Pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia merentas negeri bermula 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020 nyata menggembirakan hati semua pihak.
Kebenaran ini tentu sahaja dapat mengubati kerinduan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman bagi bertemu dengan orang tua dan keluarga.
Kesempatan ini turut diambil oleh Norman Hakim sekeluarga untuk pulang bertemu ibu tersayang, Kamariah Kamat.
Ads
“Momen paling indah selepas 88 hari tak dapat jumpa mak @kamariah.kamat.. terima kasih Allah s.w.t utk kesempatan ini lagi”
Itulah kata-kata yang diluahkan Norman Hakim di laman Instagramnya apabila dia berpeluang untuk bertemu dengan ibunya.
Ads
Perkongsian video momen paling indah selepas 88 hari tidak bertemu dengan ibunya itu yang diiringi dengan lagu ‘Kepulangan Yang Di Nanti’ nyanyian Aman Shah nyata menyentuh hati warganet.
Jelas terpancar rasa gembira dan puas di wajah Norman apabila dapat mencium tangan dan wajah ibunya.
Ads
Selain menjenguk ibunya di kampung, peluang ini juga digunakannya untuk meraikan sambutan hari raya yang masih berbaki bersama ibunya.
Hari demi hari kita dapat menyaksikan bagaimana kesungguhan rakyat Malaysia berdepan cabaran mencari rezeki selepas terkesan dengan teruk akibat wabak COVID-19. Ramai yang diberhentikan kerja dan ditamatkan kontrak kerana situasi ekonomi tidak menentu. Terbaru, tular seorang pemuda mengenakan kostum ‘Iron Man’ untuk berniaga air jagung.
Memetik laporan BERNAMA, pemuda tersebut Muhammad Syukur Mohd Patthi yang berusia 26 tahun merupakan bekas kakitangan sebuah syarikat telekomunikasi. Dia telah diberhentikan kerja ekoran penularan pandemik yang berlaku sekarang.
Namun dia tidak pernah mengeluh dan berikhtiar mencari rezeki yang jalal dengan memanfaatkan kreativiti dengan mengenakan kostum adiwira tersebut sambil berniaga air jagung.
Foto: BERNAMA
Jelasnya, “Sebagai anak muda kita jangan terlalu berharap pada bantuan dan pemberian orang. Selagi ada kudrat, lebih baik cari rezeki sendiri”.
Berniaga di tepi jalan di bawah cuaca yang panas sambil mengenakan kostum bukanlah satu perkara yang senang dilakukan. Usaha anak muda ini bersama dua rakannya, Yusri Md Saad dan Mohamad Zaidi Zainal Abidin telah berjaya mencuri perhatian orang ramai dan juga mula tular di laman media sosial.
Mereka bertiga menjalankan perniagaan berdekatan sebuah persimpangan jalan di Badar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
MINAT SUDAH LAMA
Tambahnya lagi, minatnya menjadi penghibur dengan berkostum adiwira bukanlah perkara yang baru dilakukannya.
Semasa bekerja dahulu dia turut melakukan aktiviti sebagai penghibur berkostum sebagai kerja sambilan bersama kumpulan yang dikenali sebagai Geng Superheri Penang (GSP). Mereka kerap menerima tempahan untuk melakukan kemunculan dan menghiburkan tetamu di pelbagai majlis.
Foto: BERNAMA
Akan tetapi selepas berlakunya penularan wabak COVID-19, segala tempahan daripada pelanggan dibuat sebelum ini terpaksa dibatalkan. Sehubungan dengan itu mereka mendapat idea untuk berniaga air jagung dengan kostum untuk menarik pelanggan.
“Walaupun kini kami terpaksa berhujan dan berpanas di tepi jalan, setiap kali orang ramai melambai atau bunyikan hon, rasa letih itu berbaloi. Kami faham sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai yang rindu suasana di luar. Jika dengan melihat kami ini mereka boleh terhibur, saya turut gembira,” kata lagi.
Foto: BERNAMA
Lumrah perniagaan kadangkala ada untung dan kadangkala ada rugi. Pada awal perniagaan mereka pernah alami kerugiaan senigga 90 peratus. Namun kini perniagaan mereka menjadi semakin baik dan stabil. Malah mereka turut menyumbang stok harian yang tidak habis dujual kepada petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya sekitar Pulau Pinang.
Semoga ‘Iron Man’ kental ini terus tabah dan kuat dalam mengarungi cabaran ini. Semoga usaha hebatnya memberikan inspirasi kepada mereka yang turut berdepan kesukaran di saat ini.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pertandingan Ironman bukanlah satu acara sukan yang mudah. Hanya yang benar-benar miliki kekuatan fizikal dan mental sahaja mampu melakukannya. Dan itulah yang telah berjaya diharungi oleh Syed Saddiq, ahli Parlimen Muar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan suatu ketika dahulu.
Terbaru, dia telah berjaya menamatkan acara perumbaan Ironman 70.3 pertamanya. Menerusi perlumbaan tersebut Syed Saddiq mengharungi jarak renang sejauh 1.9 kilometer, berbasikal 90 kilometer dan larian sejauh 21 kilometer.
Foto: Syed Saddiq FB
Ia merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan terutamanya buat seorang ahli politik muda sepertinya.
Tambahya lagi, pencapaian ini menjadi lebih bermakna kerana disaksikan bersama kedua ibu bapanya. Kira-kira dua bulan lalu dia berjaya melakukan jumlah jarak yang sama dengan catatan masa 6 jam 40 minit.
Manakala untuk perlumbaan terbaru ini dia mengambil masa selama 7 jam 15 minit untuk menamatkannya.
Foto: Syed Saddiq FB
Menerusi satu hantaran di Facebook kendaliannya, dia turut berkongsi pengalaman serta tip khusus buat anda yang mungkin pertama kali ingin menceburi sukan triathlon.
Berikut perkongsiannya;
TIP & PENGALAMAN
————————————————————-
1) Get ENOUGH SLEEP!
I only got 4 hours of sleep because i was in Singapore yesterday. Got back only at 1am. Logik saya begini. 2 hari lepas saya tidur 8jam. Semalam 4 jam. So purata 6jam. Not bad what….hahhh jangan ikut logik Syed Saddiq 🤣 Sleep is crucial for the body.
2) Refueling
Sebab semalam balik lewat, tak sempat nak siapkan proper refueling plan untuk 7jam di bawah panas terik matahari.
Kali ni saya banyak mencuba nutrition plan baru yang saya tak biasa guna masa latihan. This affected me so much as my stomach was bloated & led me to have short breathes & horrible stomach cramps half-way.
P/s Yesterday i had so much great food in Singapore. Spicy food! Hancur diet plan 🥲 Visited the toilet twice in the middle of the race. Wasted at least 15minutes there.
3) Learn freestyle/front crawl, don’t be reliant on breaststroke.
Saya baru belajar berenang awal tahun ni. Kali ni syok la sebab masa berenang saya dapat jimat ~10minit dibandingkan dengan Race bulan Feb dulu. TETAPI Breaststroke banyak menggunakan tenaga kaki. Bila naik basikal atau lari, kaki dah penat.
Not energy efficient and bad for triathlons. Me being me, berdegil juga nak breast-stroke the whole 2km. Wasted so much leg power.
Foto: Syed Saddiq FB
————————————————————
Tahniah buat Syed Saddiq dari team MASKULIN kerana berjaya melakukan apa yang dianggap satu ‘kerja gila’ oleh sesetengah orang.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gambar atau visual individu berwajah kacak dan cantik mampu meransang otak dan kesihatan mental.
Penemuan ini menunjukkan bahawa ‘cuci mata’ dengan visual wanita cantik boleh memberikan manfaat yang positif terhadap kesihatan mental lelaki, sekaligus membuka perspektif baru dalam usaha meningkatkan kesejahteraan psikologi.
DILRABA DILMURAT pernah dinobat Wanita Tercantik Di Asia
Lihat Gambar LELAKI KACAK, WANITA CANTIK Bagus Untuk Otak
Penyelidikan menunjukkan bahawa melihat wajah yang kacak dan cantik boleh membuatkan orang lebih bersemangat untuk bekerja keras dan mempunyai ingatan yang lebih baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Evolutionary Psychology ini telah menjalankan dua eksperimen untuk menentukan kesan melihat wajah lelaki kacak dan wanita cantik terhadap otak.
Pelakon Drama Netflix ‘Bridgerton’ Dilabel Lelaki Terkacak Di Dunia Menurut Sains
Kajian Pertama
Dalam eksperimen pertama, penyelidik dari East Carolina University telah mengkaji seramai 58 pelajar. Separuh daripada peserta diminta melihat wajah individu yang kurang menarik selama tujuh saat. Manakala separuh lagi diminta melihat wajah kacak dan cantik dari jantina yang berlainan juga selama tujuh saat.
Peserta kemudian diberi bahan bacaan cerita dan kebolehan mereka diuji melalui ujian ingatan untuk mengukur fungsi otak. Hasil kajian menunjukkan bahawa peserta yang melihat wajah yang menarik dapat mengingati lebih banyak butiran berbanding peserta yang melihat wajah biasa.
Secara khusus, kajian ini mendapati bahawa lelaki lebih banyak dipengaruhi oleh wajah yang cantik berbanding wanita. Lelaki cenderung mengingati lebih banyak butiran mengenai wanita cantik tersebut atau perkara lain yang berkaitan.
Kajian Kedua
Dalam eksperimen kedua, penyelidik menganalisis seramai 123 pelajar. Kaedah kajian adalah hampir sama seperti sebelumnya, namun kali ini pengkaji mengubah susunan kajian.
Kumpulan pertama bermula dengan melihat wajah yang menarik, mendengar cerita, melihat wajah biasa, dan kemudian mengambil ujian ingatan. Kumpulan kedua bermula dengan melihat wajah biasa, mendengar cerita, melihat wajah yang menarik, dan kemudian mengambil ujian ingatan. Kumpulan ketiga hanya melihat wajah biasa sebelum dan selepas mendengar cerita, kemudian mengambil ujian ingatan.
Hasil Dari Kajian
Hasil kajian menunjukkan bahawa melihat wajah lelaki kacak dan wanita cantik boleh mencetuskan keupayaan seseorang untuk menarik perhatian pasangannya serta meningkatkan fokus dan ingatan mereka.
Jisoo BLACKPINK Dipilih Wanita Tercantik Di Dunia 2022
“Memori adalah proses kognitif asas yang berkaitan dengan kemahiran kelangsungan hidup yang penting,” kata penyelidik yang dipetik oleh Medical Daily.
Sebaliknya, melihat wajah individu yang berwajah biasa tidak akan mencetuskan seseorang untuk bekerja lebih keras. Penyelidikan mendapati bahawa melihat wajah lelaki kacak atau wanita cantik sebenarnya lebih bermanfaat untuk kesihatan otak!