Gaya Hidup

Hanya Suami Yang Setia Sahaja Rela Keluarkan Duit Untuk Cantikkan Isteri

Share

Sebagai seorang suami, selain membahagiakan isteri, kita juga harus mencantikkan isteri kalau boleh biar setiap masa.

Ini kerana isteri adalah ratu hati dan juga permaisuri yang bertahta di hati, yang kita telah sudi terima untuk sehidup semati.

Lelaki sering terlepas pandang

Ramai lelaki sering terlepas pandang dan ambil remeh soal ini kerana berpendapat wanita pandai mencantikkan diri sendiri.

Bagaimana wanita nak cantik kalau tak diberikan modal? Apa ingat semua perempuan cantik dekat luar sana itu bergaya secara percuma ke?

Bagi yang belum berkahwin, paling kurang pun boyfriend mereka ada belanja set make up yang tengah trend atau pakaian yang paling cantik.

Jadi ada sebab kenapa lelaki terutamanya suami harus mencantikkan isteri masing-masing. Antaranya :

1. Penyegar mata

Mana-mana isteri yang suri rumah, memang dia duduk di rumah. Bayangkan kalau anda hadiahkan set make up, perfume dan baju-baju yang cantik. Tidakkah mata anda jadi segar setiap kali balik kerja?

2. Penambah pahala

Memandang isteri pun boleh dapat pahala tau! Lelaki kan suka tengok kecantikan wanita. Daripada tengok wanita yang tidak halal, baik tengok isteri sendiri.

3. Wujudkan mood romantik

Tidak dinafikan kalau isteri kita nampak cantik dan wangi, suami mesti jadi cair dan kalau boleh, mesti nak terus terkam.

4. Eratkan kasih-sayang

Selain isteri ikat suami pada perut dengan makanan yang lazat, isteri yang kelihatan cantik juga mampu mengeratkan kasih-sayang setiap kali mata bertentang mata. Bergaduh kecil itu normal tapi kalau isteri tengah cantik, silap-silap gaduh pun boleh jadi manja-manja!

5. Bukti kesetiaan

Tak kisahlah kalau anda seorang suami yang semakin boroi tanda bahagia. Yang penting anda mampu spend modal untuk cantikkan isteri dan perkara itu pun sudah dianggap sebagai bukti kesetiaan anda sebagai seorang suami.

Published by
Akyem Samad