Pada zaman sekarang memiliki keahlian gimnasium sudah menjadi satu perkara biasa dan lumrah terutamanya bagi lelaki di kawasan bandar. Dengan menjadi ahli kita lebih mudah untuk bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan lebih selesa serta lengkap pelbagai peralatan bantuan senaman.
Jadi tidak hairanlah gimnasium kini menjadi salah sebuah lokasi wajib dikunjungi dalam kehidupan moden. Dalam masa yang sama penggunaan laman media sosial merancakkan lagi aktviti aktif setiap orang di gimnasium,
Namun, tidak semua orang pergi ke gimnasium untuk bersenam semata-mata. Ada yang pergi hanya untuk menunjuk-nunjuk atau mahu dilihat sebagai seseorang yang tidak ketinggalan dengan trend.
Lain orang, lain caranya. Lagipun masing-masing punya duit. Di sini MASKULIN ingin kongsi beberapa jenis kaki gym yang biasa kita lihat!
Tak dinafikan antara tarikan utama mengapa orang pergi ke gimnasium ialah hubungan interaksi sosial yang boleh anda lakukan.
Kenalan baru atau lama membuatkan anda lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti senaman. Namun janganlah sampai anda membuang masa berborak atau bersosial semata. Kurangkan berborak dan fokuskan lebih kepada senaman.
Sesetengah orang meletakkan sasaran yang tak realisitik. Sebagai contoh meletakkan sasaran untuk turun 10 kilogram dalam tempoh seminggu.
Bila sasaran tinggi begitu diletakkan ia hanya beri tekanan kepada anda sendiri. Lalu membuatkan anda bersenam tanpa henti dan boleh menyebabkan kecederaan. Ambil masa dan pacing diri sendiri. Usah terlalu gopoh untuk buat perubahan.
Ini merupakan antara punca utama mengapa kecederaan otot boleh berlaku. Keengganan anda melakukan warm up atau regangan sebelum memulakan senaman boleh menyebabkan badan anda tak bersedia. Malah jika melakukan warm up anda akan mampu melakukan senaman lebih lama dan berkesan.
Tak salah jika anda ingin fokuskan sesetengah senaman pada bahagian otot tertentu. Namun lebih elok jika anda melakukan senaman secara menyeluruh.
Memberi fokus pada satu kawasan sahaja boleh menyebabkan berat badan naik dan pembentukan otot tak sekata. Imbangi senaman untuk stamina, otot dan juga kardio.
Ya, memang anda patut berasa bangga bila merasakan kondisi tubuh semakin baik. Tapi bila perkara ini berlaku ada sesetengah orang mudah berpuas hati lalu mengurangkan aktiviti senaman mereka. Walhal ia perlu diteruskan bagi memastikan kondisi baik itu kekal lama.
Satu perkara anda perlu ingat setiap orang memiliki bentuk fizikal, metabolisme dan pertumubhan otot yang berbeza. Jadi usahlah anda membandingkan pencapaian diri sendiri dengan orang lain.
Itu hanya melemahkan semangat anda jika orang yang dibandingkan jauh lebih baik pencapaian mereka. Anda hanya perlu fokus untuk diri sendiri dan jadikan pencapaian orang lain sebagai motivasi diri.
Ini salah satu sebab mengapa wanita lebih gemar memilih untuk sertai keahlian gimnasium eksklusif untuk golongan mereka sahaja.
Sesetengah lelaki yang bermuka tebal tidak segan silu menggangu aktiviti mereka, secara tak langsung menyebabkan rasa tidak selesa. Inilah jenis kaku gym yang harus kita tegur jika mereka kenalan kita. Usah kerana dia orang lain terganggu hingga boleh berhenti kunjungi gym!