Datuk Hans Isaac, satu nama besar yang tidak asing dalam dunia hiburan tanah air, sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menerajui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sebagai Pengerusi, berkuat kuasa 26 Mac 2025.

Pelantikan ini diumumkan secara rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib menerusi akaun Instagram rasmi agensi itu.

Kembalinya Hans ke kerusi Pengerusi ini bagaikan satu simbolik kepada kesinambungan perjuangannya dalam memperkasa industri perfileman tempatan.

Pernah menyandang jawatan sama pada tahun 2019, pelakon, pengarah dan penerbit prolifik ini melepaskan jawatan tersebut pada Mei 2020 selepas menerima surat penamatan kontrak.

Namun, kredibiliti dan komitmen beliau terhadap pembangunan industri seni tanah air tidak pernah dipertikaikan.

Ads

VISI STRATEGIK

Dalam tempoh tiga dekad Hans berada dalam dunia hiburan, beliau bukan sekadar dikenali sebagai pelakon berkarisma tetapi juga tokoh yang membawa visi strategik.

Pelantikannya semula ini juga dilihat sebagai satu langkah berani dan tepat, apatah lagi selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pada 17 Mac lalu, yang disandang sejak 2023.

Hans Isaac Kembali Terajui FINAS, Pengaruh dan Visi Seorang Ikon Industri

Ads

Pelantikan Hans juga berlaku selepas tamatnya kontrak Datuk Kamil Othman sebagai Pengerusi FINAS pada 22 Februari lalu. Datuk Kamil kini diberi tanggungjawab baharu sebagai Penasihat Industri kepada FINAS bermula 17 Mac.

Pengaruh Hans dalam dunia hiburan bukan sekadar dari segi lakonan, tetapi juga dalam membina ekosistem seni yang lebih tersusun, inklusif dan relevan.

BACA: Air Paip Dalam Radiator, Tip Jimat Atau Hanya Jemput Masalah?

Ads

Dengan pengalaman luas serta pemahaman mendalam terhadap kehendak industri dan penonton masa kini, harapan besar disandarkan agar beliau dapat mengemudi FINAS ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Biodata Ringkas Datuk Hans Isaac

Nama Penuh: Gerald Hans Isaac
Umur: 53 tahun
Tarikh Lahir: 20 Ogos 1971
Asal: Kuala Lumpur, Malaysia
Kerjaya: Pelakon, Pengarah, Penerbit, Usahawan
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Stamford College
Pencapaian:

  • Pelbagai anugerah lakonan dalam filem dan drama tempatan

  • Bekas Pengerusi FINAS (2019–2020, 2025–kini)

  • Bekas Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (2023–2025)
    Fakta Menarik: Hans juga aktif dalam kegiatan amal dan pernah mencuba nasib dalam dunia politik pada PRU14.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI