Bayangkan anda masuk ke dalam kereta yang telah beberapa jam diletakkan di kawasan parkir terbuka. Dengan cuaca panas seperti sekarang anda boleh bayangkan juga bahang yang terperangkap di dalam kereta.
Memang cukup memeritkan. Cara biasa untuk singkirkan bahang tersebut yang ramai orang lakukan ialah membuka sedikit tingkap selepas meletakkan kereta. Namun tahukah anda tindakan seperti itu agak bahaya untuk keselamatan kereta.
Selain itu, tak kurang juga ada di antara anda terus buka penghawa dingin dengan suhu paling sejuk dan kipas paling laju. Tapi tahukah anda tidak perlu melakukan semua itu kerana ada teknik yang lebih selamat, lebih mudah dan lebih efisien untuk singkirkan bahang yang terperap di dalam kereta.
Malah cara yang MASKULIN bakal kongsikan di bawah ini juga tidak memerlukan anda keluar belanja pun!
Hanya dengan membuka dan menutup ‘flap aircond’ dengan cara terbaik anda boleh selesaikan masalah ini dengan pantas. Bijak menggunakan ‘flap aircond’ sahaja, anda boleh mengurangkan bahang dalam kereta sekali gus mengelakkan kenderaan anda berwap-wap.
Ikuti beberapa step mudah di bawah;
Untuk pastikan suhu sejuk sentiasa kekal dengan baik ketika kereta sedang meluncur di atas jalan raya, pastikan flap aircond kerera anda ditutup. Ini bagi memeastikan suhu sejuk dapat kekal dengan baik dan mengurangkan bahang cuaca dan panas matahari dari luar. Barulah anda berasa nyaman setiap masa.
Bagaimana pula dengan kereta yang diparkir terutamanya di kawasan terbuka yang terdedah dengan cuaca panas? Jika anda meletakkan kereta di kawasan terbuka pastikan flap aircond dibuka untuk mengurangkan bahang masuk ke dalam kabin kereta.
Semoga dua tip ini dapat membantu anda mendapatkan pengalaman memandu dengan lebih selesa dan seronok. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video di bawah. Dan jangan juga lupa follow Facebook kami.