![Sebelum (43)](https://cdn.maskulin.com.my/2020/04/sebelum-43-28_37_921446-696x425.jpg)
Seakan trend setiap apa menu diviralkan mesti dicuba. Namun baru-baru ini resepi lemang seakan trend tambah pula dengan musim Ramadan ini.
Namun, mengikut kata Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Food Safety Malaysia beberapa hari lepas ternampak orang kongsi mengenai cara masak lemang dalam tin minuman.
Tin memang digunakan secara meluas sebagai salah satu teknik pembungkusan makanan/minuman yang selamat tetapi Tin tersebut tidak dibuat untuk digunakan semula sebagai bekas memasak.
– Bahan makanan yang dimasak akan bertindak balas dengan bahan kimia dalam tin pada suhu panas.
– Ada risiko tinggi untuk berlaku pencemaran kimia pada makanan!
– Makanan yang tercemar dengan bahan kimia berlebihan boleh membahayakan kesihatan.
Jadi dalam keseronokan kita memasak, sentiasa pentingkan keselamatan makanan!
KESELAMATAN MAKANAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA!
SUMBER: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia & Food Safety Malaysia
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI