Sejak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, sering sahaja kita tengok orang ber-live streaming atau video call baik bercakap tentang kerja mahupun santai-santai beborak sahaja.
Tiada masalah untuk melakukan semua itu. Tetapi jaga-jaga, jangan disebabkan ini anda terjerumus di dalam Scam mahupun masalah.
Di Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan
ada memberikan anda sedikit pandauan keselamatan penggunaan aplikasi persidangan video dalam talian oleh Cybersecurity Malaysia. Pastikan selamat untuk bekerja dari rumah.Sekiranya ada laporan insiden / ancaman siber sila laporkan kepada Pusat Bantuan Kecemasan Cyber999 di saluran seperti berikut di talian No Kecemasan
1-300-88-2999 (bermula jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam) atau emailkan ke cyber999@cybersecurity.my atau hubungi terus ke numbor telefon yang tersedia 019-2665850.
Atau anda boleh SMS dengan taip CYBER999 REPORT (Email) (complaint) dan hatar terus ke 15888 atau lawati website CyberSecurity.
Sumber: Kementerian Wilayah Persekutuan