Biasa kalau sebut tentang jerawat orang perempuanlah yang paling risau. Tapi jangan tak tahu lelaki juga mempunyai kerisauan yang sama.
Terutama buat lelaki yang berusia di peringkat usia 20-an. Pada umur beginilah penampilan sedikit sebanyak memainkan peranan dalam hala tuju hidup mereka.
Di pasaran kini terdapat pelbagai jenis lambakan produk untuk melawan jerawat. Ad ayang bentuk krim, ada yang berbentuk serbuk dan ada juga berbentuk pil. Memang macam-macam jenis sekali.
Tapi bahan semula jadi juga boleh digunakan untuk melawan jerawat. Anda boleh cuba ramuan di bawah untuk melawan jerawat. Kesemua bahan ini juga sangat senang diperolehi dan murah!
Sebiji Lemon
Asid yang terkandung di dalam sebiji buah lemon sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Salah satunya adalah mampu menghilangkan jerawat di muka. Kandungan asid dalam lemon dapat mengurangkan radang pada kulit berjerawat serta membersihkan pori-pori wajah yang tersumbat.
Bukan itu sahaja, lemon juga bertindak mencerahkan kulit dan menghilangkan bintik hitam. Ambil lemon dan sental pada seluruh kawasan berjerawat. Biarkan kering selama 15 minit kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
Cuka Epal
Selain lemon, cuka epal yang anda gunakan dalam kebanyakkan membuat beberapa jenis menu ini juga bertindak pantas untuk meredakan jerawat. Asid yang terkandung di dalamnya bertindak menghilangkan sel kulit mati.
Malah antioksidan yang juga terkandung di dalamnya berfungsi mempercepat proses penyembuhan kulit akibat jerawat. Apa yang perlu anda buat adalah dengan membancuh 5ml cuka bersama sedikit air dan sapu pada jerawat. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Lakukan sebelum waktu tidur.
Kunyit Hidup & Garam
Kunyit hidup memang sangat berkesan menyembuhkan jerawat. Ambil sedikit kunyit hidup dan kemudian tumbuk halus bersama sedikit garam kasar. Sapu dan letakkan di tempat jerawat dan biarkan hingga ia kering.
Mungkin anda akan merasa sedikit pedih namun biarkan sahaja hingga kering. Hasilnya jerawat akan terus kecut.
BACA: Nak Elak Jerawat Timbul Di Badan, Guna 11 Produk Wanita Ini!
Tip Cerahkan Kulit Muka Dengan Pantas
Selepas jerawat makin pulih jika anda ada masa, ada baiknya cuba petua untuk cerahkan kulit wajah pula. Petua dengan menggunakan bahan dapur ini paling senang dicuba malah tak perlukan kos yang tinggi pun.
Penggunaan tiga asli seperti beras pulut, garam dan gula bukan hanya mencerahkan kulit bahkan ia boleh memulihkan masalah jerawat dan melembutkan kulit wajah. Tidak salah jika anda mencubanya.
Bahan-bahan:
2 sudu makan beras pulut
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
Gaul kesemua bahan di dalam kuali dan sangai kering kesemuanya. Apabila ia bertukar warna keperangan, angkat dan kisar bersama sedikit air.
Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan cair. Apabila bancuhan sejuk, ratakan ke seluruh wajah. Biarkan seketika hingga kering kemudian gosoklah dengan lembut ke seluruh wajah.
Lakukan urutan perlahan-lahan dengan teknik gosokan secara membulat. Teruskan menyental wajah sehingga anda berpuas hati. Sental pada bahagian hidung dan kawasan berjerawat lebih lama. Biarkan seketika kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Hasilnya kulit akan lebih cerah sejurus selesai, lembut dan masalah jerawat juga dapat diatasi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI