
Gaya lelaki maskulin tidak lengkap sekadar pemilihan pakaian yang tepat namun grooming harus tampil sempurna dari atas ke bawah. Melengkapkan penampilan haruslah disudahkan dengan semburan minyak wangi.
Terbaharu, Bulgari telah menghadirkan minyak wangi terbaharu dalam koleksi lelaki mereka. Diberi nama Rain Essense, ia tampil penuh dengan mengambil inspirasi keajaiban alam semula jadi yang terbentang luas.
Meneruskan perjalanan mengasyikkan untuk mendedahkan hubungan terdalam antara manusia dan dunia semula jadi, Bulgari meneroka tenaga penjanaan semula Air, yang diimaginasikandalam kuasa transformatif hujan.
Seperti saat ajaib apabila titisan hujan terakhir turun dan segala-galanya kelihatan berbeza, Bulgari Man Rain Essence adalah satu tarikan untuk merasai kekuatan fenomena semula jadi ini melalui signatur mineral yang segar dan menyegarkan.
Memfokuskan pada pengalaman universal dan multisensori yang diwakili oleh hujan merentasi budaya dan musim yang berbeza, Bulgari menawarkan tafsiran tersendiri tentang unsur air, yang mendedahkan semua intipati transformative dan penjanaan semula.
Siapa sahaja yang mengenakan semburan minyak wangi ini pasti merasi pengalaman menyegarkan sekaligus secara semula jadi berasa dalam elemen mereka, bersedia untuk menerima perubahan dan menjadi sebahagian daripadanya.
Pasti anda tertanya-tenya mengenai nota bau yang dihasilkan menerusi semburan minyak wani ini. Bulgari Man Rain Essence ini memiliki nota bauan seperti teh hijau, oren, teratai putih,musk kristal, amber mineral dan pati kayu guaiac.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Kongsi Tip Pudarkan Parut Jerawat & Bersihkan Kulit Dengan Kulit Pisang!

Menurut satu kajian, kulit pisang mengandungi pelbagai khasiat. Ia kerana kulit pisang menjadi antara petua natural untuk memudarkan parut jerawat.
Bukan itu sahaja, kulit pisang juga boleh digunakan untuk membersihkan wajah daripada sebarang cela. Nutrisinya juga dapat menenangkan radang kulit, selain mengurangkan jerawat yang timbul tidak menentu.
Selain menggunakan produk untuk memudarkan jerawat, ada cara jimat yang boleh anda gunakan dengan kulit pisang.
Petua menggosok kulit pisang pada wajah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Nauf Safuan untuk memudarkan parut jerawat, membersihkan kulit, mengecutkan jerawat dan mengurangkan keradangan pada kulit.
Ini perkongsiannya.
UNTUK YANG MUKA BERPARUT!
Ni tip untuk hampa
Petua dari aku sekolah lagi ni weh. Tiap sabtu ahad , abah akan beli pisang. Lepas makan. Aku amik kulit pisang ni. Aku pakai tenyeh kat muka ni.
Resultnya rasa dia sangat best dan kulit jadi lebih bersih. Sangat berkesan untuk pudarkan parut jerawat. Dan mengecutkan jerawat. Sebab dalam kulit pisang ni secara semula jadinya ada vitamin B & C yang dapat membantu untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan jerawat. Hampa pakai tiap hari selama seminggu dan hampa akan nampak perubahannya.
Untuk masalah kulit sensitif dan kulit berminyak juga digalakkan untuk menggunakan kulit pisang. Getah kulit pisang ni mengandungi antioksida yang dapat mengawal masalah kulit berminyak dan mengurangkan radang pada kulit wajah.
Bahan-bahan:
Kulit pisang
Cara Penggunaan:
Tenyeh kulit pisang pada bahagian muka. Biar selama 5-10 minit atau sehingga getah pisang kering. Bilas dengan air bersih. Ulang setiap hari di waktu pagi.
* Boleh juga di pakai sebelum tidur. Bangun keesokan paginya. Baru bilas.
Good Luck!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tip Jaga Jambang, Barulah Nampak Kemas, Tak Semak Macam Lalang

Tip jaga jambang, barulah nampak kemas, tak semak macam lalang. Jambang yang kemas dan terjaga bukan sahaja membuatkan lelaki nampak lebih maskulin, tetapi juga lebih rapi dan bergaya. Tapi kalau dibiarkan tak terurus, memang boleh nampak serabut—macam lalang tumbuh liar!
Tip Jaga Jambang, Barulah Nampak Kemas, Tak Semak Macam Lalang
Jadi, macam mana nak jaga jambang supaya nampak kemas, bersih, dan segak? Ini beberapa tip yang boleh membantu.
1. Trim Secara Berkala – Jangan Biarkan Panjang Tak Bertuan
Jambang bukan macam rambut atas kepala yang boleh dibiarkan panjang sesuka hati. Kalau tak dipotong atau dirapikan, ia boleh jadi tak sekata, bersepah, dan mengganggu penampilan.
✔ Gunakan gunting khas atau trimmer untuk potong jambang setiap 3-5 hari sekali.
✔ Bentukkan jambang ikut bentuk muka supaya nampak lebih kemas.
✔ Jangan lupa trim bahagian misai supaya tak menutupi bibir—nanti nampak selekeh!
Kalau tak pasti nak bentuk macam mana, boleh pergi ke barber dulu. Tengok cara mereka buat, lepas tu boleh cuba sendiri di rumah.
2. Cuci Dan Syampu – Jambang Pun Perlu Dibasuh!
Ramai lelaki ambil mudah bab ni. Jambang bukan sekadar rambut di muka, ia juga boleh perangkap habuk, minyak, dan sisa makanan kalau tak dibersihkan betul-betul.
✔ Gunakan syampu khas untuk jambang atau sekurang-kurangnya syampu biasa.
✔ Basuh jambang sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu supaya tak berminyak dan berbau.
✔ Elakkan guna sabun mandi biasa—boleh buat kulit bawah jambang kering dan gatal!
Lepas cuci, lap dengan tuala bersih dan pastikan jambang betul-betul kering supaya tak jadi tempat pembiakan bakteria.
3. Guna Minyak Jambang – Nampak Lebih Sihat Dan Lembut
Kalau jambang terasa kasar, kering, atau gatal, minyak jambang (beard oil) adalah penyelamat! Minyak ini membantu melembutkan jambang dan membuatkan ia nampak lebih sihat serta bersinar.
✔ Pilih minyak jambang yang mengandungi bahan semula jadi seperti argan oil, jojoba oil atau coconut oil.
✔ Gunakan 2-3 titis sahaja, sapu pada tangan dan ratakan pada jambang.
✔ Urut lembut ke kulit supaya rambut jambang tumbuh lebih kuat dan tak mudah gugur.
Jangan guna minyak rambut ya—nanti muka penuh jerawat!
4. Sikat Dan Bentukkan Jambang Setiap Hari
Nak jambang nampak tersusun dan kemas? Kena sikat! Sikat jambang bukan sekadar untuk gaya, tapi juga membantu:
✔ Mengelakkan rambut jambang daripada kusut.
✔ Meratakan minyak jambang supaya nampak lebih sihat.
✔ Memberi bentuk yang lebih teratur dan tidak serabut.
Gunakan sikat khas untuk jambang (beard comb/brush) yang boleh dibeli di kedai gunting rambut atau dalam talian.
5. Jaga Pemakanan – Nak Jambang Cantik, Makan Pun Kena Jaga
Kalau nak jambang tumbuh sihat, tak mudah gugur dan nampak tebal, kena pastikan badan cukup nutrisi.
✔ Makan makanan tinggi protein (telur, ayam, ikan) untuk menguatkan rambut.
✔ Ambil vitamin B7 (biotin)—bagus untuk pertumbuhan rambut.
✔ Minum air secukupnya supaya jambang tak kering dan kasar.
Jangan lupa, gaya hidup sihat juga memainkan peranan penting. Kurangkan stres, tidur cukup, dan bersenam—semua ini membantu pertumbuhan jambang yang lebih sihat.
6. Bentuk Garisan Jambang – Jangan Biarkan Terlalu Liar
Salah satu kesalahan besar yang buat jambang nampak semak macam lalang ialah bila tak ada garisan yang jelas. Garisan jambang perlu dikemas supaya nampak lebih bersih dan tersusun.
✔ Garisan pipi: Trim bahagian atas jambang supaya tak tumbuh terlalu tinggi ke pipi.
✔ Garisan leher: Jangan biarkan jambang tumbuh sampai ke dada. Trim bahagian bawah lebih kurang dua jari dari bawah rahang supaya nampak lebih kemas.
Gunakan pisau cukur atau trimmer untuk merapikan garisan ini. Kalau tak pasti, pergi ke barber dulu dan lihat cara mereka buat.
7. Jangan Biarkan Jambang Terlalu Tebal Dan Tak Terurus
Ada orang suka jambang penuh dan tebal, tapi kalau dibiarkan terlalu panjang tanpa bentuk, ia boleh nampak serabut. Pastikan jambang dipotong dengan panjang yang sesuai dengan bentuk muka.
✔ Kalau muka bulat, elakkan jambang terlalu lebat di pipi—lebihkan di bahagian dagu untuk nampak lebih panjang.
✔ Kalau muka panjang, elakkan jambang terlalu panjang di dagu—seimbangkan dengan trim di bahagian pipi.
✔ Kalau muka petak, jambang penuh boleh membantu melembutkan bentuk wajah.
Jangan takut untuk eksperimen dengan pelbagai gaya jambang, tapi pastikan ia sentiasa nampak rapi dan bersih.
Kesimpulan: Jambang Kemas = Lelaki Berpenampilan Menarik
Jambang yang terjaga boleh buat lelaki nampak lebih maskulin, kemas, dan berkarisma. Tapi kalau dibiarkan serabut, memang boleh nampak macam lelaki yang tak pandai jaga diri.
Tak perlu banyak usaha, cukup dengan:
✅ Trim secara berkala.
✅ Cuci dan syampu supaya bersih.
✅ Guna minyak jambang untuk kelembapan.
✅ Sikat dan bentukkan setiap hari.
✅ Jaga pemakanan dan gaya hidup sihat.
✅ Bentuk garisan jambang supaya nampak kemas.
✅ Jangan biarkan terlalu tebal tanpa kawalan.
Bila jambang dah terjaga, bukan saja nampak lebih bergaya, tapi orang sekeliling pun lebih selesa. Jangan biarkan jambang jadi lalang—biar nampak segak dan maskulin!
BACA: Lelaki Bermisai Lebih Menarik Di Mata Wanita, Ini Hujahnya!
Warnakan Janggut Dengan Inai? Ini Hukumnya Mengikut Sunnah Rasulullah
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
10 Inspirasi Potongan Rambut Stailo Masa Kini, Barulah Kacak Macam Brad Pitt!

Tak dinafikan gaya rambut artis Hollywood sering mencuri perhatian dan menjadi ikutan ramai. Antara selebriti yang sudah berdekad banyak mempengaruhi gaya rambut semasa ialah Brad Pitt.
Setiap kemunculannya dalam filem terbaru pasti diberikan tumpuan sangat hebat. Begitu juga dengan gaya rambutnya.
Kita tahu bahawa gaya dan trend potongan rambut merupakan satu perkara yang sering berubah-ubah di kalangan lelaki. Tapi ada perkara yang tidak berubah dan kekal sepanjang masa seperti personaliti dan karakter seseorang.
Gaya rambut memainkan perana penting memberikan gambaran awal kepada orang lain tentang perwatakan anda.
Salah satu gaya rambut yang kini yang sangat popular ialah gaya unik, moden dan edgy. Bukan mudah untuk menggayakan potongan rambut yang sedikit berbeza dari gaya tradisional. Akan tetapi ada satu perkara yang anda perlu ingat sebelum memotong rambut.
Setiap orang mempunyai tekstur rambut, warna, kepanjangan dan jenis yang berbeza. Jadi pastikan trlebih dahulu rambut anda sesuai digayakan mengikut potongan yang anda mahu.
Jika anda seorang yang berani mungkin anda boleh cuba salah satu 10 potongan rambut moden di bawah!
TECTURED FRINGE HAIRSTYLE
Sesuai untuk anda yang bermabut ikal dan kerinting. Boleh menonjolkan warna dan tekstur rambut serta memberikan frame kepada wajah anda.
QUIFF HAIRSTYLES
Mempunyai gaya kelihatan lebih ‘mahal’. Hakikatnya gaya rambut ini memerlukan penjagaan rapi dan memerlukan anda berbelanja untuk bagi menggunakan produk rambut.
THE FAUX HAWK HAIRSTYLE
Mempunyai elemen lebih kurang sama dengan mohawk tetapi tampil dengan sentuhan lebih moden.
BACA: Tip Penjagaan Rambut, Janggut & Jambang Agar Anda Kelihatan Sentiasa Segak
COMB OVER HAIRSTYLES
Suatu ketika dahulu rambut sikat tepi dikaitkan dengan mereka yang skema dan nerd. Namun dengan perubahan baru ini ia lebih bergaya serta bersifat universal.
FRENCH CROP HAIRSTYLE
Tampil dengan inspirasi klasik rambut Caesar. Ia lebih pendek dan senang untuk digayakan terutama dengan potongan fringe depan yang merentasi dahi.
FADE HAIRSTYLES
Potongan fade pernah menjadi antara gaya yang paling popular di kalangan semua orang. Kini ia muncul dan kembali popular di kalangan lelaki.
UNDERCUT HAIRSTYLES
Berbeza dengan potongan fade, gaya undercut membuatkan rambut anda kelihatan lebih tebal dan sihat!
POMPADOUR HAIRSTYLES
Suatu ketika dahulu istilah pampadour menjadi sangat asing buat ramai penggemar potongan rambut. Tapi tidak lagi sekarang kerana ia menjadi salah satu potongan rambut paling popular!
BRAIDED RAZOR PART
Antara gaya edgy yang paling trendy masa kini! Anda boleh melakukan potongan ini di mana-mana bahagian rambut dan ia masih kelihatan hebat!
SHORT SIDES
Gaya rambut ini terhasil dengan gaya yang cukup lengkap. Selain selesa ia juga menempatkan pelbagai makanan sendiri.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI