Gaya Hidup

Hanya Gosok 5 Minit, Kesan Hitam Pada Seterika Kembali Bersih Guna Ubat Gigi Je!

Share

Semakin lama kita menggunakan seterika pasti ada kesan hitam pada tapaknya. Kesan hitam pada seterika ini jika tidak dibersihkan boleh meninggalkan kekotoran bila anda menggosok pakaian berwarna cerah terutamanya putih.

Tak perlu buang atau beli seterika yang baharu kerana ada cara mudah dan menjimatkan untuk anda bersihkan tapak seterika yang hitam itu.

Cara ini dikongsikan oleh seorang pengguna bernama Fitriah Azman (Kak El) dengan menggunakan ubat gigi sahaja. Yang pasti, cara ini sungguh menjimatkan. Nak buat pun tak ambil masa yang lama.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

BACA: 5 Cara Lelaki Boleh Nampak ‘Smart’ & Kemas Kalau Pakai Baju Kemeja!

CARA MUDAH DAN JIMAT HILANGKAN KESAN DEGIL PADA SETERIKA

Sekali pandang, eleh seterika kotor giler weh. Tak sanggup nak guna. Baik beli baru lah oii.

Mudah berkata-kata bila duit penuh poketkan. Bagi kita yang jenis ala kadar ni, selagi tapak ni tidak tercabut dari pemegang, selagi tu lah kita akan guna. Sungguh?

Seterika ni, umurnya 5 tahun lebih. Seusia dengan umur perkahwinan Kak El. Kak El dapat hadiah masa kawin ritu. Kak El dapat 2. Jadi yang ni Kak El bagi mak Kak El sebab seterika kat umah mak Kak El masa ni, dah lama berkhidmat. 19 tahun. Umur Kak El masa tu.

Seterika ni, banyak kenangannya. Mak Kak El buat gosok berpuluh-puluh pasang baju anak sekolah setiap minggu. Baju kerja ayah. Mak ajar anak-anak mak iron baju sendiri sampaikan berhelai-helai kain menjadi mangsa rakuss seterika ni. So tak pelik la rupanya dah jadi lagu tu. Haha.

Dengan seterika ni jugak la Kak El buat uji kaji pasal Mrs. Iron. Larutan mana yang sangat mesra seterika. Banyak kali terai sebelum Kak El bisness Mrs. Iron ni. Fuh! Kenangan sungguh. Memang banyak jasa?

Jadi, alang-alang Kak El tido umah mak hari ni, sempena Maal Hijrah, Kak El make over seterika ni dengan satu bahan yang wajib ada kat rumah iaitu UBAT GIGI berwarna PUTIH. Yang jenis gel takmo eh?

5 minit je Kak El gosok permukaan seterika ni, hasil dia mampu membuatkan mak Kak El senyum sampai nampak gigi pelesunya. Bahagiaaa?

Korang cubalah. SENANG dan JIMAT!

BACA: Tak Perlu Sental! Guna Sabun Ketul Je, Kotoran Degil Hilang & Baju Akan Kekal Putih

Cara-cara:

1. Guna ubat gigi jerrr awak. Jimat tayah beli baru. Guna sikit je dah cukup. Ubat gigi yang isinya putih, bukan yang jenis gel.

2. Ni cara gosoknyaa. Buat sambil senyum kenangkan jasa seterika ni tau.

3. Ni lah hasilnya. kak el gosok dengan kudrat Kak El je ni. Tapi still boleh nampak perubahannya.

Selamat mencuba!

Published by
Roselinda