Hasil Bidikan Anak Malaysia Dipamerkan Di Itali, Gambar Adik Syukor Tarik Perhatian Dunia

Tahun lepas gambarnya berjaya menggondol hadiah tempat pertama dan pada tahun ini hasil bidikan anak Malaysia ini bakal dipamerkan di Itali. Masa yang sama adik Syukur selaku model bersama kerbau kesayangannnya bakal menjadi tatapan orang barat tentang keindahan Malaysia di mata dunia.

BACA: Pomen Kamera Ini Kongsi Cara Buat Drybox Kamera Dengan Bajet Tidak Lebih Daripada RM10

Selain itu, ia bagaikan rezeki yang datang mencurah-curah selepas memenangi tempat pertama dalam pertandingan Asia Geographic-Image of Asia Photography Award 2018 bagi kategori Street/People, imej bidikan Nazri Sulaiman bakal dipamerkan di Itali.

Ia disahkan melalui hantaran yang dibuat olehnya di laman facebook menyatakan bahawa ‘Alhamdulillah, gambar saya terpilih untuk dipamerkan di Galeri di Rome, Italy dan beberapa negara sekitar Europe.

Menurut Nazri, dia tidak menyangka gambar adik Syukor terpilih untuk dipamerkan di galeri penuh berprestij 25 September ini.

“Adik Syukor Khamis Kampong Boy sampai Eropah gambar mu ni. Kebanggaan Terengganu dan kebanggaan Malaysia. Alhamdulillah,” katanya.

BACA: Tip Posing Bergambar Untuk Buat Foto Lebih Menarik, Baru Banyak Like

Sebaik sahaja menjengah ruangan komen di bawah hantaran beliau, ramai yang tidak putus-putus mengucapkan kata-kata tahniah serta semangat kepada dia dan juga adik Syukur.