Kopi tiga dalam satu atau ‘3 in 1’ sering dijadikan sebagai sumber minuman yang paling cepat sama ada di rumah atau pun pejabat. Namun ramai tak sedar semua orang tahu menyedari bahawa serbuk instant tersebut boleh mendatangkan bahaya kerana kandungan gula yang berlebihan.
Mana tidaknya, kandungan gula dalam setiap bungkusan serbuk minuman instant itu ialah 4.4 sudu teh gula atau kira-kira 80 kilo kalori.
Selain kononnya minuman tersebut dapat membantu untuk membuatkan kita lebih bertenaga pada awal pagi di hujung minggu, ini risiko lain yang perlu anda hadapi :
Ads
1. Beri tenaga palsu
Ramai yang menganggap minuman ini mampu memberi lebih tenaga padahal kesan placebomya cuma untuk sementara. Untuk mendapatkan tenaga yang sebenar, anda perlu dapatkannya dari sumber makanan. Bukannya menerusi minuman 3-in-1 yang penuh dengan gula semata-mata.
2. Menghisap darah
Sebarang kebaikan zat-zat besi tidak akan dapat diserap oleh badan. Minuman ini menyah segala bentuk zat besi yang diperlukan oleh badan. Tubuh yang kurang zat besi boleh membawa kepada masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.
Ads
3. Perosak organ penting
Bahan oxalates penyebab utama si tegar 3-in-1 kerap ke tandas. Buah pinggang anda pun tidak dapat bertahan dengan pelbagai kandungan ‘perosak’ dalam minuman tersebut. Jaga-jaga ia juga boleh penyebab masalah batu karang.
Ads
4. Penghidup kanser
Kebanyakan makanan, minuman segera atau dalam tin akan mengandugi bahan kimia acrylamide. Menurut dari kajian kesihatan negara Belanda, toksik acrylamide dalam darah perlahan-lahan meningkatkan risiko kanser ovari dan kanser rahim. Acrylamide toksik yang sama ada dalam rokok!
5. Jangan tertipu
Kebaikan kopi dalam setiap hirupan? Lupakan sahaja kerana kadar kopi dalam setiap bungkusan sangat sedikit dan tidak berkualiti. Kandungan minyak sayur hidrogenisasi faktor utama pengumpulan asid lemak tepu yang membahayakan kesihatan terus kepada obesiti. Begitu juga dengan bahan makanan polifosfat merosakkan tulang dengan kadar asid yang tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lambakan pelbagai jenis minyak zaitun di pasaran membuatkan ramai yang keliru nak guna yang mana satu. Setiap minyak zaitun ada perbezaan jenis dan kegunaannya yang perlu anda tahu.
Sebelum nak menggunakan minyak zaitun, sebaiknya anda kenali dulu perbezaan jenis-dan kegunaannya. Ini akan memudahkan anda untuk mengenal pasti minyak zaitun yang mana sesuai untuk dimakan mentah atau digunakan untuk memasak.
Bagi mengelakkan kekeliruan ini, ikuti perkongsian Salmy Saznira menerusi laman Facebooknya tentang jenis-jenis dan kegunaan minyak zaitun. Semoga perkongsiannya ini bermanfaat untuk anda.
Kakmie, boleh ke masak guna olive oli?
Jawapan kakmie; Ada yang boleh dan ada yang tak digalakkan.
Aiikk… cam mna tu? ?
Ok. Sebenarnya gini. Minyak zaitun (olive oil) ni banyak jenis dan kategorinya. Ada jenis yang boleh kita masak/ menumis/ menggoreng dan ada yang tak digalakkan. *Kakmie fokus jenis ya bukan jenama tau (kalau jenama ada macam-macam di pasaran… huhu)
Mengikut apa yang kakmie tahu info *melalui bacaan dan rujukan google
Minyak zaitun ni ada (5) jenis atau mungkin lebih
(1) Extra Virgin Olive Oil
(2) Virgin Olive Oil
(3) Pure Olive Oil
(4) Extra Light/Light Olive Oil
(5) Olive Pomoce Oil
Cuma bagi kita, malah kakmie sendiri.. dua@ tiga jenis saja yang biasa kita tahu dan selalu disebut-sebut. Betul tak? Ok. Mana boleh buat masak, mana tidak digalakkan? Jom kita tengok.
(1) Extra Virgin Olive Oil
▪️ Biasa sangat kita dengar bila kita nak amalkan diet. Betul tak?
▪️ Ok. kenapa namanya Extra Virgin Olive Oil? Sebab ia dihasilkan melalui proses perahan ‘Cold Press’ yang pertama. Ia tidak mengalami proses pemanasan dan tidak ada campuran sebarang bahan kimia.
▪️ Kadar asid 0.5%-0.8%.
▪️ Tinggi oksida dan banyak nutrien/ khasiat vitamin dan mineral.
▪️ Warna kehijaun/rasa agak pahit/ bau agak kuat.
❌ TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MEMASAK (HABA TERLALU TINGGI)
▪️ Extra Virgin Olive Oil – ‘smoke point’ ➖ (ada fakta kata 160-200 darjah Celcius).
