Terbaru, Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) telah menetapkan pemain boleh dikenakan kad merah jika batuk kepada pemain lain atau pegawai pertandingan.
Peraturan ini wujud bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di dalam sukan bola sepak. Ianya satu tindakan yang baik oleh badan yang menjaga undang-undang bola sepak antarabangsa.
Selepas ini, mungkin pihak Football Association of Malaysia (FAM) dan juga badan- badan sukan lain boleh mengikut jejak sama dengan menetapkan peraturan di dalam sukan mereka.
WHO menyatakan, pemakaian pelitup muka sewaktu bersenam atau bersukan adalah tidak digalakkan dan boleh mendatangkan keburukan seperti sesak nafas dan menggalakkan pertumbuhan mikro-organisma.
Dan ada pula permainan yang tidak dapat mengelak daripada bersentuh antara satu sama lain.
Maka, peraturan kad merah kepada yang tidak mengamalkan etika batuk yang baik boleh dijadikan salah satu pencegahan di dalam penularan wabak COVID-19 di dalam sukan
Sumber: Public Health Malaysia