Golongan selebriti terutamanya artis seperti pelakon dan penyanyi merupakan insan-insan yang sentiasa mendapat perhatian daripada orang ramai.
Suka atau tidak itulah pengaruh yang di bawa oleh mereka terutamanya pada masa kini menerusi laman media sosial. Jadi tidak hairanlah walapun tidak dapat keluar rumah sepanjang tempoh kuarantin ramai yang menghiburkan peminat dengan pelbagai kandungan atas talian serta sesi bual bicara secara live.
Pada 7 April lalu, penyanyi popular dari United Kingdom, Harry Styles tampil menerusi video live sempena World Health Day.
Penyanyi suatu ketika dahulu menjadi kegilaan remaja semasa bersama One Direction mengumumkan dia telah membuat rekaan t-shirt yang akan dijual bagi mengutip dana membantu World Health Organization Covid-19 Solidarity Response Fund yang turut disokong oleh UN Foundation.
Jelas Harry, rekaan t-shirt yang memaparkan kata-kata “Stay Home. Stay Safe. Protect Each Other” boleh didapati di laman sesawang rasminya. T-shirt tersebut juga mempunyai teks “This T-shirt Fights Covid-19. Treat People With Kindness” di bahagian belakang.
T-shirt istimewa ini dijual pada harga USD26 (RM113) dan 100 peratus jumlah kutipan akan disalurkan secara terus kepada tabung berkenaan.
Di laman sesawang jualan t-shirt tersebut, Harry Styles berkata, “jualan t-shirt ini adalah usaha untuk membantu melawan COVID-19. 100% keuntungan akan didermakan kepada COVID-19 Solidarity Response Fund untuk World Health Organization, yang disokong oleh UN Foundation”.
“Pada waktu begini adalah sangat penting untuk kita semua ingat akan kuasa solidariti orang ramai. Jika anda mampu membantu, tolong sumbangkan apa yang termampu,” jelasnya.
Syabas Harry Styles!