Baru-baru ini kecoh dengan kejadian yang menimpa penduduk Lombok, Indonesia dimana gempa bumi yang dasyat berlaku sehinggakan ada yang hilang nyawa. Ini termasuk Syarizal dan 9 lagi rakan-rakannya yang terdiri daripada 6 lelaki dan 4 wanita berumur dari 24 tahun – 36 tahun yang ke Lombok untuk mendaki sebuah gunung di negeri terbabit.
Perancangan awalnya, sekumpulan mereka telah merancang untuk mendaki gunung Ranjini terbantut, kerana kawasan dakian ditutup apabila gegaran pertama yang berlaku pada 29 Julai lepas. Akibat tidak mahu membazir kos perjalanan yang telah dibeli, mereka semua meneruskan hasrat mereka ke Lombok dengan hanya berniat untuk melancong dan bersiar-siar.
Ads
“Kami menginap di City Hotel, Mataram pada 5 Ogos. Sewaktu saya dan rakan-rakan bersiap-siap untuk makan malam, lebih kurang pukul 7.45pm waktu tempatan, kami dikejutkan dengan gegaran yang kuat. Ketika itu, bilik saya merupakan tingkat paling tinggi hotel tersebut.”
“Saya masih ingat lagi, ketika gegaran berlaku saya terus berlari keluar dalam keadaan separa bogel kerana ketika itu saya sedang mandi. Tak sempat nak capai apa-apa pun, saya bergegas keluar dengan tuala dan hampir terjatuh kerana tidak sempat untuk menyarung kasut. Semua jadi panik ketika itu, kerana dinding sudah merekah, hiasan habis jatuh pecah, dan lampu juga turut jatuh akibat gegaran yang kuat. Semua yang bergegas turun dari bangunan hotel kelihatan ketakutan dan ada antara ibu sedang menyusukan anak.”
Setelah 15 minit, pemandu pelancong yang membawa Syarizal dan rakan-rakan telah menerima amaran Tsunami dan sekaligus bergegas membawa kesepuluh warganegara Malaysia ini jauh dari pantai. Mereka dibawa ke perkampungan Gunung Sari sebelum berlindung di kawasan rata disana.
“Kami ingin bergegas pulang ke Tanah Air kerana selang 15 ke 30 minit akan berlaku gegaran kecil membuatkan kami tak berani nak tidur. Namun, trafik di lapangan terbang Lombok menyebabkan kami terpaksa menggunakan alternatif lain iaitu menaiki feri ke Bali untuk mengambil tiket penerbangan dari situ. Kami juga sempat menghubungi kedutaan Malaysia di Jakarta bagi membantu mendapatkan tiket untuk pulang ke Malaysia.”
Syarizal dan rakan-rakan juga berterima kasih pada penduduk tempatan kerana membekalkan mereka makanan serta tempat berehat sementara menunggu sehingga keadaan terkawal.
Walaupun perjalanan agak rumit dan jauh, mereka ini masih tidak berputus asa dan sentiasa bertawakal agar dilindungi olehNya. Dijangkakan mereka ini akan tiba di Malaysia paling lewat esok. Sama-sama kita doakan kesihatan mereka. Amin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Zaman sekarang macam-macam perangai manusia ada. Teknologi yang semakin canggih membuatkan manusia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perkara terkutuk tanpa anda sedari. Tak kira lelaki atau perempuan, anda mungkin menjadi sasaran untuk diintip secara sembunyi-sembunyi.
Seorang lelaki dengan nama SopieAhmd membongkar kegiatan spycam di akaun Twitternya. Perkara ini berlaku kepada kawan isterinya yang menjumpai spycam mirip lighter di dalam bilik mandi. Jadi, berhati-hatilah kerana anda mungkin menjadi sasaran penjenayah ini!
Paling mengejutkan, spycam ini turut dijual secara terbuka di online dengan harga murah antara RM49.92 hingga RM153.96 dalam pelbagai bentuk.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pepatah Melayu mengatakan, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.” Tetapi bagi 10 tokoh dan selebriti ini, mereka bukan hanya meninggalkan nama, malah meninggalkan harta yang kian tinggi nilainya selepas mereka meninggal dunia.
Muhammad Ali
Muhammad Ali bukan sahaja juara tinju dunia, malah beliau juga juara yang telah memenangi hati ramai orang. Semasa hayatnya, beliau berjuang bermati-matian menentang isu perkauman dan mempertahankan hak-hak warga Afrika Amerika. Beliau juga enggan menyertai perang dengan Vietnam kerana pegangannya terhadap agama Islam yang menentang keganasan. Kejadian itu menyebabkan kejuaraan yang dimenanginya ditarik semula.
Muhammad Ali menderita lama akibat penyakit Parkinson dan akhirnya pada 3 Jun 2016, beliau meninggal dunia pada usia 74 tahun. Ketika itu, hartanya bernilai $80 juta. Walaupun namanya tidak disebut dalam dalam senarai pendapatan tertinggi selebriti yang telah mati bagi tahun 2016 yang dikeluarkan Forbes, sekurang-kurangnya kami rasa namanya masih perlu diberi penghormatan di sini.
Bruce Lee
Tidak dinafikan, Bruce Lee merupakan selebriti mempertahankan diri yang paling hebat sepanjang zaman. Sebelum kemunculan Bruce, pelakon Asia sering distereotaipkan sebagai pelakon sampingan yang hanya boleh memegang watak-watak untuk dijadikan bahan lawak jenaka. Apabila Bruce Lee mula menjadi masyhur di Hollywood, ia membuka laluan bagi ramai selebriti Asia untuk mula mengikut jejak langkah Bruce menempa nama di sana. Bruce semakin dikenali sebagai pelakon, penulis skrip dan pengarah filem apabila kematian tragisnya tiba-tiba terjadi pada 20 Julai 1970, ketika beliau hanya berusia 32 tahun akibat tindak balas aneh terhadap ubat sakit kepala.
Selain menjadi pelakon, Bruce Lee juga merupakan seorang pengajar seni mempertahankan diri, pengasas Jeet Kune Do dan ahli falsafah. Ketika meninggal dunia, nilai hartanya adalah sekitar $10 juta.
Marilyn Monroe
Siapa tidak mengenali Marilyn Monroe yang terkenal dengan gaya seksinya sambil memakai gaun putih. Hollywood masih belum dapat pengganti seperti Monroe sejak kematiannya pada usia muda tatkala berumur 36 tahun pada tahun 1962. Nilai bersih hartanya adalah sekitar $27 juta dan pada tahun 2015 sahaja pendapatan Monroe masih tinggi iaitu sekitar $17 juta yang diperolehi melalui royalti filem dan pelbagai pengendorsan lain. Walaupun dikenali di seluruh dunia dengan wajah yang cantik menawan, Monroe sebenarnya merupakan seorang wanita yang tidak begitu gembira dan tidak yakin dengan diri sendiri kerana trauma akibat ditinggalkan sewaktu kecil. Monroe juga sering berpindah dari satu rumah anak yatim ke rumah anak yatim yang lain, diserang dan pernah diperkosa beberapa kali. Misinya dalam mencari cinta sejati menyebabkan tiga perkahwinannya gagal dan masih tidak ketemu apa yang diinginkan. Walaupun hidup penuh dengan populariti dan dilimpahi kemewahan, Monroe akhirnya mati seorang diri di atas katil akibat keracunan ubat tidur.
Elizabeth Taylor
Elizabeth Taylor dikenali sebagai seorang wanita yang mampu menundukkan lelaki. Pernah berkahwin sebanyak lapan kali, Liz amat berbeza dengan aktres lain yang sezaman dengannya. Beliau bukan sahaja seorang pelakon, malah perniagaan minyak wanginya juga berjaya memperolehi royalti yang tinggi. Nilai bersih hartanya adalah $600 juta dan pada tahun 2016 sahaja beliau memperolehi pendapatan sebanyak $8 juta.
Liz meninggal pada 23 Mac 2011 semasa berusia 79 tahun akibat masalah jantung. Mungkin kini 10 orang cucu dan 4 cicitnya dapat merasa kekayaan hasil titik peluh Liz sepanjang hayatnya.
David Bowie
Dengan nilai bersih harta sekitar $230 juta, David Bowie merupakan seorang legenda. Beliau bukan sahaja seorang penyanyi berbakat, malah menjadi penerbit, pelakon dan penulis lirik dengan aura yang hebat. Kerjaya seninya yang hampir berusia lima dekad dengan lagu seperti “Let’s Dance” dan “Fame” berjaya membuatkan nama Bowie meniti di bibir peminat. Selepas Thin White Duke melancarkan album terakhirnya berjudul Blackstar, Bowie meninggal dunia dua hari kemudian pada 10 Januari 2016. Disebabkan itu, album tersebut telah berjaya mengatasi jualan mana-mana album Michael Jackson dan Elvis Presley.