▪️ Sebab khasiatnya akan terjejas jika ada pemanasan melebihi ‘smoke point’ malah boleh menyebabkan(radikal bebas/ lebihan lemak dalam darah/ kolestrol/ hipertrigliseidemia.
▪️ Sesuai dicampur dalam sos dressing salad/ pasta/ pengganti kepada butter sapu kat roti dan sebagainya.
▪️ Atau dicampur dalam makanan yang dah siap dimasak.
* Contoh ➖ rujuk gambar kakmie sertakan
(2) Virgin Olive Oil
▪️ Minyak zaitun yang dihasilkan daripada proses perahan kedua.
▪️ Masih asli cuma kadar asid 1% – 4%.
▪️ Warna kuning kehijauan. ❌ TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MEMASAK (HABA TERLALU TINGGI)
▪️ Virgin Olive Oil – ‘smoke point’➖199 darjah Celcius.
▪️ Sebab khasiatnya akan terjejas jika melebihi ‘smoke point’ malah boleh menyebabkan radikal bebas/ lebihan lemak dalam darah/ kolestrol/ hipertrigliseidemia.
▪️ Sesuai dicampur dalam sos dressing salad/ pasta/ pengganti kepada butter sapu kat roti dan sebagainya.
▪️ Atau dicampur dalam makanan yang dah siap dimasak. * Contoh ➖ rujuk gambar kakmie sertakan
(3) Pure Olive
(4) Extra Light/Light Olive Oil
▪️ Campuran refined olive oil dan virgin olive oil.
▪️ Terlibat dengan beberapa proses penyulingan/ penapisan.
* Dua jenis olive oil di atas melalui proses yang sama cuma komposisinya campuran je berbeza.
* Refined olive oil adalah minyak zaitun yang sudah diproses dengan menambah bahan kimia untuk menambahbaik kualiti dan nutrien. Bahan kimia akan menutralkan rasanya yang kuat dan menurunkan kadar asid yang tinggi.Kemudian ditambah sedikit virgin olive oil untuk kembalikan rasa olive oil yang hilang akibat penambahan bahan kimia tadi.
▪️ Kadar asid melebihi 4%.
▪️ Warna kekuningan/kuning pucat. ✅ BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENUMIS/ MENGGORENG/ MEMANGGANG TAPI SUHU KENA KAWAL.
▪️ Extra/ Light Olive Oil – ‘smoke point’ ➖ 237-242 darjah Celcius.
▪️ Jika suhu terlalu tinggi akan mencapai ‘smoke point’ dan akan mengurangkan/ merosakkan kualiti/ nutrien. *Contoh ➖ rujuk gambar kakmie sertakan
(5) Olive Pomace Oil
▪️ Gred minyak zaitun paling rendah.
▪️ Sisa proses pengekstrakan Pure Olive Oil.
▪️ Telah melalui beberapa proses penapisan.
▪️ Dicampur dengan pelbagai variasi virgin olive oil untuk memberi rasa minyak zaitun. ✅BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK/MENGGORENG/MEMANGGANG TAPI SUHU KENA KAWAL.
▪️ Olive Pomace Oil – ‘smoke point’➖ 238 darjah Celcius.
▪️ Jika suhu terlalu tinggi akan mencapai ‘smoke point’ dan akan mengurangkan/ merosakkan kualiti/ vitamin.
• Sama kategori dengan minyak jagung/ canola/ minyak sayuran/ dan seeds oil lain yang diproses. * Contoh ➖ rujuk gambar kakmie sertakan * Tak digalakkan guna minyak ni sebab terlalu sedikit campuran olive oil
* RUMUSAN
▪️ Sebenarnya,setiap minyak ada suhu tersendiri yang mana kualitinya/ nutrien akan merosot/berubah/hilang apabila dipanaskan dengan suhu yang melebihi tahap/paras ‘smoke point’ (Kakmie fokus untuk olive oil dulu ye)
▪️ Harus diingat jugak, MENGGORENG (deep fry) menggunakan Olive Oil (TIDAK AKAN) membuatkan makanan kita lebih sihat berbanding minyak lain.
▪️ Jika nak menggoreng BOLEH, tapi kena guna SUHU RENDAH/KUANTITI SEDIKIT/ MASA SINGKAT (tak boleh terendam lama) dan tentunya ia tidak garing dan tekstur makanan akan berminyak sedikit.
▪️ Sama jugak untuk yang menggunakan air fryer,boleh guna olive oil tapi jenis seperti yang kakmie nyatakan di atas dan pastikan SUHU SESUAI supaya tidak melebihi ‘smoke point’ jenis minyak tersebut.
▪️ Sebenarnya, kat setiap botol jenis Olive Oil dah ada dinyatakan CARA PENGAMBILAN (masakan) YANG SESUAI. Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang. (Rujuk gambar kakmie bagi beberapa contoh yang kakmie ambik kat pasaraya tempat kakmie)
Kat botol olive oil pun ada tunjuk tahap kepanasan
Lebal kat belakang ada tunjuk kegunaan (2) jenis minyak ni
Harapan Kakmie semoga info pasal Olive Oil ni bermanfaat untuk kita semua ya.✌??
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dengar sahaja perkataan diet, ramai lelaki tarik diri awal-awal kerana beranggapan amalan tersebut hanya menyekat lelaki untuk menikmati makanan kegemaran.
Dalam erti kata lain, kebanyakan mentaliti lelaki adalah diet melibatkan pengurangan makanan semata-mata untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Pemahaman ini perlu diperbetulkan kerana pengurangan makanan secara drastik untuk menurunkan berat badan adalah kesilapan yang jelas.
Ini kerana rahsia sebenar diet adalah seperti berikut :
1. Jangan berlapar
Makan banyak boleh menambah berat badan. Jadi ramai yang berusaha menahan lapar malah ada yang tidak makan.
Sebenarnya cara ini salah, apabila anda berlapar, ia akan menurunkan metabolisme tubuh yang akhirnya melambatkan pembakaran lemak.
Tenaga tubuh akan berkurang. Anda akan berasa lemah dan keletihan apabila melakukan aktiviti harian.
Rasa lapar adalah salah satu pertanda bahawa perut anda kosong dan gula dalam darah juga kurang.
Sedangkan perut yang terisi dan gula sangat diperlukan otak. Mungkin anda pernah mengalami masalah pening kepala apabila perut kosong bukan?
Masalah ini juga akan terjadi kepada mereka yang hanya makan sekali atau dua kali sehari.
Jadi, anda perlu makan 5 hingga 6 kali sehari; 3 kali makan normal dan 3 kali hanya makan ringan agar metabolisme tetap tinggi dalam tubuh.
2. Ambil semula sarapan pagi
Sengaja tidak mengambilnya, tidak sempat mengambilnya atau tidak biasa mengambilnya. Walau apa sahaja alasannya, ramai daripada kita elak mengambil sarapan pagi.
Sarapan adalah waktu makan paling penting untuk tubuh. Setelah tidur malam 8 jam tanpa mengisi nutrisi, tubuh sangat memerlukan nutrisi yang boleh diperoleh ketika makan sarapan pagi. Ia untuk mengembalikan tenaga untuk tubuh badan.
3. Alas perut waktu malam
Memang ketika tidur, kita tidak memerlukan kalori dalam jumlah yang banyak, apatah lagi karbohidrat dalam kadar tinggi.
Tetapi kita memerlukan banyak protein kerana ketika tidur, hormon pertumbuhan akan digunakan untuk membaiki semua sel-sel tubuh yang rosak.
Oleh itu, pastikan pengambilan protein mencukupi. Ambillah protein kira-kira 2 hingga 3 jam sebelum tidur dan karbohidrat 4 jam sebelum tidur.
Disarankan minum susu atau air kosong sebelum tidur untuk penyerapan protein yang lebih lambat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Alasan tiada masa dan sibuk dengan kerja serta tugasan di rumah merupakan perkara yang cukup menjengkelkan. Usah berdalih sebenarnya yang membuatkan sesetengah daripada kita tidak bersenam hanya sebab malas. Tapi kenapa malas jika anda boleh lakukan speed work out yang bakal MASKULIN kongsi di bawah.
Tidak perlu ambil masa yang lama, cukup hanya selama empat minit sahaja. Lebih menarik lagi anda boleh lakukan sebanyak empat jenis senaman berbeza iaitu squats jump, push up, burpees dan sit up.
Tapi untuk melakukan speed work out seperti ini anda perlu meracangnya dengan baik. Selain itu pastikan juga badan anada boleh biasa dengan senaman pantas seperti ini. Buat beginner MASKULIN nasihatkan lakukannya dengan sedikit perlahan. Usah paksa diri kerana kelak nanti anda juga yang merana.
Apa yang penting ia perlu dilakukan secara konsisten setiap hari. Dalam masa yang sama anda juga perlulah realistik. Dengan melakukan senaman empat minit ini jangan pula harapkan perubahan pada badan dan tahap kesihatan berlaku sekelip mata.
Apa yang MASKULIN boleh jamin ia akan beri satu hasil yang anda sendiri tak akan sangka dan ia mampu berlaku dalam tempoh 4 hingga 6 bulan.
Usah berlengah kerana anda boleh mulakannya pada hari ini! Ikuti step berikut untuk melakukan 4 senaman dalam masa 4 minit! Lakukan mengikuti turutan berikut dengan mengulangi sebanyak 2 reps.
Squats jumps – 20 saat
Rehat – 10 Saat
Push up – 20 saat
Rehat – 10 saat
Burpees – 20 saat
Rehat – 10 saat
Sit ups – 20 saat
Rehat – 10 saat
*ulang step dari mula
Dengan melakukan senaman secara konsisten seperti ini anda boleh hilangkan lebih 18 peratus lemak bada. Kepada yang ingin mencuba, selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada anda.
Untuk video workout yang menarik, follow YouTube MASKULIN untuk content menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.