Hanya Menjual Korset, CDM Saiful Buktikan Bisnes Adalah Jalan Terbaik Untuk Anda Bebas Belenggu Hutang

Saya mula terfikir untuk beralih arah dari seorang pegawai veterina ke bidang perniagaan pada sekitar tahun 2009 dek kerana masih mencari pekerjaan yang boleh memberi keuntungan yang lebih daripada berada di zon ‘makan gaji’. Sudah pasti ia melibatkan sesuatu bidang yang berkaitan dengan perniagaan. Atas pengaruh rakan yang memberi galakan kepada saya untuk menjadi salah seorang agen dalam bisnes ini merupakan peluang terbaik tatkala saya sudah pun nekad untuk berhenti bekerja dan beralih arah ke dunia perniagaan ketika itu.

 

Keputusan yang diambil adalah perubahan yang sangat drastik dalam hidup saya. Semestinya saya nak jadi lebih baik dan berjaya. Saya bukanlah berasal dari keluarga yang berada. Tambahan pula, saya merupakan anak tunggal dalam keluarga. Tanggungjawab yang saya pikul pula adalah lebih berat berbanding orang lain kerana hanya saya seoranglah yang mampu mengubah taraf keluarga saya, terutamanya buat kedua orang tua saya. I need something yang memberikan hasil yang cepat. Bila saya sudah dapat jalannya, why not saya teruskan perjalanan yang saya ambil untuk terus sehingga ke penghujungnya?”

Korset dan lelaki

Ads

“Ketika mula menceburi bidang ini, tidak pernah langsung terlintas di fikiran saya untuk menjual korset. Ya, korset!  Menjual korset bukanlah kehendak saya tetapi saya harus lakukannya. Kebetulan pula pada ketika itu, permintaan terhadap korset dilihat begitu tinggi. Mungkin kerana wanita sudah mula sedar untuk kelihatan kurus sentiasa. Namun, saya ambilnya sebagai satu cabaran and I try. Tiga bulan pertama adalah sesuatu yang agak sukar buat saya. Manakan tidak, saya yang sebelum ini tidak punya sebarang pengalaman berniaga perlu menjual korset untuk kaum wanita. Bayangkanlah, perasaan seorang lelaki untuk menjual pakaian wanita kepada pelanggan wanita dan itu sudah pasti, mereka akan punya perasaan malu apabila saya mengatur bicara perihal baju dalam, badan serta seluar dalam wanita. Saya pun punya rasa yang sama diawalnya”.

Mungkin tidak semua mampu melalui apa yang dia pernah laluinya sebelum ini. Siapa sangka, korset dan lelaki bisa bersatu. Dia berjaya membuktikannya. Tiada apa yang mustahil asalkan lemparan kata-kata negatif sekelilingnya diusir jauh dari kamus hidup.

“Tipulah jika saya tidak pernah berputus asa pada permulaannya. Namun kata orang tua-tua, alang-alang menyelup pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. So, I take it as a challenge and just keep going. Ini kerana, saya pernah terfikir bahawa jika ada lelaki lain yang sudah berjaya dalam bidang ini, bahkan berbelas-belas tahun masih melopori bidang ini, mengapa tidak saya? Dari situ, iltizam terus membara dalam diri saya untuk terus menggali ilmu serta mempelajari teknik yang betul untuk mengukuhkan cara perniagaan saya. Apa yang pasti, saya akui betapa pentingnya seseorang itu untuk terus konsisten dan terus membina pengalaman sebanyak mungkin kerana ia merupakan ilmu yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit”.

Ads

Hanya Menjual Korset, CDM Saiful Buktikan Bisnes Adalah Jalan Terbaik Untuk Anda Bebas Belenggu Hutang

 

Ads

Asam garam perniagaan

“Saya pernah hilang kumpulan yang membuat jualan bersama-sama. Pernah tiada pengikut serta agen yang berada di bawah saya. Rasa jatuh dan tersungkur itu semuanya telah saya alami. Ada juga suatu ketika di mana saya terpaksa menghabiskan kesemua wang simpanan saya untuk memusingkan balik modal dan jualan. Dibaling korset kepada saya oleh pelanggan itu perkara biasa. Sampai begitu sekali kepahitan yang saya telan. Namun, setiap racun itulah menjadi penawar untuk saya semakin kuat langsung membuktikan segala angan yang saya impikan bakal menjadi realiti”.

Turun naik dalam hasil jualan yang dilakukan sudah sinonim dalam perniagaannya. Setiap satu cabaran yang menimpa dirinya ditepis dengan solusi untuk menjadikan ia bukanlah satu alasan. Walaupun ada ketikanya perasaan menyerah kalah itu hadir membayangi dirinya tetapi kecekalan itu menjadikan dirinya kuat untuk bangkit. Dugaan itu adalah pelajaran baru baginya.

“Dalam dunia perniagaan ini, pelbagai situasi yang tidak terduga akan kita hadapi. Ya, saya pernah ditipu, ditikam belakang oleh orang terdekat, wang dilarikan dan pelbagai lagi. Namun itulah resam yang harus saya hadapi. Tidak pernah sekali pun saya meletakkan kesilapan itu seratus peratus pada mereka. Mungkin ada juga kesilapan daripada saya yang saya tidak dapat lihat sebelum ini. Tapi percayalah, bahawa akan hadirnya pelangi selepas turunnya hujan. Kita juga manusia yang mungkin kadangkala terlepas pandang akan sesetengah perkara remeh yang sebenarnya boleh menjadi punca sesuatu masalah. Orang sanggup lakukan apa sahaja demi wang.”

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI