Haqiem Rusli Dedah Guna Petua Tradisional, Patutlah Muka Jadi ‘Flawless’

Share

Wajah kacak Haqiem Rusli ketika ini dikatakan semakin menjadi-jadi terutamanya menerusi penampilan baharunya, wajahnya kelihatan semakin bersih dan flawless.

Sebelum ini, rata-rata peminat penyanyi ini tahu yang Haqiem Rusli memiliki masalah jerawat serta kulit muka.

Banyak cara yang telah digunakan namun masih belum memberikan hasil dan peminat terus memberikan pelbagai sokongan moral terhadapnya.

Ibu saudara bagi petua

Namun menerusi temubual dengan agensi media tempatan baru-baru ini, Haqiem Rusli mendedahkan wajahnya semakin bersih dan ‘flawless’ adalah disebabkan ibu saudaranya.

Ibu saudaranya mencadangkan kepada Haqiem Rusli untuk menggunakan petua tradisional untuk merawat masalah tersebut.

Guna air daun sireh

Antara kaedah yang Haqiem Rusli lakukan adalah dengan menggunakan air daun sireh seperti yang dicadangkan ibu saudaranya.

Kesannya Alhamdulillah, wajah Haqiem Rusli semakin baik dan tidak memerlukan kos rawatan yang sangat mahal.

Tolak bahan kimia

Tegas Haqiem Rusli, dia tidak menggunakan produk wajah yang ada campuran bahan kimia.

Antara faktornya, penyanyi muda ini takut sekiranya produk tersebut tidak sesuai dengan kulitnya, ia boleh memberikan kesan yang lebih mudarat.

Khasiat daun sirih

Seperti diketahui umum, khasiat yang terdapat dalam daun sirih sememangnya tidak boleh diragukan lagi sejak zaman-berzaman.

Daun sirih bukan sahaja memiliki pelbagai kandungan penting seperti pelembab semulajadi, mineral serta vitamin malah ia bersifat antioksidan dan juga antiseptik.

Published by
Akyem Samad