Bowie meninggal pada usia 69 tahun akibat kanser namun sebelum itu telah berjaya menggondol 14 anugerah daripada American Music Awards, BRIT Awards dan BAFTAs. Pendapatannya pada tahun 2016 adalah $10.5 juta dan menduduki takhta ke-11 Forbes dalam senarai selebriti terkaya selepas meninggal dunia.
Albert Einstein
Albert Einstein bukan sahaja memberikan kita formula kesetaraan antara tenaga dan jisim, malah beliau jugalah yang memperkenalkan teori relativiti, teori kuantum dan teori zarah. Selepas kematiannya yang berpunca daripada aneurisme abdominal yang pecah sehingga menyebabkan berlaku pendarahan dalaman, nilai bersih harta Einstein adalah sekitar $12 juta. Pada 2016, Einstein masih memperolehi $11.5 juta bagi kegunaan wajah dan namanya kepada pelbagai jenama teknologi dan syarikat kecerdasan buatan (AI).
John Lennon
Terlalu banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan John Lennon. Beliau merupakan seorang pemuzik yang dikenali sehingga ke hari ini. Lennon jugalah ahli pertama The Beatles yang menarik diri daripada kumpulan tersebut. Jika kita menyentuh kisah peribadi Lennon, mungkin kita akan merasakan yang beliau bukanlah seorang yang setia dan budiman. Tapi satu perkara yang pasti, beliau merupakan seorang penulis lirik dan pencipta lagu yang sangat hebat.
Namun tidak semua yang hebat itu kekal lama. Pada 8 Disember 1980, John Lennon mati ditembak semasa berusia 40 tahun oleh seorang psiko bernama Mark David Chapman yang terlalu ingin menjadi popular. John Lennon meninggalkan harta sebanyak $800 juta kepada isterinya, Yoko Ono dan pada tahun 2016 harta itu ditambah lagi sebanyak $12 juta hasil pendapatan pelbagai royalti.
Bob Marley
Ahli muzik yang mempunyai fahaman Rastafari ini sering menjadi idola anak muda. Beliau meninggalkan harta bernilai $130 juta walaupun beliau meninggal pada usia yang amat muda, iaitu pada 11 Mei 1981 ketika berumur 36 tahun. Kematian beliau berpunca daripada melanoma malignan yang bermula dari jari kelingking di kaki dan merebak ke seluruh tubuh. Ramai orang sukakan Bob Marley kerana muzik yang dihasilkan, fahaman dan ideologi beliau serta penggunaan ganja secara bebas. Bukan sahaja beliau menjadi idola para Rasta, malah orang Hippie juga meminatinya sehinggakan beliau menjadi tarikan utama di festival Woodstock.
Pada tahun 2016, mendiang masih lagi berterusan membuat keuntungan dengan memperolehi $21 juta hasil jualan produk audio, minuman Marley’s Mellow Mood dan pelbagai lagi barang bertemakan Rasta dan ganja. Semoga mendiang tenang-tenang di sana.
Elvis Presley
Dikenali sebagai King of Rock, Elvis sememangnya seorang selebriti yang unik, kacak dan sukakan bling-bling. Walaupun mengalami masalah berat badan dan perangainya lama-kelamaan menjadi semakin pelik kerana dikhabarkan mengalami masalah mental, semua itu dilupakan setelah kematiannya secara mengejut. Elvis meninggal semasa berusia 42 tahun pada 16 Ogos 1977. Beliau meninggal terjatuh di dalam bilik air dikatakan berpunca daripada serangan sakit jantung.
Walaupun sudah 40 tahun beliau meninggalkan kita, harta kekayaannya masih lagi tidak menyusut. Memandangkan beliau sudah mula mengolah muzik pada usia seawal 21 tahun dan pernah diberi penghargaan Anugerah Kejayaan Sepanjang Hayat di Grammy pada usia 36 tahun, keseluruhan hartanya bernilai sekitar $300 juta. Pada tahun 2016 sahaja beliau memperolehi $27 juta kerana jualan album yang masih berjalan dan juga hasil jualan tiket masuk ke rumah kediamannya di Graceland. Ini barulah betul selebriti yang tak lapuk dek zaman.
