Meletakkan matlamat untuk sentiasa mempunyai tubuh badan yang sihat, saya mula mengamalkan gaya hidup sihat sejak berusia 15 tahun lagi. Ingin tampil dengan fizikal yang lebih baik dan seimbang dari aspek keterampilan dan kesihatan, saya mencipta azam dan minat untuk bergiat aktif di dalam bidang kecergasan. Bermula kala terlibat dengan sukan street workout yang kini sudah menjadi trend anak muda. Street workout ini menggalakkan rutin senaman bodyweight yang lebih santai dan mudah untuk dilakukan walau di mana sahaja kita berada.

Hanya Makan Oat Dan Ubi Rebus Untuk Sarapan_ Ammar Shah

MASKULIN : APA YANG MEMOTIVASIKAN ANDA?

Setiap hari sebelum memulakan hari baharu, saya akan mencipta ‘setting’ baharu untuk menjadi yang lebih dari hari sebelumnya. Sentiasa mahu mengekalkan tubuh badan yang sihat dan ‘fit’ adalah ruang motivasi saya untuk melangkah kaki ke gimnasium mahu pun menyertai kumpulan street workout agar kekal bertubuh kekar. Lazimnya, saya akan memikirkan sesuatu yang positif yang akan berlaku pada diri saya pada hari tersebut sebelum memulakan hari yang panjang.

Hanya Makan Oat Dan Ubi Rebus Untuk Sarapan_ Ammar Shah

MASKULIN : SIAPAKAH IDOLA ANDA?

Setiap individu yang ingin berjaya pasti punya ikon atau idola yang menjadi sumber inspirasi untuk kekal pada momentum produktif yang ‘oustanding’. Bagi saya, saya meletakkan jurulatih saya sendiri iaitu Aliff Farhan sebagai sumber inspirasi dan idola untuk kekal bermotivasi di dalam bidang ini. Dia adalah seorang yang punya goal yang tersendiri dan meski apa pun yang berlaku dia akan mencapainya sehingga berjaya. Semangat yang hadir dalam dirinya bagaikan suatu aura yang sentiasa membakar semangat saya setiap kali berlatih dengannya. Selain itu juga, saya meletakkan legenda sukan kecergasan tanah air iaitu Syakir Jamil sebagai idola kerana perjalanan bidang kecergasannya buat saya merasakan kejayaan itu milik sesiapa sahaja disertai dengan usaha yang tidak pernah luntur.

Hanya Makan Oat Dan Ubi Rebus Untuk Sarapan_ Ammar Shah

MASKULIN : LELAKI MASKULIN HARUSLAH?

Ads

Pendapat saya tentang erti dan makna maskulin itu sendiri bergantung kepada individu yang mencipta aura maskulin bagi setiap diri mereka. Setiap lelaki itu adalah berbeza dan punya karakter yang tertentu. Namun bagi pendapat peribadi saya, maskulin itu ditafsirkan sebagai penampilan diri lelaki yang punya karisma dalam setiap perbuatan, pergerakan dan komunikasi antara orang di sekelilingnya. Punya daya keyakinan yang tingi dalam setiap langkahnya mencipta kejayaan setiap hari.

Hanya Makan Oat Dan Ubi Rebus Untuk Sarapan_ Ammar Shah

 MASKULIN : RUTIN DIET YANG ANDA AMALKAN?

Saya akan memulakan hari dengan sarapan kerana pengambilan sarapan adalah menjadi penentu kepada produktiviti kita sepanjang hari. Saya mengambil sarapan bermula jam 7.30 pagi dengan menikmati classic oat disertai dengan ubi kayu rebus. Pada waktu makan tengah hari sekitar jam 1.30 p.m, saya akan mengambil nasi dari beras perang, dada ayam bersama sayur brokoli dan ikan salmon.

MASKULIN : BERAPA KALI BERSENAM DALAM SEMINGGU?

Ads

Saya mengamalkan latihan fizikal dan senaman di gimnasium selama dua jam dan sebanyak enam kali dalam seminggu. Bermula dengan 45 minit kardio seperti treadmill, berjongging dan aktiviti yang dapat meningkatkan kadar stamina dalam tubuh seperti abdominal dan legs.

Isnin – Chest & triceps

Selasa – Back & legs

Rabu – Shoulder & abs

Khamis – Biceps & triceps

Ads

Jumaat – Legs & abs

Sabtu – Full body workout

Ahad – Hari berehat

MASKULIN : TIP UNTUK KEKAL MOMENTUM

Kesabaran yang penuh dalam menghadapi proses mencipta tubuh yang ‘fit’ dan kekar harus menjadi keutamaan buat setiap anak muda yang baru ingin bermula. Tiada jalan pintas untuk kekal cergas dan ‘fit’ kerana ia adalah proses untuk memulihkan daya tubuh, mencipta stamina yang cukup untuk menghasilkan sesuatu yang lebih optimum.

 

 SUMBER GAMBAR : INSTAGRAM AMMAR SHAH

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI