Lepas ni tak payah beli, buat je sendiri kacang salut tepung untuk kudapan setiap hari. Lagi menjimatkan dan gerenti sedap!
Hanya menggunakan Tepung Bestari Original dan Pedas, Zaitun Zainuddin kongsikan cara mudah nak membuat kacang salut tepung menggunakan hanya beberapa langkah sahaja.
Selain puas hati dapat buat sendiri, paling penting boleh buat seberapa banyak yang anda suka. Selamat mencuba!
Ya Allah sedapnya. Ingat goreng ayam je sedap guna tepung ni tapi goreng kacang pun sedapppp.
Resepi simple tapi sedap. Buatla mudah je kan. Resepi ada di setiap gambar.
1. Kacang tanah mentah yang dibasuh, ditos dan masukkan dalam adunan Tepung Bestari Pedas ni.
2. Masukkan kacang tanah yang digaul basah basah tadi ke dalam Tepung Bestari Original yang kering ni. Sampai macam ni dah boleh digorengkan.
3. Goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana besar. Sampai keemasan boleh diangkat.
4. Taraaa dah siap, tunggu sejuk. Masukkan dalam balang makan untuk hari raya.
Siap kacang salut tepung. Senang sangat buatnya rasa pun sedap. Kak Chik guna tepung Bestari yang pedas untuk lomorkannya dan bedakkan dengan Tepung Bestari Original.