Hati-Hati Jika Ada 6 Tanda Ini Pada Alat Kelamin Kamu!

Share

Perihal masalah hubungan kelamin, majoriti lelaki malu nak cerita. Iyalah, silap hari bulan jadi bahan ketawa dan sindiran pula. Malu nak cerita, tapi kena ambil tahu juga.  Ada yang tidak bahaya, namun ada juga yang boleh meragut nyawa.

1. Hey Sooo Cute…

Masalah: “Ukuran alat kelamin ku kelihatan comel!”

Diagnosis dan Rawatan: Ini merupakan masalah lebih pada minda dan bukan di bawah seluar anda. Menurut Dr Gordon Muir, Pakar Perunding Pembedahan Urologi dari Kings College Hospital, London, kebanyakan lelaki ingin terus lakukan pembedahan membesarkan alat kelamin, walhal ukuran dan saiz alat kelamin mereka sudah dikira normal dan aktif.
Oleh itu saranannya, jangan biarkan minda dan emosi anda dijajah dengan pemikiran, ‘lagi besar saiznya, lagi puas si dia’. Ini salah. Kepuasan seks tidak dipengaruhi oleh saiz. Ia lebih kepada bagaimana anda mencintai tubuh badan anda dan bagaimana membelai pasangan anda.

2. Ada ‘Telur Tambahan’

Masalah: “Terdapat ketulan kecil pada testis sebelah kanan saya”

Diagnosis dan Rawatan: Ketahuilah, ini bukan masalah remeh dan perlu diabaikan. Berdasarkan kenyataan Dr Gordon Muir lagi, majoriti ketulan yang dikenal pasti adalah gumpalan jerawat yang tidak berbahaya dan boleh membengkak, tetapi ia juga berkemungkinan besar petanda kanser buah zakar.
Tumor yang mengakibatkan kanser boleh disembuhkan jika dikesan lebih awal. Namun, akan menjadi sukar untuk didiagnosis kerana kebanyakan lelaki malu dan enggan melakukan pemeriksaan pada testis mereka. Tambahannya lagi, pendekatan ultrasound boleh membantu. Selain itu, rawatan terapi radiasi, kemoterapi dan inguinal orchiectomy boleh dilakukan.

3. Coldplay

Masalah: “Kenapa saya boleh selesema ketika ingin lakukan hubungan seks ni?”

Diagnosis dan Rawatan: Sistem ketahanan tubuh yang lemah dapat mempengaruhi perjalanan seks anda. Ini bererti tubuh anda akan mudah menghidapi pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, Dr Rabecca Burn, pakar nutrisi ada menyarankan bahawa pengambilan makanan bergizi seimbang sepatutnya diamalkan.
Selain itu, elakkan daripada minum minuman beralkohol kerana ia sedikit sebanyak memberi efek dalam kesihatan, seterusnya sistem reproduksi anda. Pengambilan makanan tambahan (supplement) yang mengandungi Echinacea boleh membantu. Echinacea terdapat di dalam minuman teh hijau dan dalam bentuk pil dan minuman.

4. Flying To The Moon

Masalah: “Tekanan darah tinggi saya setinggi langit”

Diagnosis dan Rawatan: Apabila usia semakin meningkat, tekanan darah juga semakin tinggi. Bagaimana urusan seks boleh berjalan lancar jika tekanan darah anda meningkat?. Oleh itu anda perlu lakukan rawatan segera. Antara rawatan yang paling mujarab bukanlah ubat-ubatan, tetapi gaya hidup.
Mencegah lebih baik bukan? Oleh itu, sentiasa amalkan usaha menurunkan berat badan, berhenti merokok, kurangkan kadar garam dan gula dalam makanan. Dijamin kehidupan seksual anda akan lebih mekar dengan adanya kesihatan yang baik.

5. “Dig Dug Dap Dig Dug Dap”

Masalah: “Saya sering berasa lelah, mengah dan sukar bernafas ketika seks”

Diagnosis dan Rawatan: Melalui pemerhatian Dr Neil Stanley, pakar tidur (sleepologist) dari Hospital Universiti Norwich dan Norfolk, seorang lelaki berkemungkinan menghidapi ME (myalgic encephalopathy) iaitu sejenis penyakit lelah yang kronik dan berupaya melemahkan tubuh.
Seorang lelaki perlukan tenaga untuk melakukan seks. Oleh itu, jika mengalami keadaan ini, seseorang itu disarankan untuk mendapatkan rehat secukupnya. Selain itu, Dr Neil juga menyarankan untuk sentiasa menghindari latihan berat, makanan berlemak serta minuman alkohol.

6. Peluh macam shower

Masalah: Peluh terlampau banyak keluar setiap kali melakukan hubungan seks.

Diagnosis dan rawatan: Menurut kajian Emma Ellis, Pakar Gizi, peluh yang keluar terlampau banyak terutama sekali tatkala berlangsungnya seks adalah mungkin disebabkan tekanan, kelanjar tiroid yang terlalu aktif, kegemukan, diabetes dan ketidakseimbangan kadar gula dalam darah.
Oleh itu, selain mengaplikasikan gaya hidup sihat, Emma turut mencadangkan agar lelaki mendapatkan rawatan teknik relaksasi seperti yoga kerana ia dapat membantu mengurangkan stres dalam tubuh dan minda. Peluh berbau dan merembes? Kurangkan pengambilan kafein dan selidiki diet yang boleh menyebabkan anda berpeluh luar biasa

 

 

 

Published by
Ruziana Zainal