Hasrat Amy Search Timang Bayi Baru Di Usia 60 Tidak Kesampaian, Luah Rasa Kecewa Isteri Keguguran

Share

Penyanyi legenda, Amy Search baru-baru ini ada mendedahkan berita gembira apabila beliau bakal menjadi ayah sekali lagi di usia 60 tahun. Namun hasratnya tidak kesampaian apabila beliau mendedahkan isterinya, Norish Hassan yang sedang hamil dua bulan mengalami keguguran.

Berita  itu dikongiskan oleh Amy sendiri menerusi akaun Instagramnya semalam. Meskipun merasa sedih, Amy redha dengan apa yang berlaku dan berharap mungkin hikmah ataupun kemanisan disebalik dugaan ini.

“Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang dari pandangan. Alex, Sania dn Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini.

“Qaqa menangis teresak-esak. Kini tiada lagi cerita baby yang bakal mereka miliki antara mereka,” tulisnya.

Penyanyi lagu Issabela itu turut memuat naik video yang memaparkan sesi pemeriksaan doktor pada statusnya itu.

Dalam pada itu, Amy memberitahu dia reda dengan dugaan tersebut dan berharap akan ada keindahan di sebalik ujian diberikan kepada mereka sekeluarga.

“Moga kami semua reda dengan dugaan yang tak terpandang ini. Aku pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan sabar itu sama seperti berbesar hati dengan dugaan-NYA. AmeenYRA,” luah Amy.

Untuk rekod, Amy dan Nourish yang berkahwin pada 2003 mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad. Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Takziah kami ucapkan dan moga Amy Search serta isteri dan keluarga menghadapi dugaan ini,.

 

Sumber : Instagram Amy Search

 

Published by
Ruziana Zainal