Michael Jackson
Siapa yang tidak mengenali Raja Pop ini. Lelaki yang sayangkan kanak-kanak sehingga mencipta Neverland sebelum dituduh melakukan pencabulan ke atas kanak-kanak. Beliau juga merupakan ahli muzik yang mula menyanyi ketika berusia 5 tahun lagi dan telah mengahwini anak perempuan Elvis Presley. Beliau juga pernah dituduh membahayakan nyawa anaknya dengan memegang bayi tersebut secara sambil lewa di balkoni hotel. Beliau juga seorang penari hebat yang mencipta tarian “moonwalk.”
Banyak perkara yang kita boleh ingat dan imbas kembali tentang Michael Jackson. Kematiannya ketika berusia 50 tahun pada 25 June 2009 yang disebabkan pengambilan dadah berlebihan yang diambil atas nasihat doktor juga amat mengejutkan dunia. Walaupun doktor yang memberi preskripsi ubat itu telah didakwa, Michael tetap tidak akan kembali. Namun, lagu-lagu dan video muziknya akan sentiasa menghiburkan peminat. Sejak beberapa lagu dan bahagian filemnya yang belum pernah ditonton tersebar, kekayaannya semakin meningkat. Pada 2016, Michael memperolehi pendapatan sebanyak $825 juta dalam tahun itu sahaja. Hal ini demikian kerana pihak Sony telah bersetuju membeli separuh lagi bahagian pemilikan 50% dalam katalog penerbitan ATV (yang penuh dengan lagu kumpulan The Beatles) pada harga $750 juta. Pembelian ini telah menjadikan Michael selebriti berpendapatan paling tinggi selepas meninggal dunia dalam sejarah.
Ini barulah dikatakan tujuh keturunan pun duit tak akan habis.
sumber: iluminasi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa yang tak kenal dengan salah satu permainan video mobil terkenal di dunia PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile atau lebih popular dengan nama PUBG, mungkin anda tinggal di planet lain barangkali.
Malah kalau anda ke mana-mana sahaja pasti akan ada kelibat pemainnya yang khusyuk memerhatikan skrin video sambil mulut terkumat-kamit dengan wajah penuh serius.
Permainan video yang menarik jumlah pemain jutaan orang di seluruh dunia ini memjdi sebahagian daripada revolusi mobile gaming yang penting dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Namun di sebalik popularitinya pasti ia tak dapat lari daripada terpalit dengan kontroversi. Terbaru di India, PUBG telah diharamkan di beberapa buah banda di Gujarat, India. Dua bandar tersebut ialah Rajkot dan Surat. Jika pihak berkuasa sesiapa yang bermain permainan video PUBG dia boleh didakwa dan dikenakan denda.
Menurut satu kenyataan media Rajkot City Police yang turut di muat naik di laman media sosial Twitter, pihak polis kini melarang sepenuhnya kepada mana-mana orang awam untuk menggunakan atau bermain PUBG sehingga 30 April. Yang lebih menarik lagi larangan ini turut melarang orang awam daripada mengambil bahagian Momo Challenge.
Jelas Rajkot City Police, sesiapa yang ditangkap melakukan kesalahan tersebut boeh didakwa di bawah Akta Jenayah Sesyen 144, 1o73 dan sesyen 37 (3) Akta Polis Gujarat. Akta ini juga membolehkan pihak berkuasa melarang sebarang perhimpunan awam yang melebihi empat orang dalam satu masa.
SEBAB LARANGAN
Pihak berkuasa Gujarat mengenakan larangan ini kerana merasakan permainan video ini boleh menyumbang kepada ketidfak stabilan keganasan di kalangan kanak-kanak dan remaja.
PUBG merupakan permainan video mobil paling popuilar di India dan ia telah menjadi bualan serta kontroversi di negara tersebut. Sementara itu pengeluarnya, Tencent Games mengeluarkan kenyataan media yang mereka sedang bekerjasama dengan pihak kerajaan tempatan, ibu bapa dan warga pendidik tentang isu ini di kalangan orang muda.
Kepada pemian PUBG di Malaysia anda tak perlu risau. Setakat ini belum ada lagi ura-ura pengharaman seperti ini berlaku.