Haruman Segar Buat Lelaki. Sensasi Personaliti Positif

Share

Gaya lelaki maskulin tidak lengkap sekadar pemilihan pakaian yang tepat namun grooming harus tampil sempurna dari atas ke bawah. Melengkapkan penampilan haruslah disudahkan dengan semburan minyak wangi.

Terbaharu, Bulgari telah menghadirkan minyak wangi terbaharu dalam koleksi lelaki mereka. Diberi nama Rain Essense, ia tampil penuh dengan mengambil inspirasi keajaiban  alam semula jadi yang terbentang luas.

Meneruskan perjalanan mengasyikkan untuk mendedahkan hubungan terdalam antara manusia dan dunia semula jadi, Bulgari meneroka tenaga penjanaan semula Air, yang diimaginasikandalam kuasa transformatif hujan.

Seperti saat ajaib apabila titisan hujan terakhir turun dan segala-galanya kelihatan berbeza, Bulgari Man Rain Essence adalah satu tarikan untuk merasai kekuatan fenomena semula jadi ini melalui signatur mineral yang segar dan menyegarkan.

Memfokuskan pada pengalaman universal dan multisensori yang diwakili oleh hujan merentasi budaya dan musim yang berbeza, Bulgari menawarkan tafsiran tersendiri tentang unsur air, yang mendedahkan semua intipati transformative dan penjanaan semula.

Siapa sahaja yang mengenakan semburan minyak wangi ini pasti merasi pengalaman menyegarkan sekaligus secara semula jadi berasa dalam elemen mereka, bersedia untuk menerima perubahan dan menjadi sebahagian daripadanya.

Pasti anda tertanya-tenya mengenai nota bau yang dihasilkan menerusi semburan minyak wani ini. Bulgari Man Rain Essence ini memiliki nota bauan seperti teh hijau, oren, teratai putih,musk kristal, amber mineral dan pati kayu guaiac.

Published by
Fiezreen