Sibuk dan tak sempat bersenam. Ya, itulah alasan biasa yang kita dengar. Bukan anda sahaja malah kami di MASKULIN juga kadang-kadang terjerat dengan alasan ini.
Bila sudah muncul alasan makan rasa malas itu akan mula menebal dalam diri. Akhir sekali langsung tak bersenam. Lama-kelamaan saiz pinggang pun semakin naik.
Usahlah kita terus begini dan mencipta alasan sedangkan anda boleh melakykan senaman harian yang mengambil masa tak lebih 10 minit pun!
BACA: 5 Teknik Senaman Mesra Six Pack Untuk Abdomen Mantap
Ikuti beberapa jenis senaman yang anda boleh lakukan dalam hanya 7 minit sahaja.
Rutin yang MASKULIN kongsi di bawah ini merupakan teknik senaman abdomen yang popular dan berimpak tinggi. Jika mahu lebih kesan yang hebat anda boleh turut menggunakan dumbbell di dalam beberapa rutin senaman.
Lakukan setiap teknik senaman di bawah seberapa banyak reps anda mampu dalam tempoh 50 saat. Rehat 10 saat dan teruskan dengan siri senaman yang berikutnya.
Untuk menjadikan senaman anda lebih menyeronokkan carilah pasangan atau kawan untuk melakukannya bersama-sama. Amalkan senaman harian ini selama sebulan dan anda boleh lihat sendiri hasilnya.