Hanya Guna Baking Soda, Cuka & Air Suam, Ini Cara Mudah Hilangkan Kesan ‘Peta’ Pada Kerusi Kereta  Atau Sofa

Share

Buat anda yang mempunyai anak kecil pastinya sudah masak akan masalah ini. Pelbagai kesan kotoran disebabkan sisa makanan, minuman atau kesan muntah pasti sedikit sebanyak melekat pada kerusi kereta atau sofa di rumah.

Jika tempat duduk di dalam kereta memang sukar sedikit nak dibersihkan. Paling tidak kena bawa ke pusat cucian kereta untuk cucian lebih khusus. Pastinya ia memakan kos lebih mahal berbanding cucian biasa.

Usah risau ada cara dan tip yang boleh anda gunakan. Selain bersihkan seat kereta, anda juga boleh menggunakan cara ini untuk membersihkan segala kekotoran terutamanya pada bahagian panel pintu kereta dengan pantas.

Perkongsian bijak daripada Encik Radi tentang cara-cara membersihkan seat kereta ini boleh anda jadikan panduan.

Jom ikuti perkongsiannya.

Brush photo created by freepik – www.freepik.com

Bahan yang digunakan:

– 2 sudu cuka
– 1 sudu baking soda
– Secawan air suam

Caranya:

1. Campurkan baking soda bersama dengan cuka dalam air suam

2. Kacau dan masukkan dalam botol spray

3. Sembur rata pada seat yang kotor dengan jarak 6-8 inci dari seat kereta tersebut

4. Gunakan berus lembut dan gosokkan pada bahagian yang kotor

5. Lapkan dengan kain microfiber yang telah dibasahkan dengan air

6. Ulangi langkah 3-6 hingga ia betul-betul jadi bersih

7. Keringkan dengan vacuum atau guna tuala microfiber hingga kering

Selain seat kereta, anda juga boleh semburkan ke bahagian-bahagian lain dalam kereta. Barulah bersih luar dan dalam. Apabila ada feel macam kereta baru, barulah hilang rasa stres nak jalan jauh.

Bukan sahaja mudah malah kosnya jauh lebih menjimatkan! Selamat mencuba ya.

Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN ya!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim