulan pelajar tingkatan lima SAS yang menduduki SPM pada tahun lalu dikenali dengan nama kumpulan Warriors1923.
Angka 1923 pada nama itu diambil sempena tahun pertama pengajian mereka sebagai pelajar tingkatan satu iaitu 2019, dan tahun akhir pengajian mereka sebagai pelajar tingkatan lima iaitu 2023.
Memang tak dinafikan, adik-beradik pelakon popular ini kelihatan awet muda.
Kalau tengok wajah dan penampilan Naszeli Ngasri, siapa sangka abang kepada Ngasri ini meniti usia 49 tahun. Dari abang sampai ke adik, semuanya nampak masih muda termasuklah bapa mereka iaitu Ngasri Sain yang sudah pun mencecah usia 73 tahun.
Sudah Ada Cucu, Wajah Awet Muda ABANG Bell Ngasri Jadi Tumpuan!
Figura seni yang terkenal dengan watak Barkoba iaitu Bell Ngasri, yang telah dianugerahkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) menyebabkan Naszeli atau lebih dikenali sebagai Boy turut menerima tempias populariti adik lelaki.
Jarang muncul di kaca televisyen, difahamkan Boy kini ‘orang kuat’ belakang tabir dan menjadi penerbit.
Boy merupakan anak kedua daripada enam beradik iaitu Nasliza, Nasrizal (Bell), Nasreen (Darling), Naszriah (Datin Anne) dan Nassuhada yang juga anak istimewa.
Kesemuanya merupakan anak kepada Ngasri Sain dan Habibah Jaafar. Bapa mereka merupakan penggiat industri seni dan penyiaran serta pernah menjadi pengacara TV dan pelakon.
Daripada enam beradik tersebut, empat daripada mereka mengikut jejak langkah bapa tersayang dalam bidang seni dan hiburan iaitu Boy, Bell, Darling dan Datin Anne Ngasri.
Anak sulung Boy iaitu Inas Sofea berusia 25 tahun berkahwin pada tahun 2020 dan mempunyai dua orang anak. Sekaligus menjadikan pelakon ini datuk kepada dua orang cucu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.