Luar Negara

Hanya Gara-Gara Sokong Palestin, Atal Dipenjara Lapan Bulan

Share

Hanya kerana menunjukkan sokongan terhadap Palestin, pemain bola sepak terbaik Algeria, Youcef Atal dihukum penjara selama lapan bulan.

Memetik laporan Aljazeera, hukuman itu dijatuhkan oleh mahkamah Perancis pada Rabu lalu, selain mengenakan denda sebanyak 45,000 euro (RM228,149) atas dakwaan mencetus kebencian.

Atal yang mewakili kelab Ligue 1, Nice itu dihukum selepas meluahkan pandangannya secara terbuka terhadap kekejaman Zionis ke atas rakyat Palestin dalam siri pembunuhan beramai-ramai terbaru sejak 7 Oktober lalu.

Pada Oktober, Atal memuat naik sokongannya terhadap Palestin di media sosial sejurus selepas Zionis memulakan keganasan terhadap orang awam di Gaza dan Tebing Barat.

Mungkin Digantung Kelab

Selain dikecam teruk di Perancis, Atal turut berdepan penggantungan oleh kelabnya sehingga memaksa pemain berusia 27 tahun itu memadamkan hantarannya di media sosial.

Dua persatuan, Liga Antarabangsa menentang Perkauman dan Anti-Semitik (LICRA) dan Pemantau Yahudi Perancis, memfailkan dakwaan ke atas Atal.

Atal bukan pemain bola sepak pertama dikecam kerana memberikan sokongan ke atas Palestin.

Pemain Maghribi, Noussair Mazaoui yang beraksi untuk kelab Jerman, Bayern Munich, turut menjadi mangsa selepas menunjukkan simpati ke atas rakyat Palestin.

Published by
Ruszaini Ruslan