PUNCA TERJADINYA JERAWAT
Jerawat yang ringan hinggalah pada tahap yang teruk, semuanya bermula dengan cara yang sama iaitu bermula dengan kelenjar minyak (kelenjar sebum) dalam kulit yang mengeluarkan bahan berminyak (sebum) ke dalam folikel rambut.
Sebum melincirkan rambut dan kulit, tetapi jika sebum dihasilkan secara berlebihan, ia boleh menghalang liang roma kulit dan memerangkap sel kulit mati. Liang roma yang tersumbat kemudian akan menjadi comedone tertutup (whitehead) atau comedone terbuka (blackhead). Jika bakteria memasuki comedone, kulit akan meradang dan terhasilnya jerawat.
Kebiasaannya, jerawat timbul semasa zaman remaja dan ia terjadi disebabkan oleh perubahan hormon. Perubahan pada hormon merangsang kelenjar sebum untuk tingkatkan pengeluaran sebum. Jerawat juga boleh terjadi pertama kali ketika dewasa dan ia boleh jadi berpunca dari
- kecenderungan genetik
- perubahan hormon (terutamanya berkaitan dengan menstruasi atau paras testosterone yang tinggi)
- penggunaan sesetengah ubat seperti lithium, corticosteroids, pil kontraseptif, phenytoin
- Reaksi terhadap sesetengah produk kosmetik
TIPS ATASI MASALAH JERAWAT
Berikut antara tips yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan masalah jerawat dan mencegahnya jadi bertambah kronik.
1. Gunakan sabun lembut apabila mencuci muka. Digalakkan juga basuh rambut dengan kerap.
2. Elakkan penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak, di mana ia boleh menyumbatkan liang roma. Dan elakkan juga produk kosmetik yang mengandungi lanolin, isoprophyl myristate, sodium lauryl sulfate, laureth-4, D&C red eyes.
3. Elakkan memicit jerawat. Ia boleh meningkatkan risiko keradangan dengan menyebabkan kulit pecah dan bakteria boleh memasukinya.
4. Amalkan pemakanan seimbang yang mengandungi 4 hingga 5 hidangan sayuran hijau (klorofil sangat bagus untuk kulit) dan juga banyakkan makanan berserat.
5. Banyakkan ambil buah-buahan. Buah-buahan sangat bagus untuk kulit disebabkan oleh vitamin dan kandungan air didalamnya.
6. Banyakkan makanan kaya dengan zink seperti kerangan, kacang soya, biji bunga matahari dan gandum. Zink adalah ejen antibakteria dan elemen penting dalam penghasilan kelenjar minyak kulit. Diet yang rendah zink boleh menggalakan jerawat.
7. Cuba elakkan produk tenusu dalam diet harian untuk tempoh sebulan. Jerawat mungkin terjadi disebabkan oleh reaksi alergi terhadap produk tenusu dan lemak yang terkandung dalam produk tenusu boleh memburukkan lagi keadaan.
Produk tenusu masa kini selalunya mengandungi hormon dan steroid yang boleh mengganggu keseimbangan hormon semulajadi dalam badan.
8. Kawal stress sebaiknya. Stress menggalakkan perubahan hormon dan menyebabkan jerawat naik. Kebanyakan pakar dermatologi juga mencadangkan 15 minit di bawah cahaya matahari, bersenam dan dapatkan tidur yang berkualiti untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat.