Buat anda yang menggunakan cermin mata berdepan masalah calar merupakan satu perkara sangat leceh. Selain kerosakan, ia memberikan rasa tidak selesa dan menggangu penglihatan.
Kepada yang memakai cermin mata hampir setiap masa, masalah ini bagaikan satu gangguan yang sangat besar. Tidak kena cara, boleh hilang mood dan jadi baran juga kalau cermin mata ada kesan bercalar.
Sebaik mungkin pasti anda terutamanya yang menghadapi masalah rabun ini ingin memastikan agar cermin mata sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Apatah lagi dengan penularan COVID-19 ini, seboleh mungkin kita ingin mengurangkan perbelanjaan dan mengelakkan kekerapan untuk keluar rumah.
Namun ada ketikanya walaupun sudah menjaga cermin mata dengan baik, secara tidak sengaja anda telah merosakkannya hingga cerminnya bercalar.
Sebelum anda ingin mengambil keputusan untuk menukar ke cermin mata yang baharu, apa kata anda buat tiga cara mudah ini untuk settlekan kesan calar masalah ini.
Dengan kebenaran sumber asal bernama Rosie Zam, cara beliau ini boleh juga anda gunakan pada cermin jam tangan yang bercalar.
Artikel berkaitan: Membersihkan Lampu Hadapan Kereta Gaya Bajet Dengan Ubat Gigi
Artikel berkaitan: Hanya Gosok 5 Minit, Kesan Hitam Pada Seterika Kembali Bersih Guna Ubat Gigi Je!
Nah saya kongsikan tips untuk menghilangkan calar pada cermin mata atau jam. Caranya mudah ya amat.
1. Ambil kertas tisu sapukan sedikit ubat gigi.
2. Gosokkan pada cermin mata atau jam anda.
3. Kemudian bersihkan dengan tuala kering.
Mudah bukan. Cuba tau.
#tipsrosie
Jangan lupa subscribe Youtube MASKULIN!