Bagi peminat filem James Bond, penggunaan kereta mewah jenama Aston Martin sudah sebati dalam filem ini. Sebanyak 4 model kereta Aston Martin telah digunakan di dalam francais filem ini. Namun, jangan terkejut Aston Martin kini sudah mula mengeluarkan motorsikal yang pertama.
Berpadu tenaga dengan syarikat motor
Dalam percubaan pertama ini, Aston Martin berpadu tenaga bersama pengeluar motorsikal yang sudah berusia 100 tahun iaitu Brough Superior untuk melancarkan model motorsikal berkuasa tinggi yang diberi nama AMB 001.
Ia dikenali sebagai motorsikal konsep yang unik, moden, ringan dan berkuasa tinggi. Selain itu, motorsikal ini hanya ditawarkan kepada pengguna sebanyak 100 model sahaja. Sekali pandang, ia menunjukkan bahawa motorsikal ini dicipta secara premium dan edisi terhad.
Ads
Dilengkapi ciri-ciri Premium
Untuk menampakkan elemen ‘Premium’, ia dilengkapi dengan dua rona yang mewarnai motorsikal ini iaitu ‘Hijau Stirling’ serta ‘Limau Sejati (Kuning limau)’. Selain itu, rangkanya diperbuat daripada bahan premium seperti Gentian Fiber, Titanium dan Aluminium Billet. Ia juga seberat 180Kg dan dilengkapi dengan pemasangan Enjin V-Kembar Turbocharged yang berupaya menghasilkan kelajuan hingga 180Bhp.
Ads
Sebuah motorsikal AMB 001 kini dijual dengan harga RM500K dan mereka yang berminat boleh pergi ke laman web rasmi Aston Martin.
Triumph mendedahkan video teaser model Bonneville Speedmaster baharu yang bakal dilancarkan pada 3 Oktober depan.
Tidak banyak maklumat yang didedahkan pada video berdurasi 26 saat itu. Hanya tertera beberapa perkataan antaranya ‘British attitude’, ‘classic custom style’ dan ‘classic leading capability’. Latar belakang video berkenaan secara samar-samar menunjukkan bahagian enjin, lampu depan dan imej penuh model tersebut.
Berdasarkan video pendek itu, dapat dilihat Speedmaster baharu masih mengekalkan ekzos yang panjang dan berada dalam posisi yang rendah.
Selain itu, bahagian enjin juga seakan menggunakan jana kuasa lebih besar. Mungkin pihak Triumph akan menggunakan enjin yang ada pada Thruxton dan Bobber.
Untuk makluman, Speedmaster bukanlah nama baharu. Produk berkenaan berada dalam rangkaian Triumph sejak 2002. Speedmaster yang asal dijana oleh enjin 790cc yang kemudiannya ditingkatkan menjadi 865cc pada 2005.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Penderitaan yang dialami oleh mangsa banjir yang berlaku di negara kita di beberapa buah kawasan di Selangor, Melaka. Kelantan dan Pahang dalam tempoh terdekat ini pastinya cukup memeritkan.
Kehilangan nyawa, kerosakan kedaiaman serta kenderaan menjadikan ia lebih sukar buat mereka. Selepas banjir kian surut maka muncullah pemandangan yang cukup mengharukan dengan deretan kereta dan kenderaan lain yang ditenggelami banjir sebelum ini.
Lebih mendukacitakan kejadian banjir yang berlaku kali ini tidak dapat dijangkakan dan paling buruk dalam sejarah. Itulah antara punca mengapa kerosakan yang sangat dahsyat telah berlaku dan kita saksikan.
Selain banjir, hujan lebat juga boleh mengakibatkan berlakuknya rantaian bencana alam yang lain seperti tanah runtuh. Di beberapa lokasi terutamanya di Lembah Klang, cukup berisiko dengan kawasan lereng bukit yang harus diberikan perhatian. Bagi anda yang tinggal di kawasan berisiko perlulah ambil perhatian yang lebih terutamanya kawasan untuk letak kereta.
Sebolehnya kita mahu elak daripada terlibat dalam mana-mana bencanan. Tapi sekurang-kurangnya kita ambil langkah pencegahan. MASKULIN kongsi beberapa lokasi perlu anda elak untuk parking kereta sepanjang musim hujan seperti sekarang.
KAWASAN RENDAH
Kawasan rendah sering terdedah kepada banjir kilat. Pada musim hujan lebat, kawasan tersebut sangat berisiko kerana air naik dengan begitu cepat sehingga boleh merosakkan bahagian dalam kenderaan.
TEPI LERENG BUKIT
Jika kereta rosak atau rumah anda berhampiran dengan lereng bukit, elak parking kenderaan anda di situ kerana sewaktu musim hujan, tanah mudah terurai dan tanah boleh runtuh sehingga membabitkan nyawa.
PINGGIT PANTAI
Pantai sememangnya kawasan yang sangat terdedah kepada hujan lebat dan angin ribut yang sangat kencang. Ada kalanya, air naik ke pinggiran jalan dan boleh menghanyutkan sesebuah kenderaan lebih 100 meter dari lokasi asal bergantung kepada jumlah air.
BAWAH POKOK
Hujan lebat dan ribut boleh mengakibatkan pokok bergoyang secara luar biasa. Lebih menyeramkan, pokok boleh tumbang dan menghempap kenderaan yang berdekatan. Jika tidak tumbang, mungkin ada dahan-dahan yang patah dan mencucuk bahagian kenderaan seperti cermin dan sebagainya sehingga pemilik terpaksa menanggung kerugian.
Buat anda yang terkesan dan terjejas dengan dugaan banjir kali ini, MASKULIN doakan anda untuk tabah menghadapinya. Semoga tahun 2022 bakal menghadirkan sinar lebih baik dalam meneruskan kehidupan.
Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hari ini, PROTON memperkenalkan PROTON X50 2024 yang hadir dengan peningkatan terkini untuk pengalaman pemanduan lebih unggul.
Model yang popular PROTON menampilkan pelbagai peningkatan canggih pada SUV segmen-B mereka yang sangat popular.
Sejak dilancarkan pada 2020, PROTON X50 telah mencatatkan jualan lebih 110,000 unit. Sekali gus menjadikannya sebagai SUV terlaris di Malaysia.
Kini, model PROTON X50 2024 hadir dengan teknologi terkini dan pengalaman pemanduan yang lebih baik. Sama seperti model Geely Binyue yang menjadi asasnya yang telah terjual lebih 770,000 unit di seluruh dunia.
Legasi Keselesaan
Model PROTON X50 2024 meneruskan legasi pendahulunya dengan menawarkan pengalaman pemanduan lebih senyap dan lancar melalui penambahbaikan kadar bising, getaran, dan kekasaran (NVH).
Lebih 20 bahagian telah diperbaiki untuk meningkatkan penebat bunyi, memberikan suasana dalaman yang lebih baik. Pintu belakang berkuasa telah ditambah pada varian Premium dan Flagship untuk kemudahan tambahan.
Unit kepala infotainment (IHU) 10.3 inci pada 2024 PROTON X50 kini dilengkapi dengan pemproses dual quadcore baharu. Ia memberikan kelajuan but dan masa pemuatan yang lebih pantas.
Ini membolehkan operasi aplikasi berjalan lancar tanpa gangguan. Ia juga menampilkan arahan suara “Hi PROTON” dan aplikasi PROTON Link yang membolehkan enjin dihidupkan serta kabin disejukkan dari jarak jauh.
Keselamatan dan Kemudahan
PROTON terbaru ini menawarkan kombinasi keselamatan dan kemudahan yang unggul. Kamera 360 Definisi Tinggi baharu memberikan imej yang jelas walaupun dalam keadaan cahaya rendah, memudahkan parkir.
Fungsi Auto Park Assist turut disediakan untuk membantu pemandu dalam tugas parkir. Paparan pandangan 3D persekitaran akan muncul ketika memberikan isyarat untuk mengurangkan titik buta semasa manuver penukaran lorong, berfungsi sehingga kelajuan lebuh raya 150 km/j.
Enjin suntikan langsung turbocharged 1.5 liter pada 2024 PROTON X50 menghasilkan 177 PS dan 255Nm tork, dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan.
Gabungan ini membolehkan SUV mencapai masa pecutan 0-100 km/j dalam hanya 7.9 saat. Model ini juga dilengkapi dengan 6 beg udara SRS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan 8 Sistem Bantuan Pemandu Peringkat 2 (ADAS). Selain itu ia juga lengkap dengan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).
Tawaran Istimewa
Peningkatan produk pada model ini memberikan nilai tambahan RM6,000 kepada pembeli, namun harga SUV ini dikekalkan.
Pakej ‘Early Bird’ terhad juga diperkenalkan dengan rebat sehingga RM8,500 untuk 5,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan pembelian baharu mereka sebelum 31 Julai 2024.
PROTON turut menawarkan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, pakej data lima tahun dengan 1GB sebulan, dan 6 kali perkhidmatan buruh secara percuma.
“PROTON X50 yang dinaik taraf menunjukkan dedikasi PROTON untuk terus meningkatkan dan berinovasi sambil mengekalkan kualiti produk yang terbukti, seperti yang dijangkakan oleh pelanggan kami.
“Ia menawarkan reka bentuk sporty dan ciri yang dipertingkatkan untuk mengekalkan kedudukan produk sebagai model terbukti yang sesuai untuk pelbagai jenis pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr. Li Chunrong.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Proton atau hubungi pengedar Proton terdekat. Ia kini boleh ditempah dalam talian di Proton dan di bilik pameran PROTON yang sah.