Jenama Casio sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan penggemar jam tangan digital di negara kita terutamanya menerusi produknya, G-SHOCK.

Malah tidak dinafikan, komuniti peminat dan pengumpul jam G-SHOCK di Malaysia cukup besar. Tampil dengan harga yang kompetitif dan mampu milik menjadikan G-SHOCK sebagai antara item buruan ramai penggemar jenamanya.

Terbaru Casio telah mengumumkan kerjasama istimewa mereka yang bersifat lebih lokal dan dekat di hati rakyat Malaysia. Ini terutamanya bagi peminat pasukan bola sepak kebangsaan, pasukan Harimau Malaya.

Kerjasama Casio bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tekah diumumkan pada minggu lalu. Kerjasama FAM bersama syarikat multinasional Jepun, Casio bermula secara rasminya pada 1 Mac 2021 sehingga 28 Februari 2022.

Hanya 999 Unit G-SHOCK Harimau Malaya Bakal Diperkenalkan, Betul-Betul Edisi Terhad!

Dalam sebuah acara berlangsung di ibu pejabat FAM minggu lalu menyaksikan perjanjian penajaan itu telah ditandatangani di antara Pengedar Rasmi Casio Malaysia, Pengarah Eksekutif Marco Corporation, Encik Ong Sim Jeng dan Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

ITEM WAJIB PENGUMPUL

Ia merupakan satu berita baik khususnya buat peminat G-SHOCK tempatan yang pastinya mahukan koleksi kolaborasi ini sebagai item wajib ada dalam koleksi mereka.

IKLAN

Bersempena perjanjian dan penajaan tersebut, Casio turut memperkenalkan edisi khas G-SHOCK Harimau Malaya. Pengenalan edisi istimewa ini dilihat selari dengan perjuangan pasukan kebangsaan yang masih ada baki tiga perlawanan Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Hanya 999 Unit G-SHOCK Harimau Malaya Bakal Diperkenalkan, Betul-Betul Edisi Terhad!

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Tajaan FAM, Datuk Hisamudin Yahaya berkata, tajaan daripada syarikat elektronik gergasi Jepun menerusi pengedar rasminya itu adalah tanda bola sepak negara telah mula mendapat perhatian syarikat-syarikat swasta
di dalam Malaysia.

“Keadaan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak Mac 2020 tidak menghalang syarikat-syarikat swasta ini untuk tampil menzahirkan sokongan mereka terhadap skuad bola sepak kebangsaan.

“Menerusi kerjasama ini, saya pasti ia akan menjadi motivasi untuk pemain-pemain skuad Harimau Malaya memulakan kembali kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang tertangguh akibat pandemik,” kata Datuk Hisamudin.

IKLAN

Hanya 999 Unit G-SHOCK Harimau Malaya Bakal Diperkenalkan, Betul-Betul Edisi Terhad!

SOKONGAN KEPADA PASUKAN NEGARA

Jelasnya lagi, sokongan daripada syarikat-syarikat korporat ini adalah sebahagian daripada usaha Datuk Haji Hamidin selaku Presiden FAM yang sentiasa berusaha meningkatkan kualiti serta nilai komersial badan induk bola sepak negara itu.

Sebagai simbolik pelancaran jam tangan Casio G-SHOCK edisi terhad ini, Datuk Haji Hamidin telah menjadi individu pertama yang menerima jam tangan G-SHOCK edisi
Harimau Malaya dengan nombor siri 001 daripada Encik Tezuka Itsuro.

Jam tangan edisi Harimau Malaya ini menggunakan model asas G-SHOCK GA-2000-1A9, yang didatangi dengan warna tradisi Harimau Malaya iaitu hitam dan kuning serta memiliki ukiran logo Harimau Malaya sekali gus menyerlahkan lagi gaya eksklusif dan unggul.

IKLAN

Hanya 999 Unit G-SHOCK Harimau Malaya Bakal Diperkenalkan, Betul-Betul Edisi Terhad!

Dengan hanya 999 jam tangan G-SHOCK Harimau Malaya yang akan dikeluarkan di pasaran, setiap jam tangan berkenaan akan diukir dengan dengan nombor siri bermula 002 sehingga 999.

Jam tangan edisi terhad Casio G-SHOCK Harimau Malaya ini boleh didapati bermula 1 Jun pada harga RM579.00 dan akan didatangi bersama sehelai t-shirt edisi terhad, gelang tangan dan beg kertas di G-Factory, outlet G-SHOCK dan outlet pengedar rasmi Casio di seluruh negara serta kedai atas talian rasmi Casio.

Hanya 999 Unit G-SHOCK Harimau Malaya Bakal Diperkenalkan, Betul-Betul Edisi Terhad!

Jadi buat anda peminat G-SHOCK dan pasukan Harimau Malaya pastinya tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan koleksi limited edition ini!

Jangan lua subscribe YouTube dan follow IG MASKULIN ya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI