Dato’ Hans Isaac atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac bukan nama asing di Malaysia
Kian melebarkan sayap dalam pelbagai bidang, kredibiliti bintang filem Persona Non Grata ini terus menyerlah dan diterima ramai. Setelah berjaya mencipta nama sebagai anak seni, pengarah, dan ahli politik Dato’ Hans menambah satu lagi portfolio sebagai ahli perniagaan.
Kemampuannya tidak sekadar dalam industri seni dan politik bahkan Dato’ Hans turut mencuba potensi diri sebagai usahawan restoran yang dikenali sebagai YARL. Sebuah restoran yang menyajikan hidangan Sri Lanka.
Khabarnya sudah pun mempunyai empat cawangan iaitu di Brickfields, Heritage Row, Taman Tun Dr Ismail dan Ampang.
“Jom layan salah satu restaurant Yarl saya kat Ampang Jaya. Makanan semua halal. Makan Sri Lanka ni ada banyak vegetarian tapi ayam, ikan dan mutton pun ada. Kena try sekali baru tahu guys.
Yarl Ampang starting 2023 we open 7 days a week, 8 am till 10 pm. Makanan halal dan sedap. A clean restaurant / washrooms as well. Do try out Apam Ice Cream as well.”
Memiliki ketinggian model dan paras rupa yang tidak makan usia, Datuk Hans Isaac terus ‘awet muda’ meskipun sibuk dengan kerjaya. Menerusi program realiti musim ketiga Celebrity Car Wars sebelum ini, Datuk Hans berkongsi sedikit pengalaman beliau menjaga bentuk badan.
Untuk kekal sihat, minum air dan kekal hidrat sepanjang hari menjadi keuatamaan dalam menjalani aktiviti harian. Antara tip yang dikongsi oleh Datuk Hans Isaac untuk kekal fit adalah pengambilan nasi yang diambil 2 kali seminggu, lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran, pengambilan protin seperti ikan Salmon dan sebagainya, disamping mengambil natural supplement sebagai makanan tambahan.
“Nasihat saya untuk anda yang ingin mendapatkan bentuk badan yang cantik, pergilah ke gym. Tapi jangan pergi gym tanpa asas, kebelakangan ni ramai yang ke gym tanpa ada personal trainer atau bantuan dari rakan-rakan yang diibaratkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Penat je ke gym tapi tak mendatangkan hasil. Juga, jangan terlalu taksub untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik kerana ia hanya bersifat sementara, pergi ke gym dengan niat ingin kekal sihat. Itu yang saya pegang sampai hari ini.”
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!