Hapuskan Jeragat, Lelaki Jangan Leka Perkara Ini

Share

Jeragat kelihatan seperti tompok-tompok hitam yang berpunca dari melanin yang terkumpul dan bertukar menjadi warna coklat muda, coklat tua atau hitam. Biasanya ia kelihatan jelas di muka, pipi atau di sekitar hidung. Jeragat sebenarnya sukar hilang jika dirawat secara luaran sahaja seperti pemakaian krim semata. Biasanya krim sapu yang berkesan merawat masalah jeragat kemungkinan mengandungi 3 kombinasi ini seperti 

● hidrokuinon 4 peratus

● kortikosteroid 0.01 peratus

● tretinoin 0.05 peratus

Pastikan produk yang dipilih adalah selamat. Jika salah memilih produk ia bukan saja merosakkan kulit malah pigmen tersebut boleh timbul semakin hitam dan tebal. Ia seolah-olah semakin degil untuk pudar. Melanocytes ialah sel-sel yang mengeluarkan pigmen hitam. Ia berfungsi mengeluarkan pigmen yang dipanggil melanin. Kehadiran melanin penting untuk warna kulit seseorang dan bertindak sebagai penapis kepada cahaya yang terlalu terik dari menembusi kulit yang boleh merosakkan kulit.

PUNCA TERJADINYA JERAGAT (MELASMA)

● Penggunaan hormon antaranya seperti pil perancang

● Terdedah kepada cahaya matahari yang terik

● Keturunan

● Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai

● Mengandung biasanya badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen.

● Tidak kurang juga orang yang mempunyai melasma akan mempunyai Hori’s Naevus. Hori’s Naevus akan lebih jelas masa mengandung.

PERKARA ASAS YANG PERLU UNTUK MERAWAT JERAGAT ADALAH PENCEGAHAN

● Krim pelindung matahari SPF melebihi 30 ke atas dapat mengurangkan pigmentasi menjadi lebih teruk

● Penggunaan pelindung matahari seperti cermin mata hitam.

● Pengambilan vitamin E dapat mengurangkan pigmentasi terutama melasma.

● Vitamin C dapat membantu mengekalkan kandungan kalogen daripada dirosakkan oleh sinar UV matahari. Di samping membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mencerahkan kulit dari dalam. Serta melambatkan proses penuaan wajah.

 

Published by
Kim Rahim