Gaya Hidup

Hasilkan Lebih 400 Video Lucu, Zukie Akui Pernah Dipergunakan Jutawan

Share

Jika ditanya siapakah content creator video-video lawak di Malaysia, pastinya nama Zukie akan disebut-sebut pengguna media sosial hari ini.

Bermula dengan video-video mempromosikan produk orang lain menggunakan suara kecil chipmunk, sehinggalah ke versi cerita pendek yang sangat menggelikan hati.

Memasuki usia 5 tahun berkecimpung dalam dunia ‘buat video’ ini, Zukie mendedahkan kepada pengikutnya bahawa dia telah menghasilkan lebih 400 jenis video.

“Perkara paling susah dalam masa 5 tahun itu adalah nak kekal konsisten dalam berkarya walaupun berdepan dengan macam-macam dugaan yang perlu dihadapi,” katanya.

Bermula dengan telefon bimbit Lenovo A916

Dedah Zukieeeee lagi, dia mula merakam video dengan menggunakan telefon bimbit Lenovo A916 yang berharga RM380.

Namun begitu, kerana berpegang kepada prinsip tidak berputus asa, Zukie mampu meletakkan dirinya sebagai ‘penjana kewangan’ yang bersikap rendah diri.

Berikut adalah perkongsian penuh Zukieeeee :

Pernah ditipu & dipergunakan jutawan

Mahu naikkan talent sendiri dan hasilkan karya lebih besar

Minat mendalam buat Zukie ketagih

Apa-apa pun, penulis yang mengikut perkembangan Zukie sejak awal penglibatannya berpendapat Zukie layak menerima pujian.

Bermula dari teknik rakaman biasa menggunakan telefon, pernah hambar buat seketika, namun naik semula bersama budak Oyot dan kini, Pak Duan menjadi resipi tambahan yang menyelerakan dalam video-video Zukie.

Tidak kurang juga pelakon-pelakon tambahan lain yang sangat berbakat dan memanfaat platform media sosial ini dengan baik. Kipidap!

Published by
Akyem Samad