Hari-Hari Niat Nak Turunkan Berat Badan, Ini 5 Persediaan Perlu Anda Tahu

Share

Anda harus buat penyediaan minda dan fizikal beberapa jam sebelum bersenam. Hal ini dapat meningkatkan prestasi semasa bersenam tidak kira apa jenis senaman. Contohnya anda boleh merancang petang ini untuk bersenam pada pukul 5.30 petang. Kemudian anda boleh makan makanan yang senang untuk dicernakan 2 jam sebelum bersenam. Anda juga boleh menyediakan pakaian yang sesuai. Ketahui peraturan atau tip penting ini.

1-Jangan bersenam dalam cuaca atau bilik yang terlalu panas

Ini kerana akan meningkatkan kadar denyutan nadi. Anda akan cepat berasa letih kerana jantung bekerja lebih untuk menghantar oksigen ke seluruh organ yang bekerja. Anda juga akan kehilangan banyak air dengan berpeluh dan pernafasan. Lagi panas tubuh anda, lagi banyak peluh akan keluar untuk menyejukkan tubuh.

 

2-Pakaian untuk bersenam juga perlu perancangan

Ia berbeza pada jenis apa senaman yang anda ingin lakukan. Contohnya anda ingin ke gimnasium, pakaian anda seharusnya tidak ketat kerana boleh mengganggu pergerakan. Pakai sahaja seluar panjang dan singlet. Kasut juga memainkan peranan penting.

Memakai kasut yang tidak seusai boleh mengakibatkan kecederaan. Saya melihat ramai yang berjoging dengan memakai kasut tidak sesuai. Mungkin anda tidak cedera untuk sehari dua. Kesan jangka panjang boleh mengakibatkan lutut, tulang belakang dan otot. Sekiranya anda berjoging, pakailah kasut untuk berlari, bukan kasut futsal yang tapaknya berbeza.

 

3-Minum air mineral secukupnya sebelum, semasa dan selepas bersenam

Adakah anda tahu bahawa 75 peratus berat badan anda adalah air? Air di dalam tubuh badan akan hilang melalui pernafasan, peluh dan air kencing. Kekurangan air dalam tubuh badan boleh mengganggu sistem dalam tubuh badan untuk bekerja dan membaik pulih akan terganggu. Lagi kerap anda bersenam dan lagi banyak anda berpeluh, lagi banyak air diperlukan.

4-Motivasi untuk bersenam

Ya anda perlukan pendorong untuk lakukan sesuatu. Motivasi boleh dilakukan dengan banyak cara seperti menonton video, melihat gambar, berimaginasi, mengingat kembali kata-kata semangat dan sebagainya. Kesan daripada motivasi ini berbeza dengan orang yang bersenam tanpa motivasi.

Saya memotivasikan diri saya dengan menonton video yang memberi kata-kata semangat setiap pagi. Saya juga mengingatkan diri saya untuk tidak mengalah kerana telah melangkah jauh. Anda pula bagaimana?.

 

5-Semasa bersenam

Dapatkan nasihat pakar tentang senaman yang anda lakukan. Kalau boleh berguru dan bergaul dengan ramai orang. Jadi, anda akan dapat lebih banyak ilmu. Jangan terlalu taksub dengan seorang guru sahaja. Anda juga boleh melayari dan mengkaji sendiri menerusi Internet dan dapatkan pandangan pakar tentang senaman tersebut.

Untuk lebih mudah, anda boleh dapatkan khidmat pakar nutrisi dan personal trainer (PT). Mungkin anda tidak mahu senaman jadi sia-sia. Pastikan apa yang anda lakukan itu mendatangkan hasil yang baik. Ingat, apa yang anda lakukan hari ini akan menggambarkan diri pada masa akan datang.

 

Published by
Kim Rahim