“Hari ini dunia kehilangan seorang pelakon popular Black Panther, Chadwick Boseman. Ramai bertanyakan kepada kami, siapakah yang berisiko untuk mendapat kanser usus?”
Itulah antara pertanyaan yang sering diajukan kepada para doktor dan pakar perubatan, namun mengikut kenyataan Public Health Malaysia di Facebook ada memberi kenyataan berkenaan dengan isu ini.
Menurutnya ada beberapa punca kanser usus.antaranya daging proses….
RISIKO KANSER KOLOREKTAL MENINGKAT 19% UNTUK SETIAP 25GRAM DAGING PROSES SETIAP HARI!
Baca: Rupanya 4 Makanan Yang Biasa Kita Makan Ini Boleh Menyebabkan Perut Berangin!
“Risiko juga meningkat untuk yang gemar memakan daging (merah) dan juga kurang memakan sayur. 95% rakyat Malaysia tidak memakan sayur dan buah-buahan yang mencukupi. Dan kanser kolon adalah kanser utama yang menyerang rakyat Malaysia!”
Malah, katanya perokok juga lebih terdedah dari terkena penyakit ini.
“Jadi pada yang suka memakan makanan yang diproses dan daging merah, berpada-padalah mengambilnya ye. Dan lebihkan memakan sayur dan buah iaitu 5 hidangan setiap hari”
APA ITU KANSER KOLOREKTAL?
Sumber: Public Health Malaysia
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI