Menyebut bola sepak dan nama pasukan Harimau Malaya adalah perkara yang sinonim bagi penggemar sukan bola sepak negara.
Pasukan Harimau Malaya sentiasa menjadi kebanggaan bukan hanya dalam penggemar sukan bola sepak tetapi rakyat Malaysia kerana perjuangan tanpa berbelah bahagi yang ditonjolkan oleh setiap individu sama ada di belakang tabir sehingga ke barisan pemain yang silih berganti sejak berpuluh tahun lalu.
Namun di sebalik apa yang ditonton umum di padang lewat kelincahan para pemain, ada kisah tersembunyi yang tidak diketahui sepanjang ‘perjalanan’ orang di sekeliling Harimau Malaya.
Mengangkat perspektif yang belum pernah dikupas dalam mana-mana penghasilan karya membabitkan Harimau Malaya, 4ward Pictures Sdn. Bhd dengan bangga mempersembahkan filem terbitan mereka, Harimau Malaya : The Untold Journey.
Filem yang dibawakan oleh Nashrul Nasir selaku Penerbit Eksekutif dan Alif Nabil sebagai Penerbit ini menerima sentuhan magis sutradara terkenal, Dato’ Afdlin Shauki yang juga merupakan penulis skrip Harimau Malaya : The Untold Journey.
Harimau Malaya : The Untold Journey diinspirasikan daripada kisah di sebalik tabir Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada Januari 2022.
Ads
“Dari inspirasi ini, Harimau Malaya : The Untold Journey berkembang bukan sekadar tentang pemain bola sepak tetapi kami mengambil naratif berbeza terutama mengangkat kisah tiga orang peminat tegar yang digelar Ultras yang disenarai hitam menghadiri perlawanan bola sepak selama setahun.
“Harimau Malaya : The Untold Journey juga menampilkan ‘sepak terajang atau ‘perjalanan panjang’ tentang individu-individu di belakang tabir, di sekeliling yang banyak membantu skuad kebangsaan tetapi tidak pernah ‘didendangkan’,” ujar Nashrul Nasir dari 4ward Pictures Sdn. Bhd.
Tambah Nashrul, penghasilan Harimau Malaya : The Untold Journey juga adalah sebuah apresiasi terhadap perjuangan skuad kebangsaan terutama selepas berjaya menewaskan Bangladesh sekaligus layak ke Piala Asia selepas 42 tahun.
“Kami percaya ada banyak kisah bersifat inspirasi yang boleh dikutip dan diambil daripada Harimau Malaya : The Untold Journey. Terutamanya kisah-kisah selepas Tang Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada 2022.
Ads
“Dengan kepakaran Dato’ Afdlin Shauki menulis skrip dan mengarahkan filem ini dalam atmosfera drama, kesukanan dan sejarah yang dibalut nilai komersial, Harimau Malaya : The Untold Journey adalah sebuah karya wajib tonton.
“Anda bukan hanya akan terinspirasi tetapi kami mahu menumbuhkan lebih segar patriotisme terhadap skuad kebangsaan dan Malaysia tercinta,” ujarnya.
Barisan Pelakon Hebat Tanah Air
Bagi Afdlin Shauki yang kali terakhir duduk di kerusi sutradara dua tahun lalu, kesempatan mengarahkan Harimau Malaya : The Untold Journey adalah platform yang digunakannya untuk mewujudkan kecintaan yang lebih besar bukan hanya terhadap sukan tetapi semangat setiakawan, pengorbanan dan patriotisme yang sepatutnya ada dalam diri setiap rakyat Malaysia.
“Selaku rakyat Malaysia saya tidak seharusnya menolak peluang menggarap dan mengarah Harimau Malaya : The Untold Journey.
Ads
“Ini bukan sahaja kerana mahu ada satu masterpiece dalam karier pengarahan saya tetapi ia menjadi penghormatan saya kepada negara tercinta.
“Menerusi Harimau Malaya : The Untold Journey, anda akan mengerti definisi ‘Kejayaan Memerlukan Keberanian Dan Pengorbanan,” ujar Afdlin penuh semangat.
Harimau Malaya: The Untold Journey dibarisi pelakon hebat tanah air seperti Sophia Albarakbah, Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Vanidah Imran, Khir Rahman, Douglas Lim, Fattah Amin, Meerqeen, Fazura, Bell Ngasri, Azhar Sulaiman dan ramai lagi.
Filem ini menjalani penggambaran selama 35 hari di sekitar Lembah Klang. Tertanya-tanya bagaimana isi Harimau Malaya : The Untold Journey? Jangan lupa saksikan dan semarakkan kecintaan terhadap sukan dan negara dengan menyokong filem ini sebaik ditayangkan di pawagam berhampiran anda kelak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Al Quran ini adalah mukjizat yang terbesar yang Allah turunkan untuk umat manusia. Umat manusia tu siapa? Kita la. Tak lain dan tak bukan. Memang kita la yang kena baca Al Quran ni. Di sini kami kongsikan cara-cara untuk mulakan beramal membaca satu ayat Al Quran sehari, dengan istiqomah. Cuba la dulu, tak cuba tak tahu kan?
1. Baca Quran selepas solat. Mana-mana waktu solat.
Kalau nak baca selepas setiap solat pun lagi baik. Sekurang-kurangnya dalam sehari, dapat la 5 ayat kan? Kalau ada yang rasa solat dia tak penuh, boleh cuba baca pada selepas perkara rutin yang kamu buat. Contohnya perkara rutin yang kamu buat seperti makan. Lepas makan, cuba baca satu ayat je.
2. Letak Al Quran di tempat yang mudah diambil.
Sila letak Al Quran tu betul-betul sebelah tempat kamu solat atau kalau nak baca selepas masak, letak betul-betul tepi meja atas rak pinggan. Biar tempatnya permanently di situ. Kalau boleh, tempat kamu letak Al Quran tu pun biar kamu boleh nampak. Jangan letak atas almari yang tinggi. Nanti bila tak nampak, kamu lupa. Betul ni. Biar selalu nampak Al Quran.
3. Baca ikut turutan.
Kena baca daripada awal Surah Al Fatihah diikuti dengan Al Baqarah, Ali Imran, An Nisa, Al Maidah, Al An’am dan seterusnya. Kena tanda elok-elok guna penanda buku. Ada macam-macam cara nak tanda. Guna pen pun boleh. Asalkan ko sendiri tahu kat mana ko baca.
4. Baca Al Quran Yang Ada Terjemahan
Mula-mula, baca yang Arab satu ayat. Lepas tu, ko baca pulak terjemahan ayat tu. Make sure baca dengan niat nak faham. Baca je. Baca macam biasa. Cuba fahamkan apa maksud ayat yang di baca tu. InsyaAllah, ayat Quran ni, setiap kali kita baca makna terjemahan dia… MasyaAllah, setiap kali tu kita akan rasa terkena-kena je dengan keadaan sekeliling. Cubalah!
5. Bermula Dari Sekarang
Mulakan langkah. Tak perlu tunggu sampai esok lusa sampai ke tahun depan, tak perlu, tak perlu. Mula je terus. Yang bekerja di pejabat lagi la senang. Letak je kat workstation masing-masing satu Al Quran atau terjemahan. Kalau rasa tak sempat sangat nak baca, cukuplah dengan menyentuh Al Quran tu. Mudah-mudahan bila dah sentuh al Quran, terus rasa nak ambil. Bila dah ambil, rasa nak buka, bila dah buka akan rasa nak baca.
6. Tak Perlu Berwudhuk.
Sebab itu lebih mudah jika gunakan terjemahan. Al Quran terjemahan boleh dipegang walaupun tanpa lapik dan tanpa wudhuk. Islam itu mudah.
7. Jangan Pernah Jemu
Jadikan alQuran itu teman kita semasa hidup. Kalau terasa malas nak membacanya, tolong la lawan perasaan malas tu. Good luck sahabat-sahabat semua…
8. Manfaatkan Teknologi
Susah nak baca Al-Quran sebab tertinggal Al-Quran di rumah? Berhenti memberi alasan! Install aplikasi Al-Quran di handphone. Supaya kita boleh baca di mana-mana. Selepas baca, tandakan supaya boleh sambung bacaan di waktu yang seterusnya. Selain itu, kita juga boleh download mp3 bacaan Al-Quran. Jika badan terlampau penat dan tak larat nak membaca, ambillah masa untuk dengarkan alunan bacaan Al-Quran.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagaikan satu trend, selain selebriti dan artis, anak-anak mereka juga mendapat perhatian netizen untuk diperkatakan. Tak sangka Jasmin Hamid ada anak teruna berbadan sado dan kacak rupanya. Yelah mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan.
