Beban kerja terlalu banyak dan komitmen harian yang membelenggu membuatkan ramai mengeluh tidak cukup masa untuk bersenam. Itu bukan alasan. Hanya 20 minit sehari, anda boleh lakukan senaman merangkumi keseluruhan otot badan.
1. JUMPING JACKS
-Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh.
-Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan.
-Ulang semula sebanyak 20 kali.
2. WALL SIT
-Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dinding
-Turunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada.
-Ulang semula sebanyak 20 kali
Ads
3. ABDOMINAL CRUNCH
-Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha.
-Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal.
-Ulang semula sebanyak 15 kali
Ads
4. SQUAT
-Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh.
-Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi)
-Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan.
-Ulang semula sebanyak 10 kali.
Ads
5. HIGH KNEES RUNNING IN PLACE
-Berdiri tegak dalam keadaan kaki dipijak secara menjengket. Lutut dibengkokkan dan paha diangkat separas pinggang.
-Ulang semula dengan kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 20 kali.
6. PUSH-UP ROTATION
-Meniarap dalam posisi tekan tubi.
-Pusingkan badan ke kiri dalam posisi tangan kiri diluruskan sambil menanggung beban tubuh. -Tangan kanan diluruskan ke atas
-Ulan semula dalam posisi berlawanan. Lakukan sebanyak 5 kali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas tamatnya PKP, semakin ramai penggemar aktiviti larian semakin aktif semula dengan larian. Namun selepas hampir 3 bulan tidak berlari, ramai yang mula mengadu sakit lutut selepas mula melakukannya semula. Kecederaan lutut merupakan kecederaan paling sinonim berlaku terutama buat pelari aktif.
Tapi apa yang berlaku bila mula sakit lutut ketika atau selepas melakukan larian?
Pastinya ia satu situasi yang cukup mengecewakan. Stamina masih ada tapi kondisi lutut tidak membenarkan anda untuk terus melakukan aktiviti larian. Dan bila anda mula rasa kecewa semangat dan motivasi itu secara automatik akan jadi makin menurun.
Disebabkan sakit lutut jugalah ramai yang terkandas separuh jalan apabila mula ingin bergiat aktif dalam aktiviti larian.
PUNCA LUTUT SAKIT
Jika anda terasa sakit di bawah tempurung lutut dan rasa lagi teruk semasa berlari atau menggunakan tangga itu bermakna anda patella anda telah lari dari ligamen.
Atasinya:
Kurangkan jarak larian
Selang-selikan dengan aktviti yang tak emlibatkan lutut
Ambil ubat anti-inflammatory
Jika sakit berterusan sila jumpa doktor
Lakukan senaman foam roll
Foto: master1305 / Freepik
MASALAH BERAT BADAN
Namun tidak dinafikan masalah utama yang menyumbang kepada masalah sakit lutut buat anda yang suka berlari ialah berat badan yang berlebihan. Apabila anda memiliki berat badan yang tinggi, ia akan menyebabkan lutut terpaksa menampung beban yang berat.
Ditambah pula bila anda melakukan aktiviti larian, ia hanya menyebabkan lutut amat mudah terdedah dengan kecederaan dalaman.
Jadi kepada anda yang mempunyai ebrat badan berlebihan pastikan terlebih dahulu bahawa kondisi lutut anda dalam keadaan baik sebelum berlari.
Usah lari dalam jarak yang jauh dan memaksa diri. Berlari pada pace yang sesuai denga anda. Biarlah ia perlahan tapi dalam masa yang sama memberikan keselesaan kepada badan anda.
Sebagai contoh mula berlari dalam tempoh 5 sehingga 10 minit. Apabila sudah selesa dan konsisten tambahkan jarak atau masa larian sehinggalah genap kepada 30 minit.
Jika anda mula selesa apabila mencapai tahap itu bermakna fizikal anda semakin selesa dan boleh berlari pada jarak lebih jauh.
SUSUN STRATEGI LARIAN
Untuk mengelakkan anda mudah sakit lutut paling penting ialah merancang corak atau strategi larian.
Pertama sekali lakukan warm up kira-kira 10 minit dengan brisk walk untuk meningkatkan kadar denyutan jantung.
Kemudian apabila bermula lakukan larian kira-kira seminit dan selang-selaikan dengan berjalan selama 2 minit.
Ulang langkah di atas sehingga 15 ke 20 minit dan habiskan dengan 5 minit berjalan untuk cool down.
Selamat mencuba!
Dan bagi anda yang ingin mencari kasut larian pada harga menarik boleh dapatinya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Terdapat pelbagai khasiat yang boleh diperoleh daripada minyak sawit itu yang boleh digunakan bukan sahaja sebagai minyak masak, tetapi sebagai rumusan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan.
Minyak sawit merah mengandungi asid lemak dan mikronutrien penting yang larut dalam lemak seperti karotenoid (termasuk pro-vitamin A), vitamin D, E dan K.
Asid lemak adalah penting untuk membina membran setiap sel dalam badan anda termasuk tulang, saraf dan otak manakala mikronutrien pula memastikan sel-sel tubuh anda sihat dan berfungsi dengan baik.
KANDUNGAN BERKHASIAT
Kandungan karoten dalam minyak sawit merah ini pula adalah lebih tinggi berbanding yang dikandung tomato mahupun lobak merah. Karoten ialah sejenis antioksida yang membantu menguatkan sistem imun badan, dan dikaitkan dengan penurunan risiko kanser, penyakit jantung dan katarak. Ia turut membantu melindungi tubuh anda daripada panahan UV matahari umpama memakai krim pelindung dari dalam.
Karoten ini tidak terdapat dalam minyak sawit biasa yang berwarna kekuningan. Minyak sawit merah juga mengandungi vitamin E tokotrienol.
