Gaya Hidup

Hanya Install Aplikasi Ini, Ayah & Ibu Boleh Pantau Aktiviti Media Sosial Anak Dengan Mudah!

Share

Saban hari kita sering didedahkan dengan pelbagai jenayah sosial yang dilakukan oleh golongan muda. Bukan hanya remaja malah kanak-kanak juga sudah berani melakukan jenayah di luar jangkaan.

Perkara ini pastinya membimbangkan semua pihak termasuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil. Sekiranya aktiviti media sosial anak-anak ini tidak dibendung bimbang ia boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk.

Terkesan dengan berita budak 12 tahun merogol anak asuhan, seorang ibu bernama Azmuhaini Aini berkongsi di Facebook bagaimana dia memantau aktiviti media sosial anaknya dengan memasang aplikasi ‘Google Family Link For Parents’.

Semoga dengan perkongsiannya ini sedikit sebanyak membantu ayah dan ibu dalam memastikan aktiviti media sosial anak terkawal.

BACA: Ketahui 4 Penjelasan Kenapa Anak-Anak Masih Bertenaga Biarpun Masuk Lewat Malam

Semoga aplikasi ini membantu

Terkejut dengar berita budak 12 tahun merogol anak asuhan. Ya Allah lindungilah anak-anak kami semua.

Dari berita tu kata semua tu pengaruh gadget. Yerlah kan zaman sekarang semua di hujung jari, cari je apa tekan je apa share je apa semua keluar.

Maybe ada yang dah tau app ni tapi yang belum tahu harap membantu.

Cara menggunakan aplikasi ‘Google Family Link For Parents’

App ni saya install lama jugaklah untuk monitor setiap pergerakan kegunaan hp si kakak.

Yup kakak ada hp sendiri dan hp dia memang saya pasang kan line so unlimited internet dan call. Supaya dia senang nak call family member, kegunaan kerje sekolah. Tapi semua ada limit.

So saya install app ni Family link.

Kat app ni saya boleh monitor apa yang kakak sedang buat. Contoh dia tengah online ke. dia tengah tengok Youtube ke. Tengok game ke apa ke semua saya boleh tahu. Dan berapa lama dia tengok dan last dia online semua saya tahu. Dan paling penting saya tahu location hp nya berada dimana. Tak kisah saya tengah kerje dia di rumah semua saya boleh monitor sebab nya ada notifiication.

Di app ni juga saya kawal penggunaan nya so saya akan set masa ikut saya. So sampai masa hp ni akan padam sendiri dan dia tak leh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. Kalau dia perlu buka hp juga perlukan code no daripada hp saya.

BACA: Anak-Anak Miliki Tenaga Setanding Atlet, Memang Mak Ayah Cepat Habis Bateri Jawabnya!

Update 

1)Application ni perlu di install kat telefon parent yang nak monitor tu dan juga HP anak anda ye. Nanti app ni akan minta email bagai so ikut sahaja arahan yang diberikan.
— Untuk hp parent kena install google family link for parent dan kalau untuk hp anak, kena install google family link for children & teens.

2) Anak nak uninstall. biarlah sebab tak boleh pun ?? . kalau hp si ibu atau bapa uninstall pun masih boleh install balik dan monitor anak macam biasa balik. melainkan parent tu tekan STOP SUPERVISION.

3) Kita boleh kawal dan set untuk tontonan movie umum sehingga 18sg atau 18sx. game pun boleh kawal.

4) Semua kawalan/perubahan adalah hanya boleh dilakukan di hp si ibu/bapa sahaja.

Selamat mencuba ☺☺☺

Published by
arif.karim