Ramailah gadis-gadis yang akan cair dan naik angau selepas ini!
Disangka pasangan kekasih
Jasmin Hamid di laman Instagramnya ada memuatnaik gambar mesra dengan anak lelakinya itu menerima komen netizen yang menyangka anaknya itu sebagai pasangan kekasihnya. Mujurlah Jasmin masih tenang menjawab dakwaan itu dan tidak melatah.
Pelakon itu meminta pengikutnya itu membaca semula komen yang ditulis yang mungkin terlepas pandang lalu mengundang salah faham.
Pemain ragbi rupanya
Diberi nama Ian Haziq Macquistan, anak pelakon ini juga aktif bermain sukan ragbi dan ada memuatnaik gambar-gambar dia di padang bermain sukan itu.
Kecil-kecil pun dah comel
Bijak Bergaya Juga
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sikap keanak-anakan pastinya sinonim dengan kaum wanita, bukan? Gelagat seakan mengada-ada, malah terlampau inginkan perhatian amat jelas dari segi tingkah mahupun percakapan. Namun, adakah benar ramai lelaki yang menyukainya?
Ya, namun dalam batas yang wajar. Sifat keanak-anakan seorang wanita sebenarnya menjadi salah satu daya tarikan di mata lelaki. Sikap keanak-anakan yang menyenangkan juga bisa mencairkan hati mereka.
KENAPA MEREKA MENJADI PERHATIAN?
1. COMEL
Ya, pastinya ini antara sebab mengapa wanita ‘keanak-anakan’ sering jadi perhatian dan idaman lelaki. Lumrah semula jadi sang lelaki yang suka ‘jinakkan’ kerenah wanita, pastinya wanita seperti ini cukup comel dan mudah menarik perhatian lelaki. Malah, kemanjaan yang ditonjolkan akan menjadikan lelaki mudah cair.
2. SIKAP KEIBUAN TERSERLAH
Jangan anda nafikan! Bagi wanita yang bersikap ‘keanak-anakan’ menjangkaui umur mereka yang sebenar. Kebiasaannya telatah bersahaja ini menyerlahkan sikap keibuan yang ada pada seorang wanita. Cuba anda lihat reaksi mereka bila anak kecil datang menghampiri. Pastinya wanita seperti ini tidak lekang mahu bergurau senda dengan mereka.
3. NALURI KEBAPAAN
Sesudah anda sendiri melihat seorang wanita bersikap ‘keanak-anakan’,secara tidak langsung naluri kebapaan anda juga diasah sepenuhnya. Bagi lelaki, mengekalkan helah menjinakkan emosi serta perasaan wanita akan secara tidak langsung menjadikan anda seorang yang penyabar, tidak mudah berdendam dan berhemah dalam melayani kerenah si dia.
4. BANGKITKAN GHAIRAH
Oh, pastinya ada sesetengah tingkah ‘keanak-anakan’ yang ditonjolkan wanita sedikit sebanyak membangkitkan ghairah lelaki. Wanita yang ceria, lucu namun sedikit cerewet mudah membuatkan hati seorang lelaki panasaran dan tidak senang duduk.
5. SIKAP KELAKIAN MENONJOL
Jika seorang lelaki tidak putus melayan kerenah malah sering mendahulukan permintaan wanita tersebut, maka tindakan ini pada masa yang sama menyerlahkan sifat kelakian yang ada. Secara tidak langsung anda yang akan jadi perhatian.
6. JADI DIRI SEBENAR
Bagi wanita yang bersikap seperti ‘keanak-anakan’, mereka kebiasaannya tidak malu untuk menjadi diri mereka yang sebenar. Mereka tidak berselindung di sebalik keayuan wajah mahupun tindak tanduk yang dibuat-buat. Pada mereka, inilah sikap azali mereka dan bagi pendirian mereka, ‘take it or leave it’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.