ELAK SERANGAN STROK
Vitamin E tokotrienol yang diperolehi daripada minyak sawit merah mampu melindungi diri anda daripada serangan strok serta mempercepatkan jangkamasa pemulihan akibat serangan strok.
ELAK MASALAH KEGEMUKAN
Selain itu, vitamin E tokotrienol juga mampu melambatkan keupayaan badan membentuk sel lemak baru serta membunuh sel lemak sedia ada. Ini pastinya satu perkembangan baru yang mampu menyelesaikan masalah kegemukan.
Gabungan kedua-dua antioksida iaitu karotenoid dan vitamin E tokotrienol, memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan
tindakbalas radikal bebas yang berbahaya dalam badan, sekali gus membantu melambatkan proses penuaan lalu mengekalkan kesihatan otak.
MELAMBAT PROSES PENUAAN
Sebarang penyakit penuaan sebenarnya membabitkan keradangan. Minyak sawit merah boleh melambatkan proses penuaan
melalui kemampuannya dalam mengurangkan keradangan itu.
HALANG SEL KANSER PAYUDARA MEREBAK
Di samping itu, beberapa kajian awal menunjukkan potensi minyak sawit merah dalam menghalang sel kanser payudara daripada
merebak.
Dengan segala kebaikan yang ada pada minyak sawit merah, kita boleh memanfaatkannya sebagai sebahagian menu kita.
INFO
Mampu melambatkan keupayaan badan membentuk sel-sel lemak baru.
Mampu melindungi diri anda daripada serangan strok serta mempercepatkan jangka masa pemulihan akibat serangan strok.
Minyak sawit merah juga mengandungi vitamin E tokotrienol.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 1.13 bilion orang di dunia mengalami tekanan darah tinggi. Semakin kita berusia, semakin tinggi peluang untuk menerima penyakit ini. Tetapi apa sebenarnya penyebab tekanan darah tinggi, dan apa yang boleh kita lakukan untuk menghindarinya?
Apa itu darah tinggi?
Sebelum kita pergi lebih dalam mengenai penyakit ini, anda perlu tahu apa yang di maksudkan tekanan darah tinggi. Ia merupakan peredaran darah yang bergerak di dalam alteri anda, darah yang dipaksa untuk melalui dinding alteri anda akibat beberapa faktor menyebabkan darah tinggi berlaku.
Bagaimana untuk membaca darah tinggi?
Terdapat pelbagai alat untuk membaca tekanan darah. Anda boleh dapat alat-alat ini di farmasi atau pusat rawatan kerajaan atau swasta. Terdapat juga peranti yang boleh dibeli untuk rumah anda. Bacaan tekanan darah sentiasa diambil dari lengan anda, di peringkat jantung anda. Jika anda memakai lengan panjang, penting untuk menggulungnya untuk mendapatkan bacaan yang paling tepat.
Apakah tekanan darah tinggi?
Dalam bidang perubatan, dua bacaan diperlukan untuk mengira tekanan darah. Yang pertama adalah tekanan sistolik. Inilah bacaan yang lebih tinggi dari kedua-dua, kerana ia diambil pada saat tindak balas hati anda. Yang kedua adalah tekanan diastolik. Ini diambil apabila jantung dalam keadaan tenang, dan bacaan yang lebih kecil. Anda mempunyai tekanan darah tinggi, juga dikenali sebagai hipertensi, jika anda mempunyai bacaan 140/90 mmHg (milimeter merkuri) atau lebih.
Faktor Darah tinggi
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, yang sering dikaitkan dengan gaya hidup kurang sihat seperti merokok, tidak aktif, mengalami obesiti, makan makanan cepat saji, dan minum terlalu banyak alkohol. Terdapat juga faktor lain seperti umur meningkat, kencing manis, kolesterol atau keadaan buah pinggang.
Bagaimana penyakit ini dapat dicegah?
Tidak ada rawatan yang boleh menghilangkan penyakit ini sekaligus. Sudah tentu, ubat-ubatan memang ada untuk mengurangkan tekanan darah, tetapi jika anda tidak membuat sebarang perubahan pada gaya hidup anda, mereka mungkin tidak mempunyai kesan. Berikan diri anda kemungkinan terbaik untuk berjaya dengan bergerak lebih banyak dan makan dengan lebih baik.
Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menjadi sangat berbahaya, meningkatkan risiko anda mengalami strok, serangan jantung atau kegagalan jantung berfungsi. Tekanan tinggi adalah masalah kesihatan yang tidak boleh diabaikan. Namun mencegah kan lebih baik dari merawat.
Simptom darah tinggi
Sakit kepala
Mengalami sakit kepala sekali-sekala tidak bermakna anda mempunyai tekanan darah tinggi. Secara amnya, mereka yang mengidap keadaan ini mengadu sakit kepala pada waktu pagi apabila mereka bangun. Kesakitan cenderung terletak di bahagian atas kepala dan di lehernya.
Mudah letih
Adakah anda menghadapi masalah bangun dari katil pada waktu pagi? Adakah anda berasa letih sepanjang hari? Anda mungkin kurang tidur atau vitamin. Tetapi anda mungkin juga mengalami tekanan darah tinggi, terutamanya jika anda mengalami sakit kepala sebelum tengah hari.
Telinga anda berdesing
Berdesing di telinga kadang kala disebabkan tahi telinga berlebihan atau sebagai kesan sampingan antibiotik. Ia juga memberi kesan kepada pesakit tertentu yang mempunyai tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun, gejala ini hanya akan menjadi jelas apabila tekanan darah tinggi adalah teruk, bermakna anda sudah wajib mendapatkan nasihat perubatan secepat mungkin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.