Minuman tenaga merupakan minuman tanpa alkohol yang mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan bahan tambahan lain.

Ia sering dipasarkan sebagai produk yang memberi tenaga berpanjangan, untuk menambah prestasi ahli sukan, untuk pemanduan jangka masa panjang dan juga untuk pelajar.

Artikel berkaitan: Kawal Stress & Tambah Baik Diet Serat, Ini Langkah Lelaki Perlu Ambil Untuk Elak Dari Terkena Strok

Artikel berkaitan: Mesti Cuba, Jus Lemon Mampu Mengurangkan Risiko Strok Dan Gout

Ads

Hati-Hati, Minuman Tenaga Boleh Tingkatkan Risiko Strok Sehingga 5 Kali Ganda!

Pengkaji mendapati, punca UTAMA yang menyebabkan risiko kesihatan adalah kandungan kafien yang terlalu TINGGI dalam minuman ini.

Ads

Pengambilan kafien berlebihan mengakibatkan jantung berdegup dengan pantas,tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam badan, metabolic asidosis, sawan dan kematian.

Selain itu, seperti mana minuman ringan lain, “minuman tenaga” mengandungi GULA yang cukup tinggi. Cuba bayangkan, satu tin minuman tenaga popular mengandungi 27.5 g gula!

Ads

Dalam kajian terkini, pengambilan Minuman Tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda!

✔️ Elakkan pengambilan minuman tenaga secara kerap dan berlebihan
✔️ Kanak kanak, pelajar sekolah dan wanita hamil perlu mengelakkan dari mengambil minuman tenaga

Hati-Hati, Minuman Tenaga Boleh Tingkatkan Risiko Strok Sehingga 5 Kali Ganda!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI