Harris Baba, yang popular dengn single Katakan, membuat keputusan untuk menceburi bidang keusahawanan selepas menyedari potensi besar dalam industri pengurusan acara.
Harris Baba untuk undur diri daripada arena muzik kira-kira empat tahun lalu nyata berbaloi apabila dia kini rancak mengusahakan empayar perniagaan Jeeharris Corporation di samping isteri tercinta, Nik Naziha Zawawi.
Mula secara serius mengemudi syarikat berkaitan pengurusan acara dan konsert pada awal tahun 2023, pasangan suami isteri ini dilihat semakin bijak mengatur strategi dan menjana pendapatan.
Harris Baba atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba yang sering dikaitkan dengan Zayn Malik kerana wajah seiras penyanyi Britain itu turut aktif berkongsi perkembangan syarikat Jeeharris Corporation di media sosial.
Penganjuran acara pertama mereka Borneo Mega Raya Fest 2023 yang berlangsung pada April 2023 menerima sambutan menggalakkan.
Malah vendor yang terlibat dalam festival berkenaan juga bukan calang-calang. Antaranya usahawan Dato’ Seri Aliff Syukri, Wawa Zainal, Rozita Che Wan, Bella Astillah, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.
Ia juga merupakan festival fesyen raya terbesar dan pertama pernah diadakan di Sabah. Rentetan kejayaan julung kali itu, Harris dan Nik Naziha atau lebih dikenali sebagai Jee sekali lagi menguruskan acara Borneo Mega Raya Fest 2024!
Ads
Bukan itu saja, pasangan ini kreatif mempelbagaikan kemampuan syarikat dengan meluaskan rangkaian dalam bidang hiburan pula. Pada 4 November 2023, Jeeharris Entertainment menganjurkan konsert sulung mereka bersama kumpulan popular Indonesia iaitu Armada.
Konsert berkenaan mendapat sambutan hangat dan full house yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu.
Dedah Harris, “Our first concert! Full house! Thank you very much Armada Band and to everyone who came and supported us! Thanks to my team too!”
Pada bulan yang sama juga, satu lagi konsert diadakan iaitu bersama kumpulan Ungu.
“Alhamdulillah we did it again!! 2 concerts in 1 month! Thank you to everyone who has supported us. We truly appreciate you.”
Sementara itu, bersempena ulang tahun pertama penubuhan Jeeharris Entertainment figura berasal dari Singapura tersebut melahirkan rasa syukur kerana berjaya menganjurkan pelbagai acara di Sabah.
Ads
“Alhamdulillah we’ve completed 5 events in one year! Happy 1st anniversary to Jeeharris Entertainment. Thank you so much for all the love and support! We truly appreciate each and every one of you. Good news! Jeeharris Entertainment is expanding to Singapore! Stay tuned for our first project there!”
Harris Baba sah menjadi suami kepada Nik Naziha pada 13 Mei 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aleena Ziya, Muhammad Umar dan Aleeya Ziya.
Terdahulu, nama Harris melonjak naik menerusi single Katakan dan drama rantaian, Isteri Tuan Ihsan pada tahun 2016.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap kali munculnya penuh keberkatan bulan Ramadan, kita pastinya sudah tidak asing lagi dengan iklan buah kurma dengan bisikan ‘Yusuf Taiyoob’. Sama ada di corong radio mahu pun di televisyen ia satu iklan yang cukup sinonim dengan umat Islam di Malaysia.
Namun pernahkah anda tertanya siapakah insan yang dibisikkan bernama Yusof Taiyoob tersebut?
Buat anda yang masih belum mengenali figura ahli perniagaan cukup berjaya ini, beliau ialah Dato’ Seri Yusuf Taiyoob, pengasas syarikat pengeluar kurma Malaysia, Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd.
Dilahirkan pada 23 Disember 1958 di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, beliau merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Menariknya, ahli perniagaan yang cukup berpengaruh ini mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang perubatan.
Foto: freemalaysiatoday
Dia mendapat pendidikan tinggi di India namun memilih untuk berhenti demi menguruskan perniagaan sendiri. Pengenalan dunia perniagaannya tidak terus bermula dengan berdagang buah kurma.
Pada usia 19 tahun beliau berjinak-jinak dengan berniaga menjual minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas menerusi jenama Perfume of Penang. Pada mulanya perniagaannya berkembang dengan baik sehinggalah dia terpaksa berpindah.
Berikut 10 fakta menarik tentang ‘Raja Kurma’ yang mampu memberikan inspirasi buat kita semua.
1.
Perniagaannya menjual minyak wangi seperti dinyatakan di aras tidak kekal lama.
2.
Berdepan tekanan akibat kegagalan perniagaan pertama sehingga mengalami muntah darah walaupun di usia seawal 19 tahun.
3.
Beliau bangkit membangunkan perniagaan sendiri semula dengan produk kosmetik menerusi syarikatnya Yusuf Cosmetic pada 1979. Namun perniagaan ini juga tidak bertahan lama dengan hanya dua tahun sahaja.
4.
Pada tahun 1988 beliau bangkit sekali lagi. Kali ini dengan menubuhkan syarikat yang kini cukup dikenali ramai Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd.
Variasi produk keluaran Yusof Taiyoob Sbn Bhd
5.
Dipercayai sehingga kini beliau membekalkan kira-kira 30 jenis kurma dan lebih 100 produk makanan ke seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.
6.
Jenis kurma Yusuf Taiyoob yang paling popular iaitu Waseem, Safiya dan Safina. Kesemua nama tersebut berasal dari nama anak-anak beliau.
7.
Kilang Yusuf Taiyoob terletak di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, tempat yang sangat strategik, berada di tepi Lebuhraya PLUS.
8.
Beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang perniagaan.
9.
Strategi iklan bisikan ‘Yusof Taiyoob’ merupakan antara yang terbaik pernah dilakukan oleh ahli perniagaan di Malaysia.
10.
Beliau mendapat gelaran Datuk pada tahun 2002.
Kejayaan yang dikecapi beliau tidaklah datang bergolek. Walaupun pernah berdepan kegagalan namun ia tidak pernah melunturkan semangat juang beliau untuk terus berusaha hingga mencapai kejayaan.
Semoga kisah ini memberikan inspirasi buat anda terutamanya yang mungkin baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan.
Nama Jason Momoa kini diangkat sebagai di antara pelakon lelaki yang semakin disegani ramai. Data tarikan dan kuasa selebriti dimilikinya telah menyaksikan deretan filem lakonannya ‘meletup’ di pasaran.
Aktor berusia 44 tahun ini yang menjadi hos sebuah siri dokumentari perjalanan baru yang bertajuk ‘On the Roam’ ini turut mendedahkan jika beliau tidak menjadi seorang aktor, beliau dengan senang hati akan menjadi seorang politikus dalam usaha untuk menyelamatkan planet ini.
Bintang Hollywood tersebut berkata dalam ‘PEOPLE in 10’: “Saya ingin melakukan sesuatu untuk membantu alam sekitar.
“Dengan cara dunia ini bergerak, saya akan, jika saya masih Jason yang muda, Jason berumur 12 tahun, saya akan cuba melakukan sesuatu untuk masuk ke dalam politik, benar-benar berjuang demi planet kita.
Foto: AFP VIA GETTY IMAGES
“Jika saya boleh kembali dan berada di darjah enam, saya akan membuat hidup saya bergerak ke arah membuat perubahan.”
Jason juga mengamati bahawa perubahan gaya hidup yang kecil sebenarnya boleh membuat perbezaan yang signifikan terhadap alam sekitar.
Beliau berkata: “Saya akan bermula di rumah. Seperti, apa yang boleh kita lakukan untuk menjimatkan tenaga? Apa yang kita ambil masuk yang kita boleh pertimbangkan, ‘Perlukah kita itu?’”
‘On the Roam’ melihat Jason mengembara sekitar AS untuk melawat pelbagai pengrajin, yang menjelaskan bagaimana beberapa barang – termasuk basikal dan chopper berusia seratus tahun – dibuat.
Karakter Aqua Man yang cukup sinonim dengan Jason Momoa
Bintang filem tersebut sebelumnya mendedahkan bahawa beliau mengejutkan beberapa orang lokal dengan muncul di bandar dan kota mereka untuk menembak siri dokumentari tersebut.
Beliau memberitahu ‘Entertainment Tonight’: “Saya selalu di tempat-tempat aneh. Anda akan menemui saya di jalan. Ini berlaku sepanjang masa. Mereka seperti, ‘Apa yang anda lakukan di kampung halaman kami?’
“Saya suka idea hanya bersama orang biasa dan melakukan kraf saya, yang adalah penggambaran, dan kemudian menunjukkan kepada mereka. Dan jadi, saya rasa melalui melakukan itu untuk waktu yang lama, saya menjadi ingin tahu tentangnya,” tambahnya lagi.
Sempena sambutan Jubli Emas Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei lalu, Dr. Noor Hisham telah memuat naik di laman facebooknya beberapa keping gambar kenangan beliau ketika zaman pengajian di UKM bersama mentornya.
Selain menzahirkan rasa bangga menjadi sebahagian daripada alumni UKM yang merupakan antara universiti tertua di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia itu juga turut merakamkan ucapan penghargaan buat mentornya.
Menurutnya sepanjang bergelar pelajar, beliau telah berjumpa dengan ramai individu hebat yang telah memberikannya inspirasi serta bimbingan kepadanya selama ini.
Dan salah seorang mentor beliau ialah Profesor Emeritus Dr Freda Andrea Meah yang menjadi tulang belakang kepada kejayaannya sepanjang melanjutkan pengajian.
Perkongsian beliau ini ternyata menarik perhatian warganet untuk mengucapkan perhargaan terima kasih kepadanya yang telah menjadi Hero Negara bersama barisan hadapan yang lain dalam menangani penularan wabak COVID-19, selain memuji kekacakan Dr Noor Hisham ketika zaman mudanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.