Hanya Kerana Selipar, Lelaki Ini Dapat Rezeki Terpijak Selepas Tolong Pakcik Berkaki Ayam Ni

Share
Terharu rasa hati bila baca perkongsian kisah selipar dari lelaki ini. Kisahnya mengajar kita betapa untungnya kita berbuat baik kepada sesama insan agar dunia ini menjadi lebih baik dan dipenuhi dengan orang yang baik-baik. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
TERNAMPAK pakcik ini menggigil dalam tren kesejukan sebab hujan. Dia berkaki ayam saja.
Ada sekumpulan perempuan ini, diorang buat story superzoom (tak perlahankan pun audio), fokus pada kaki pakcik itu sambil ketawa sesama sendiri.

Saya kasihankan pakcik ini tetapi nak bertanya, takut juga sebab pada mulanya aku fikir dia ini mungkin ada masalah ke apa, kan. Tetapi selepas sampai satu stesen itu, tempat duduk di sebelah saya berdiri ini kosong, jadi pakcik itu tadi duduk di situ. Betul-betul di sebelah saya. Waktu itu saya fikir banyak kali juga, nak tanya ke tak?
Selepas hampir dua minit berfikir, saya tanya sajalah. Saya memang jenis lambat buat keputusan kalau bab nak menegur orang yang tidak dikenali ini.

Okay, pertama saya terkejut sebab pakcik itu normal dan bukannya tak betul seperti apa yang saya fikirkan (negatif betul). Kemudian terkejut rupanya selipar dia hilang sebab dihanyutkan arus longkang ketika solat maghrib.

Kali ini aku tak fikir lama-lama, terus aku keluarkan selipar dari dalam beg dan beri kepada pakcik itu. Tapi masa nak bagi itu saya terfikir kalau saya beri selipar saya, habislah kasut saya basah nanti nak redah hujan naik motosikal.
“Ah! Basah pun basahlah, dah ada niat nak tolong dia.”
Pakcik itu bila dia ambil selipar itu, muka dia macam bahagia ke apa entah. Tetapi dia tak tundukkan kepala dia dah. Mungkin tadi segan dengan orang yang ketawakan dia sambil rakam video.

“You look good and handsome now, pakcik. Hahaha!”

Tiba-tiba datang seorang makcik ini pula. Dia datang ke sebelah saya dan tegur saya.

“Dik, nah akak bagi ‘gula-gula’ kat adik sebab tolong pakcik ini. Kasihan pakcik itu sejak tak ada selipar. Yang lain semua ketawakan dia,” katanya.

Masa itu budak-budak perempuan yang buat story itu diam saja. And guess what, ini ‘gula-gula’ yang makcik itu maksudkan. Dia bagi duit weh! Bapak banyak! Nak tolak, dia tak bagi. Pakcik yang dapat selipar tadi pun syorkan saya ambil saja pemberian makcik itu. Jadi saya terima sajalah.

Published by
Ruziana Zainal